Tuesday, December 27, 2011

Salam dari Perth

Assalamualaikum,
apa kabar semua? sorry...agak susah kkida nak online kat aussie ni...ia tak semudah kat malaysia...lagi pun keadaan memang amat tidak mengizinkan kkida mengadap laptop...always on the road...letih bukan main (tak baik merungutkan!....:)
oleh itu kkida hanya akan benar2 online bila balik KL nanti...Insyaallah...kkida tulis entri ni dari sebuah bandar pelancungan ke selatan perth yang sangat nyaman dan cantik, i.e bunbury...semalam kkida menginap di albany...bandar tepi laut yg juga memang cantik....takda kat KL...hehe...esok kkida nak ke sebuah pekan kecil iaitu margaret river dan augusta...dan akan menginap di mandurah sebelum kembali semula ke perth...overall kkida memang sangat enjoy my trip kali ini...kkida akan share banyak cerita dgn anda nanti...ok...:)

Friday, December 16, 2011

oat apple pear ice-cream dessert...

manisan-manisan...teringat ketika kkida ke negeri china bulan lalu....menurut tourist guide...mereka jarang makan dessert atau manisan selepas lunch atau dinner (terutama generasi lama)...jika ada pun hanyalah buah-buahan segar...

wbp, itu stail orang lama....generasi baru/muda china kini telah mula berjinak-jinak dengan makanan manis kerana kkida lihat ada banyak kedai kek, pastry, roti, donut dan cafe seperti starbuck dan coffee bean dimana mereka duduk melepak-lepak sambil menikmati milkshake dsbnya...juga mcd dan kfc yang menjual ice-cream, dessert dan makanan bercheese....
berbalik kepada cerita manisan/dessert...kkida ni memang suka makan manis....hmmm...kkida tahu memang tabiat itu sangatlah tidak baik untuk kesihatan...tapi tulah....nak buat macam mana....setiap hari kkida mesti minum kopi, kopi Oooo yang mesti terasa manisnya....huhu...

petang tadi kkida buat manisan lagi, apple and pear crumble...caranya dah beberapa kali kkida share kat blog ni...kali ni kkida guna 2 biji buah pear hijau besar dan 2 biji apple...chop chop....masukkan kedalam pan dan tambahkan beberapa sudu gula...hehe...dan cinnamon powder...kkida tambah lemon juice sikit supaya rasanya masam...biarkan ia mendidih dan merenih...tambahkan tepung sikit supaya sirapnya pekat....
letakkan dalam bekas kaca....buatkan toppingnya...

kkida campurkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan cooking oat, 1/2 cawan butter (chop), 1/4 cawan gula halus dan sedikit garam...gaul rata...
kkida juga campurkan satu cawan cereal bawah ini yang kkida hancurkan (optional)....
taburkan topping atas buah apple dan pear tadi dan bakar dalam preheated oven @ 180C for 20 minutes atau sehingga keperangan...hidangkan dengan ice-cream vanilla dan drizzle dengan maple syrup (jika suka)

Wednesday, December 14, 2011

spaghetti meatball lagi...

salam....mungkin dah jemu tengok kkida share resepi yang samaaaa....aje...kan!kan!...sorrylah yek!...nak wat camno....kkida sendiri pun bingung tak tau nak masak apa untuk lunch hari ni....buka drawer cabinet jumpa spaghetti, buka freezer pula tengok ada ramly burger...tengok kat kitchen pantry ada pulak  pasta sauce dan jengah kat dalam vege drawer ada sayur mayur yang sesuai nak kawankan dengan spaghetti....maka apa lagi...jadilah baked meatball pasta ni....makanan yang paling ringkas yang kkida suka sediakan dan garenti di gemari ramai....hehe...
meatball ni kkida guna ramly beef burger...defrost dan bulat-bulatkan....kemudian saute atas pan hingga masak...spaghetti tu kkida rebus macam biasa dan letakkan dalam deep glass baking dish....drizzle dengan olive oil dan taburkan cheese jika suka...

buatlah red sauce atau white sauce...kkida guna ready made pasta sauce brand tesco...panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih...masukkan cili blender (jika suka rasa pedas), kemudian masukkan pasta sos....masukkan sayuran (kkida guna kobis merah, bawang besar dan fennel...semua di hiris nipis/cincang)...masukkan perisa...renihkan sebentar... tuangkan sauce ke atas spaghetti dan meatball atas pasta sauce...taburkan cheese dan herbs kering (oregano, italian herbs dll)....
 bakar dalam oven hingga cheese cair...
hidang panas....

Tuesday, December 13, 2011

pau goreng sosej

salam,
kkida nak share satu lagi resepi yang kkida buat pagi tadi menggunakan tepung pau bluekey....tujuannya nak menghabiskan tepung tersebut supaya jangan terbuang nanti...
resepi kkida perolehi dari mauripan yis resepi...kkida buat dua versi...satu bakar dalam oven dan satu lagi goreng dalam minyak banyak...kedua-duanya pun sedap sebab kkida yang buat...huahua...nyampah
...hehe...
oklah resepinya camni...wah! rajin bebeno pulak kkida hari nikan...hehe....:)

bahan-bahan:
500g tepung pau bluekey
1 sachet yis 
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung (kkida guna canola oil sebab itu je yang ada...:)
1 1/4 cawan air
(larutkan gula dalam air)

campurkan yis dalam tepung...masukkan minyak dan air dan gaul sebati hingga menjadi seketul doh...uli doh 10 minit atau hingga doh kenyal...ketepikan selama sejam atau hingga doh mengembang...

tumbuk sekali bahagian tengah doh dan canai atas papan canai...potong memanjang segitiga (seperti foto) dan gulung sosej yang telah direbus terlebih dahulu (disejukkan)...gulung kemas dan ketepikan....biarkan 15, 20 minit hingga doh mengembang...

goreng dalam minyak panas hingga keperangan atau bakar dalam preheated oven selama 10 minit atau hingga kekuningan...hidang dengan cili sos dan mayonnaise...
kkida dapati doh ini tidak banyak serap minyak (tak makan minyak) walaupun di goreng deep fried kerana kuantiti minyak dalam pan tidak banyak berkurangan...cuba lihat foto bawah ni...roti pada sosej yang bergoreng tu putih bersihkan...tiada minyak meresap hingga ke dalamnya...
jika bandingkan antara baked and goreng...kkida lebih suka pau goreng...:)...

donut cinta hati ku sayang...

aku cinta pada mu...:) dan demi cinta dan kasih sayangku kepada mu yang tiada tolok bandingnya...pepagi lagi aku telah menguli tepung dan buat donut yang sedap ini....khas buat kekanda dan anakandas yang di cintai....hehe....
apa pula merepek merabannya kkida hari ni....tapi memang kkida tak betul sikit hari ni...huhu...kkida anggap jika kkida terlebih rajin masak makanan yang perlu ambik masa lama untuk disiapkan...memang adalah yang tak betulnya tu...hehe....
hari ni pepagi lagi kkida bungkar peti sejuk mencari tepung yang lama sungguh kkida peram...oleh kerana takut rosak...tepung tersebut kkida simpan dalam fridge...dan pagi ni kkida bertekad mesti buat sesuatu dengan tepung tersebut...

tepung yang kkida maksudkan tu adalah tepung pau bluekey....hajat di hati (tak ingat bila...) nak buat pau lah kononnya...pau ayam atau daging....tapi dek kerana tertangguh-tangguh, sampai la ni tepung tetap rupa tepung...tak berubah wajah....apalah saya ni...masak ikut mood betul...tak seperti blogger-blogger lain yang kkida tengok sangat consistent...setiap minggu pasti ada je resepi yang hebat dan ada ump!!!...
ok berbalik kepada cerita tepung pau bluekey yang terperap lama tu dan dek kerana kemalasan kkida nak buat inti pau....maka dengan memandai-mandai sendiri dan dengan penuh tawakkal...kkida guna tepung tu untuk buat dua resepi yang simple yang jauh larinya dari resepi kueh pau sebenar....:)

...500g tepung tu kkida buat pau/roti goreng (next entri kkida share resepinya...:)...dan 500g lagi kkida buat donut ni....dan Alhamdulillah...tak salah sebenarnya kita guna tepung pau untuk resepi selain kueh pau dan kkida suka terutama kueh donut goreng kat bawah ni....ia crunchy diluar dan gebus didalam...yummy!
jika youall nak cuba ni resepinya yang kkida petik dari mauripan yis recipes:

bahan-bahan:
500g tepung pau bluekey
1 sachet serbuk yis
3/4 cawan air
1/3 cawan susu tepung
(since kkida takada susu tepung kkida campurkan 1/2 cawan air dengan 1/4 cawan susu sejat...lebihkan sikit jika perlu)
1 biji telur
1/2 cawan marjerin cair
3 sudu besar gula pasir halus
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar baking powder
cara membuatnya:
1) gaulkan tepung dengan yis segera...masukkan telur, marjerin, garam, baking powder...
2) larutkan gula dalam air (atau susu)dan tuangkan ke dalam tepung...
3) gaul hingga adunan menjadi seketul doh dan uli hingga kenyal (dalam 10 minit)...ketepikan selama 30 ke 60 minit atau hingga doh mengembang...
4) tumbuk sekali pada bahagian tengah doh...keluarkan dan canaikan adunan...terap ikut acuan yang anda suka...
5) ketepikan dan biarkan ia mengembang....antara 15 ke 20 minit...
6) bakar atau goreng hingga keperangan...
7) gaul dengan gula...atau sapukan lemon icing, coklat icing dan lain-lain topping yang anda suka...
tapi bagi kkida....kkida lebih suka gentelkan doh bulat-bulat sebesar guli dan biarkan ia kembang...panaskan minyak kepada 160C dan deep fry hingga kekuningan....angkat dan gaulkan dengan gula halus yang di campur dengan sedikit serbuk cinnamon dan sedikit garam halus....sedap...
donut heart shape kat atas sekali tu kkida bakar selama 10 minit lebih kurang (atau hingga kekuningan)...keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar....belah dua dan letakkan filling yang anda suka...kkida guna left over blueberry pie filling yang dah berbulan kat dalam peti ais....jika ada cream cheese icing lagilah sedap...sapu dulu cream cheese icing dan kemudian baru topkan dengan blueberry....pasti ia lebih creamy dan ada rasa manis dan masam sikit....makan pun tak toleh kiri kanan dah...:)

Monday, December 12, 2011

burger wraps

salam hari senin
...hanya tinggal dua minggu je lagi sebelum kita menjengah ke tahun baru...masa berlalu begitu pantaskan!
liplapliplap dah nak masuk tahun baru dan jika panjang umur merasalah kita menjengah ke tahun 2012...

saya happy banget semalam....my old bibik telah kembali dari cuti panjang empat bulan....sebelum dia pergi bulan july dulu saya janji nak bagi bonus sebulan gaji jika dia datang balik....mungkin sebab tulah dia datang semula kot...apa-apa pun Syukur Alhamdulillah, lepas dah satu bab...bolehlah si Elah balik for good bulan depan...:)
pagi tadi saya ke jaya grocer...lama jugak tak jengah kesitu....cari-cari produk MyChef...ingat dah ada jual kat tempat tu...tak jumpa pula...tanya pada pekerja, depa kata belum ada lagi...produk tersebut belum di hantar oleh syarikat pengeluar MyChef...

...lah! kat wall fb MyChef tulis dah ada jual kat jaya grocer!!!...ish! awat lagu tu cek oi...awat kata dah ada juai tapi bila pi tengok takdak pun lagi...tak baik buat camtu tau....marah le pelanggan-pelanggan anda yang dok tertunggu-tunggu akan produk anda tu...

nasib baiklah yang mencari tu kkida....pahamlah kita akan masalah depa...cuba orang lain yang mencari...mau di hamputnya kat fb anda nanti...:/
dan dua tiga hari ni juga saya sebok dok mentelaah western australia map (ngalahkan nak ambik periksa subjek ilmu alam...hehe...pasti boleh dapat A1 lah kalau soalan berkenaan negeri tu yang keluar...:)

bukannya apa...saje je nak survey kat bahagian mana negeri tu yang harus dilawati...tak maulah dok pusing kat bandar Perth je...prefer lagi keluar bandar...sightseeing...tengok pemandangan countrynya yang pasti berlainan dari negeri kita ni....Insyaallah...next week saya sekeluarga nak kesana...free and easy...jalan sendiri-sendiri...

banyak jugalah info yang saya dapat dari website serta travel blog beberapa blogger muda yang rajin sungguh menulis dan bercerita dari A to Z mengenai pengalaman mereka berjalan ke merata dunia....info-info yang anda berikan memang amat membantu terutama bagi mereka-mereka yang travel sendiri tanpa khidmat travel agent....thanks again...antara blog-blog yang sempat saya jelajahi adalah blog ini dan ini dan ini...juga blog ini....dan banyak lagilah...kkida pun tak ingat berapa banyak blog yang dah kkida baca untuk mendapatkan info yang berguna...
sorry ye!....sementara nak masuk bab makan, banyak bebeno cerita saya ni yang tiada kena-mengena dengan photos yang berderet kat entri ni....hehe...

wbp...kkida rasa tak perlulah nak describe lebih-lebih mengenai photo-photo ni kerana ia amat jelas dan mudah di fahami...daging burger yang dibalut dengan plain wrap...selain burger anda boleh guna sosej atau nugget atau meatball, mince beef gravy dan sebagainya..

sebenarnya kkida nak buat burger untuk lunch tadi...since tiada roti burger jual kat jaya grocer dan plain wrap camni banyak...so kkida pun beli jelah wrap ni...fungsinya sama seperti roti burger...cuma rupa dan caranya saje yang lain....anda boleh gril dalam oven, toaster atau gril pan...
bahan-bahan sampingan ni ikut pilihan dan selera masing-masing...timun, salad, kobis, sebarang jenis sos, pickle, sebarang jenis cheese dll...
makan seketul je dah kenyang...:)

Thursday, December 8, 2011

waffle scrambled egg sandwich

selain makan dengan roti, scrambled eggs juga boleh di kawankan dengan waffle...
untuk resepi scrambled egg ni kkida guna 2 biji telur di pukul dengan 2 sudu besar susu cair (evaporated milk), italian herbs, salt and pepper....tambahkan beberapa ketul baby sausage yang di gril dulu, kemudian di slice nipis, chopped tomato (seedless)...serta crumbled feta...
toast waffle...kkida guna frozen waffle...jika ada waffle maker anda boleh buat waffle sendiri...lebih baik berbanding waffle frozen macam ni....
sandwichkan scrambled egg dengan waffle yang telah di bakar garing dan hidangkan dengan segera....jika suka boleh siramkan waffle dengan maple sirap atau honey (untuk menambahkan kalorinya....hehe...)...

Wednesday, December 7, 2011

thank you....

salam,
wednesday, the middle day of the week....ramai yang suka tak cakap banyak pada hari rabu...tapi kkida nak sembang sikit-sikitlah....

pagi ni kkida view blogger dashboard...lama tak jengah ke situ....melihat-lihat blog statistic....lama sebenarnya kkida nak bangkitkan hal ini....tapi entah kenapa hari ni baru teringat...mat gebu kerap menulis di entri blognye mengenai traffic ke blog beliau...dan kali ini kkida juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang mana linknya tertera pada printscreen di atas...terutama sekali pada saudara mat gebu, dapur tanpa sempadan....banyaknya traffic yang datang dari blog mat....terima kasih banyak-banyak...kira blog DTS ini adalah laluan kepada ramai pengguna/pembaca blog, tidak ketinggalan buat kkida juga yang sering blogwalking ke blog lain melalui DTS...

senarai pendek blog yang telah menyumbangkan traffic kepada blog 1001resepi adalah seperti berikut:

http://www.tiffinbiru.com/
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
http://fromintankitchen.blogspot.com/
http://sayasukacupcake.blogspot.com/
http://aidahjune.blogspot.com/

thank you so much....:)

cerita pagi ni pula....ini le breakfast kkida...mood masak pelan-pelan dah datang semula...tapi dek kerana darling hubby nak makan nasi lemak bungkus encik nawi kita...maka kkida pesan sekalilah laksam ni....yang ni memang kkida tak pandai nak buat...tapi suka makan...hehe....
since roti dan bahan-bahan yang di perlukan ada...maka jadilah roti sandwich ini untuk breakfast anak-anak...fillingnya tu seperti biasa kkida buat mincebeef gravy campur dengan capsicum, bawang, cendawan dan ready made sos pasta...masak hingga kering...belah roti sudukan beef sos...taburkan cheese dan gril hingga kekuningan...
petang semalam pula kkida buat stir fried meatball dengan peas, buncis, button mushroom, cili dan bawang besar...tumis bawang putih dengan halia cincang dulu kemudian masukkan meatball dan akhir sekali masukkan sayuran dan perisa...masakan ringkas...yang pasti ia kegemaran ramai....:)

Tuesday, December 6, 2011

china trip...last entri...

salam,
hari ni kkida nak habiskan story about my trip ke china yang terbantut sekejap...entri kali ni kkida share lauk pauk utama iaitu ayam, daging lembu, kambing, dan seafood...makanan mereka tiada yang pedas...nampak je merah...tapi langsung tak berbahang....kalau nak rasa sikit-sikit pedas kenalah kunyah cili benggala yang depa potong lebar-lebar tu...
lauk ayam atas ni ala-ala kari ayam yang di goreng kering....bawah ni daging lembu stir fried...
kambing dengan beetroot...sedap...
itik stirfry...
steam fish dan tofu...mereka goreng dulu...baru masak dalam kuah dan stim...
sate kambing....
atas daging goreng breadcrumbs dan bawah daging goreng dengan roti...
ayam goreng dengan capsicum...
bawah....nampak tak jari jemari ayam yang runcing dan cantik tu...hehe...bila tengok je ada kaki ayam...anak-anak kkida terus tak jadi nak cedok gulai ni....hehe...bagus gak kan....lain kali kkida pun nak masak camnilah...letak kaki ayam dalam sup...:)
semua hidangan kat atas ni kkida makan kat beberapa restoran....bukan satu restoran je...dan bawah ni adalah salah satu darinya...
suasana dalam restoran di Hangzhou yang cantik...
sempat kkdia snap gambar dalam dapur mereka...open style kitchen...jadi pelanggan-pelanggan boleh lihat dari dinding kaca....

semua restoran yang kami makan samada di shanghai, suzhou dan hangzhou hanya letakkan set ini atas meja yang dibungkus elok...satu piring kecil, satu mangkuk sup dan nasi, gelas dan sudu sup serta chopstick...jika tak pandai guna chopstick boleh minta folk and spoon...

kedekut bebeno kan...letak le pinggan makan besor sikit...jenuhlah kita orang ni terkuis-kuis nasi dan lauk dalam piring kecil tu (sebesar piring cawan kopi)...hehe....tapi dah memang itu style dan budaya mereka...
sebagai pelancung kita kenalah experience semua tu...barulah tahu dan appreciate dengan apa yang kita ada....
diluar tingkat bawah restoran ini ada kedai jual roti...so, macam biasa pasti kkida nak mencuba...
yang atas ni macam kueh pau aje...tapi kosong dalamnya....mereka ni sangat economical....makan seadanya, tak perlu sedap-sedap sangat macam kita....:)
sejenis roti plain, manis sikit....tapi tak memenuhi selera tekak kkidalah...mungkin jika dapat cicah dengan kari ok kot...hehe...bawah ni pula....hmmm....tak pasti mereka makan macam mana roti ni....jika ada jual roti cam ni kat tempat kkida pasti senangnye hidup....sebabnya ia memang sangat sesuai jika nak guna sebagai pizza base....tabur je what ever topping yang anda suka, top with cheese dan bakar 10 minit...dah siap pizza untuk sarapan atau minum petang....rotinye lembut dan gebu cuma takda rasa apa-apa....:)
sejenis roti lagi....plain dan tawar....bawah abang jual roti yang ramah tamah....
selain makanan biasa...jika anda berani mencuba makanan yang luar biasa pun ada kat restoran ni....
atas ni kkida tak pasti apa ke bendanya...tapi nampak macam lidah lembu je....heeeeeee....kkida snap gambar ni ketika tukang masak letakkan makanan ni kat atas kaunter sebelum dihidangkan pada tetamu lain....(bukan kita orang yang  order tau...:)
segala isi perut ayam/itik...
yang atas ni ntah...bahagian mana lembu kkida tak pasti...
yang ni pasti semua orang tahu....ada yang suka makan ni tak?
yang ni....ada yang suka makan...hehehe.....
rasanya chicken drumstick kan?
lepas makan sempat pula lepak-lepak kat luar restoran menikmati pemandangan pekan ini yang cantik....tiada sampah bertaburan di jalan raya...pokok-pokok yang rendang dan mula menguning...orang-orangnye yang comel dan segak....kenderaan bertali arus....termasuk basikal dan beca serta pejalan kaki...cuacanya yang sangat nyaman, macam dalam aircon...dan kkida dapati ramai juga orang islam di bandar ini...
pakcik ini menjual berbagai jenis kacang dan buah kering....tak pasti ia berhijrah dari bahagian mana negeri china yang besar ini....mungkin dari daerah nun jauh di utara china berhampiran rusia kerana raut wajahnya...
oleh itu sampai takat ni jelah cerita-ceriti kkida mengenai my trip to china....sebenarnya nak ikutkan banyak sangat foto yang kkida nak share....ada hampir 2,000 keping foto yang kkida, eka dan hani snap dari empat kamera...tapi cukuplah rasanya apa yang kkida share setakat ini kan....letih pulak nanti youall menengoknya....
next family trip hujung bulan ni to Perth...from 22 to 31 december...10 days....hmmm....dari website kaji cuaca...sekarang ni musim panas di perth...hangat bangat...sangat berlawanan dengan cuaca di china yang kadangkala membuatkan kkida sejuk menggelugut...tak pasti samada boleh enjoy ke dalam cuaca panas camtu (mungkin lebih panas dari malaysia)....tapi since flight tiket, kenderaan dan penginapan dan di booking, maka memang tak boleh dah nak berundur...mau tak mau teruskan jugalah misi ini....dan pastinya kkida akan share kesah perjalanan ke perth ini nanti dengan anda....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...