Wednesday, November 30, 2011

Uighurs and China's Xinjiang Region

sebelum kkida teruskan dengan photos makanan dan cerita makan-makan kkida nak selitkan cerita mengenai wanita ethnic Uighurs ini...

ketika jalan-jalan sekitar china town di Shanghai (ada china town kat negeri china?)...terlihat akan kelibat wanita ini yang meniaga satay di tepi jalan...teringin nak rasa sataynya yang nampak sedap...sambil menunggu satay di bakar, eka sempat snap beberapa keping photo ini....

Uighurs adalah sebuah ethnic minority yang beragama islam di daerah Xinjiang, China....kkida mencari-cari sejarah/cerita kesah masyarakat ini yang di ditindas hebat dan terjumpa akan link ini....

 http://www.cfr.org/china/uighurs-chinas-xinjiang-region/p16870

The Xinjiang Uighur Autonomous Region (XUAR), a territory in western China, accounts for one-sixth of China's land and is home to about 20 million people from thirteen major ethnic groups. The largest of these groups is the Uighurs [PRON: WEE-gurs], a predominantly Muslim community with ties to Central Asia. Some Uighurs call China's presence in Xinjiang a form of imperialism, and they stepped up calls for independence—sometimes violently....
jika anda ingin tahu lebih lanjut kepayahan yang di lalui oleh masyarakat ini...bacalah link diatas...memang kelihatannya amat susah kehidupan wanita ini....mencari nafkah di tepi jalan mungkin untuk sesuap nasi...
As Han migrants pour into Xinjiang, many Uighurs resent the strain they place on limited resources like land and water. "Uighurs feel like this is their homeland, that these resources should be more devoted to them," says Gladney.
sambil wanita tersebut membakar dan menjual satay, ibunya mengendong anaknya yang masih baby lagi...lihatlah ruang tempat duduk si ibu tersebut...ntah menumpang di tempat siapa....
In July 2009, ethnic tension between the Han and Uighur communities in Xinjiang was brought into the international limelight after severe riots between the two groups and police forces erupted in the province's capital city of Urumqi. According to Chinese state media, at least 150 people were killed, and more than 800 were injured. The riots were reportedly sparked by a Uighur protest over the ethnically motivated killing of two Uighur workers in the southern province of Guangdong. Accounts of how the protest turned violent differ.
kkida masukkan cerita ini sebagai entri adalah sebagai tanda simpati kkida sebagai seorang islam kepada masyarakat islam yang lain yang di tindas hanya kerana agama mereka....
satay kambingnya memang sangat sedap...kena belajar cara mereka marinade satay ini dan bagaimana ia menjadi sangat lembut dan tak liat langsung....
apakah nasib masyarakat ini seterusnya? ....kita hanya boleh berharap agar mereka tidak terus ditindas...
Alhamdulillah...terasa bahawa diri ini lebih bertuah kerana dilahirkan di Tanah Melayu....tidak perlu melalui kepayahan seperti wanita tersebut....;)

jika anda ingin tahu lebih lanjut jangan lupa ke link tersebut diatas....

they love vege...

salam,
dah tengah malam ni mata kkida tak boleh nak lelap pula....tadi jam 8 rasa ngantuk...letak kepala jap dan terus terlelap...jam 12 terjaga...lepas tunaikan apa yang wajib, kkida on laptop dan mereka entri ni....
photo-photo yang kkida upload pada entri kali ini adalah sebahagian dari juadah yang kkida jamah selama 5 hari di China...sekarang baru kkida ngerti mengapa orang-orang dari dunia sebelah sana, iaitu negara-negara sebelah utara bumi ini tidak gumuks seperti orang-orang sebelah sini...hehe...you know why?...coz they eat lots of vege everyday....dalam setiap meal yang kami makan di restoran tak kira samada di hangzhou, suzhou dan shanghai....sayuran adalah melebihi lauk-pauk lain seperti daging dan ayam....

kenapa? adakah mungkin kurangnya supply bahan-bahan seperti daging dan seafood...tidak mungkin kkida rasa....atau mungkin sebab mereka dulu berasal dari negara yang susah dan kebiasaan itu di bawa hingga ke hari ini....atau pun memang itu cara mereka makan....

tak pasti akan jawabannya...tetapi satu yang pasti ia adalah cara pemakanan yang menyihatkan...tiada langsung hidangan bersantan seperti kita...semuanya di masak samada secara stir fry atau steam atau pun sup sahaja...tidak pedas...banyak menggunakan kicap sebagai bahan perisa dan gravy yang dipekatkan dengan tepung jagung...dan mereka juga banyak guna/makan tofu dan cendawan dalam setiap meal...
sepanjang di sana majoriti yang kkida lihat orang-orangnya kurus dan slim...tak kira tua atau muda...mereka kelihatannya sihat dan mampu berjalan dan bekerja seperti biasa...kurang orang yang kurang upaya dan cacat di tepian jalan (seperti di negara kita) yang bergerak menggunakan kerusi roda dan sebagainya...

tidak kelihatan penjaja tepian jalan yang menjual makanan ringan/junk food seperti burger, ice-cream, kueh-mueh manis, kueh-mueh bergoreng, makanan kering dsbnya dan jarang kelihatan mereka makan sambil berjalan.....
mereka sangat bergaya dalam cuaca yang sejuk dan nyaman...
mereka juga makan banyak buah-buahan...buah limau mandarin sangat manis di sana begitu juga dengan grapes dan lain-lain....
nenek dan atuk yang sangat sayang kepada cucu...kerana hanya itulah cucunya...rakyat cina tidak dibenarkan mempunyai anak melebihi seorang...kos saraan anak kedua sangatlah mahal dan mereka juga akan di denda hingga ke tahap disingkirkan jika mereka bekerja dengan kerajaan....dan jika ditakdirkan mereka mendapat anak kembar...hmmm....memang nasib kurang baiklah....
aunty yang masih sihat dan bertenaga....mencari rezki dengan menyanyi dan bermain alat muzik....usianya pasti telah melebihi 70 tahun....
kecil dan comel (bukan eka)...alex, our tourist guide yang menyambut kami di airport dan menemani kami (seramai 30 orang) sepanjang lima hari berada di bumi cina....selain mandarin, beliau fasih berbahasa inggeris, spanish dan korea....
our tourist guide yang 'a yu yu' (maknanya cantik...:) di bandar suzhou bernama jessica, usia 30an...beliau juga fasih berbahasa inggeris....jessica punya seorang anak lelaki yang masih baby lagi...
pekerja sebuah restoran yang juga slim melim walaupun mengadap makanan setiap hari....
berbanding anak orang malaysia ini yang sihat-sihat belaka kerana terlebih makan dan kerana maknya suka masak...heheheheeeeee...
cendawan hitam seperti ini mesti ada setiap kali kami lunch atau dinner...
kacang panjang yang memangnye panjang....:)
sup sayuran yang mesti ada setiap kali lunch atau dinner...
cendawan goreng dengan green vege...dan bawah sup telur dan sayuran...
capsicum....memang tak lakulah jika kkida masak camni kat rumah....hehe....
stri fried tofu dengan soya sos, cili sos dan garlic...
salad ni sangat sedap dressingnya....macam ulam raja pun ada bentuknya kan!
suhun dan cabbage...
cendawan hitam goreng dengan telur...
more vege dari meat and seafood....
sebuah restoran di shanghai....

kesimpulannya kkida dapat banyak idea dari cara mereka masak dan makan....cara pemakanan mereka memang jauh berbeza dari kita dan lebih healthy dan mereka juga hanya minum green tea setiap kali lepas lunch atau dinner and no sweet dessert kecuali buah-buahan....

......ada lagi food photos yang kkida nak share dengan kalian....harap tak jemu ya!

Tuesday, November 29, 2011

pencarian JUARA RESEPI SRI KULAI

video
salam,
tengahari tadi kkida hadiri majlis pelancaran sebuah lagi program realiti tv terbaru yang akan ke udara awal bulan januari 2012....ia adalah pencarian 3 orang pemenang utama yang berjaya menghasilkan 3 resepi terbaik yang mampu menambat hati penonton tv serta juri profesional yang terdiri dari beberapa chef celebrity terkemuka...

(kkida sempat merakam video persembahan yang menghiburkan ini yang dihasilkan dari ketukan menggunakan chopping board, kuali, periok dan belanga, mangkuk, pisau dll di majlis tadi...:) 

ini adalah pencarian bagi musim kedua oleh syarikat pengeluar produk jenama Sri Kulai dan kali pertama pencarian di lakukan secara realiti (reality show)...rancangan ini adalah hasil kolaborasi antara puan zamzarina zambri...hos rancangan apa kata wanita di tv1, ays sdn bhd...pengeluar produk makanan jenama sri kulai  dan tesco...

jika anda mempunyai resepi tersendiri (your original recipe)...yang sedap dan halal dan boleh di ketengahkan sebagai produk makanan sejuk beku/segera (complete meal) yang hanya perlu di panaskan dalam ketuhar gelombang mikro/microwave...jangan malu-malu dan jangan simpan-simpan...inilah masanya untuk anda kongsikan resepi anda...buat apa nak simpan sendiri-sendiri jika resepi anda itu mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada anda...:)

jika anda menjadi 3 pemenang utama, resepi anda akan di hasilkan dalam bentuk ready-to-eat meals dan akan berada di rak-rak tesco...dengan wajah anda yang comel itu terpamer pada kotak packaging sri kulai....hmmm...pasti hebatkan....dan pasti anda terus fofular selepas itu.....hehe...
pada upacara pelancaran tadi ceo ays sdn bhd, mr liow ren jan (pengeluar produk sri kulai) memberikan sedikit ucapan aluan kepada pihak media dll....(kkida suka sekali bila beliau datang berbual panjang dengan kami para blogger dan media bertanyakan tentang produk sri kulai...:)
zamzarina adalah hos rancangan apa kata wanita di tv1 yang juga akan menjadi mengendalikan rancangan 'juara resepi sri kulai'
sesi soal jawab dengan media...
perasmian outlet Sri Kulai di KL City Walk....
selesai majlis pelancaran kami di jamu dengan lunch yang sedap ini....produk sri kulai....dan ini adalah antara pilihan kkida dan eka (my assistant....hehe)....honestly...kkida suka kedua-duanya....very tasty...
black pepper steak....yum yum....
pemenang pencarian resepi terhebat musim pertama tahun lalu....
dessert ni bukan produk sri kulai ye....:)

apa lagi....jika anda punya resepi terbaik dan mampu menambat hati penonton dan juri dan berminat menyertai rancangan realiti seperti ini....jangan segan silu...inilah masanya anda menunjukkan bakat anda dalam bidang masakan....audition akan di adakan di beberapa cawangan tesco...antaranya:

03 dec - tesco extra shah alam (bulatan kayangan)
10 dec - tesco extra puchong
17 dec - tesco extra kajang
24 dec - tesco extra shah alam (berhampiran stadium)
31 dec - tesco semenyih....

dan di 6 buah tesco lagi pada bulan januari dan februari 2012....dapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini di  www.ays.com.my

the butcher...suzhou dan hangzhou

sebelum meneruskan aktiviti yang tak habis-habis hari ni kkida nak sambung lagi cerita lawatan kkida ke negeri china...harap youall tak boringlah yek! jika boring bagitau kkida....kkida akan stop membebel about my trip ni....hehe....
setiap langkah kkida di daerah ini pasti kkida abadikan, ambik gambar untuk disimpan sebagai kenangan, terutama scenes yang menarik yang ada kaitan dengan my blog....i.e....everything relate with food....and most important, kkida nak share dengan kalian....jika tengok sendiri-sendiri je dan simpan dalam memori pun ok....tapi lama kelamaan ia akan lupus dari ingatan....mujur zaman ini ada tempat untuk kita curahkan apa yang kita lihat dan alami....dan boleh di kongsi dengan sesiapa yang sudi membacanya....
tatkala merayap-rayap dicelah-celah kedai dan lorong untuk ke masjid dan tempat makan (restoran) kkida terpandang akan kedai menjual daging....satu terletak bersebelahan dengan masjid (suzhou) dan sebuah lagi terletak di bawah restoran tempat kami menjamu selera pada hari terakhir (hangzhou)...keduanya adalah milik peniaga muslim...
lorong berhadapan dengan masjid dan di sebelahnya adalah kedai menjual daging (suzhou)
tak pasti samada makciks yang membeli daging ini adalah muslim atau sebaliknya...
 mereka banyak makan daging kambing/biri-biri...
lorong berhadapan masjid Tai Ping di Suzhou...dan bawah masjid Tai Ping...
penjual sate berdepan dengan kedai jual daging....sedap rasa sate ni.....very chewey dan fresh...
ada banyak lagi photo yang kkida nak share dengan anda...slowly-slowly kkida akan upload ok...terutama fooooood photos....wait and wait ok....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...