Friday, January 27, 2012

bergedel mutton

salam,
resepi ni dah beberapa kali kkida share...cara buatnya sama, cuma kali ni kkida guna daging kambing yang telah di kisar....kalau tak suka kambing boleh ganti dengan ayam, daging dan sebagainya...
ratio untuk kentang lecek dan mince meat kena sama banyak atau lebihkan kentang...jika tak nanti payah nak kepal-kepalkan bergedel tu....kkida suka goreng i/o rebus kentang....jika rebus kentang akan berair sangat dan pasti hancur bila di goreng....

potong kentang bentul wedges dan goreng asalkan empuk sahaja....jangan garing sangat...kemudian tumbuk kentang lumat....campurkan semua bahan dalam satu bekas....iaitu bawang goreng, daun bawang cincang, cili merah cincang, telur sebiji (untuk 2 cawan kentang dan 1 cawan daging)...salt and pepper to taste...
gaul rata...masukkan dalam peti sejuk sebentar supaya ia beku sikit dan mudah nak di kepalkan nanti...
panaskan minyak banyak...kepal dan leperkan kentang, celup dalam putih telur dan goreng dalam minyak panas hingga masak...
cam gitulah rupanya...walau pun tak cantik tapi rasanya sedap....jika nak bega-bega sendiri bahannya boleh...ikut suka nak campur apa...ikut selera masing-masing...



No comments:

Post a Comment