Sunday, August 28, 2011

menjelang syawal...

salam,
menjelang syawal...pagi-pagi subuh 2 hari menjelangnya syawal, saya masih mampu menulis blog...rakan-rakan blogger pasti amat sibuk pagi ni, mana nak menyiapkan kueh, menganyam daun ketupat, mengacau dodol dan wajik dan bermacam lagi kerja yang menanti...

tahun ni saya raya secara sederhana je...wbp...sederhana atau tidak letih jugalah...hehe...semalam saya berjaya menyiapkan 2 ekor lagi rendang ayam yang telah pun selamat di bekukan...sebelum ni sehari sebelum raya baru masak itu ini...memang banyak sangat yang nak di buat sampai rasa macam tak sempat je....tahun ni saya terpaksa buat macam ni (masak awal dan bekukan) kerana rasanya dah tak mampu nak terkejar-kejar seperti tahun-tahun yang lalu...

kejap lagi nak gi pasar minggu sungai penchala...memang pasti pagi ini keadaan kat pasar tu macam orang nak berperang...terutama sekali gerai yang menjual daging dan ayam pencen...ikan-ikan dsbnya...

pelik gakkan...walhal raya yang sebenar-benarnya hanyalah hari raya pertama di mana tetamu memang ramai dan hari itu saje orang nak jamu beria-ia....masuk hari raya kedua rasanya kurang dah yang hidang makanan berat ni...sesetengahnya hanya biskut raya je...dan lebihan rendang serta ketupat semalam...tapi mengapa tatkala membeli lauk pauk sehari dua sebelum raya tu macam tak cukup-cukup...
(tapi kkida memang sentiasa cuba sediakan sesuatu jika tamu yang nak datang beraya talipon terlebih dahulu sebelum datang...paling tidak pun mee goreng pasti ada....hehe...)   

berbalik kepada kisah semalam....kkida rasa seronok dan teruja sangat bila berjaya buat cookies ni...walau pun rupanya tak seindah biskut yang di buat oleh mereka yang pro dalam membuat cookies...tapi bolehlah...kkida pasti rasanya tak lari...cuma seninya tu kurang...

kkida teringin sangat nak buat cookies ni bila terbaca beberapa blog yang menyebut-nyebut nama cookies ni...bila tengok bahannya sikit je...cuma ada 4 bahan dan kebanyakkan yang dah buat kata sedap...

since semuanya kata sedap,  pagi semalam kkida pun buatlah...follow recipe exactly....wbp towards nak bulatkan doh kecil-kecil kkida terpaksa tambahkan tepung sedikit-sedikit kerana adunan agak lembik...ini mungkin sebab kkida pukul mentega dan gula lama sangat....

bahan-bahannya adalah seperti berikut:

125g mentega
40g icing sugar
125g tepung kentang
80g tepung superfine

pukul mentega dan gula icing hingga kembang...masukkan tepung dan gaul sebati...(tambah tepung sedikit-sedikit jika perlu sehingga adunan boleh di bentuk bulat dengan jari...kkida tambah sekitar 3 sudu besar lagi)...bentukkan doh bulat-bulat kecil...susun atas dulang dan tekan dengan garpu...bakar pada suhu 170C selama 12 ke 14 minit...
inilah rupa cookies german kkida tu....kkida bahagi 2 doh dan warnakan hijau dan merah supaya kelihatan ceria sempena syawal ini...masa nak gentel bulat cubitkan sikit merah dan hijau dan guling atas tapak tangan...tekan dengan garpu dan kkida taburkan sikit dengan castor sugar supaya nampak cantik...

untuk resepi ini kkida ingin beri credit kepada Rima ....terima kasih kerana share resepi yang marveles ni...:)...kkida punya cookies ni nampaknya hudoh bebeno berbanding cookies yang di buat oleh Rima, putih bersih...definitely kkida akan simpan resepi ini dalam hati dan akan selalu membuatnya...sebab senang dan sedap...:)

...terima kasih juga pada kjee dan k.nor kerana saya terpaut pada cookies ni apabila melihat kalian berdua membuatnya...:)
bawah ni pula kkida buat conflakes mini muffin...nantilah kkida share resepinya later yek....sekarang ni dah nak kena bergerak...nak gi berebut-rebut apa yang perlu kat pasar minggu tu....:)

Friday, August 26, 2011

roti gulung sosej

salam,
roti gulung sosej yang simple ni adalah juadah sahur malam tadi untuk my kids...senang je buatnya...ikut step-by-step kat bawah ni...
gelek roti dengan rolling pin hingga padat...letak cheese dan sosej...gulung kemas dan sapukan hujungnya dengan telur (telur pukul dengan susu sikit)...supaya ia melekat kemas...
kemudian celupkan keseluruhan roti sosej yang dah digulung tadi ke dalam telur dan kemudian ke dalam serbuk roti...serbuk roti tu saya tambahkan serbuk garlic and parseley...
 susun dalam tray seperti di bawah ni dan bakar selama 15 minit pada suhu 190C...
 jika nak goreng pun boleh...pastikan minyak panas dan goreng deep fry hingga kekuningan...
hidang panas cicah dengan sos...

Thursday, August 25, 2011

vegetable pasta sos...

resepi yang saya tiru dari giada de laurentiis...one of the food network celebrity chef...sebenarnya taklah minat sangat dengan giada ni tapi masa tengok dia buat dish ni macam interesting je...jadi tulah yang nak cuba buat tu...oklah...orang yang tak suka makan pasta sos yang berdaging sesuailah buat resepi camni... 
eggplant, red pepper, fennel...
 potong setebal 1/2 inci dan gril...
 potong leek dan pepper dan grill
tuangkan sedikit ready pasta sos dalam baking pan dan susun eggplant...kemudian taburkan cheese mozarella dan parmesan...salt and pepper...
 tuang pasta sos atas cheese dan kemudian susun leek dan pepper...diikuti dengan lebihan sos pasta... 
 taburkan cheese...supaya menutupi semua permukaan...taburkan herbs, dan seasoning...
 bakar hingga cheese kekuningan sekitar 30 ke 40 minit pada suhu 180C...
rebus spaghetti...makan dengan vege pasta sos tersebut...selain spaghetti boleh makan dengan pita bread, tortilla bread, macaroni...dll...jika nak lay kepingan lasagna dalam gravy ni pun boleh juga...

Wednesday, August 24, 2011

iftar hari ke 24...menu ulangan...

salam,
iftar hari ni makan menu yang berulang-ulang...segan rasanya kkida nak tayang the same food and menu....tapi tayang gaklah...hope youall tak boring nengoknya yek!

special vegetable pasta gravy....nanti kkida share resepi ni later...next entri...
meatball curry...guna rempah kari daging dan evaporated milk tanpa santan...
sempat kkida menjala hari ni...hehe...

balik-balik suhun goreng...memang kkida dah takda modal dah ni...tak tau nak masak apa...hehe...
goreng suhoon ni macam goreng meehoon juga...guna sayuran seperti togeh, kucai, kubis, sawi dan sebagainya...tumbuk udang kering dengan bawang dan cili padi...tak perlu guna cili blender...lain-lain bahan adalah kicap cair dan seasoning...pecahkan beberapa biji telur....hmmm...sodap...

bawah ni saja kkida nak share foto my first biskut tunjuk....tart nanas...tapi kueh tart ni memang sangat special dan sedap kerana pastrynya tu ada ingredient rahasia...tapi kkida tak leh nak share apa ingredientnya tu, nanti member kkida ni saman kkida pula...hehe...tapi ia bukan macam jem tart yang biasa-biasa tu...

kkida ingat nak tolong promo tart my friend ni tapi dia angkat tangan...surrender...tunggu dulu lepas seminggu raya maybe ok....
 tengok pun dah meleleh air liur kan....cantik dan nampak sedap....

blog viewer...countdown to aidilfirti...5 hari je lagi...

salam,
tolak hari ni tinggal 5 hari je lagi kita nak raya kan...pasti semua orang tengah rancak sekarang...yang dok kat office tu pasti resah gelisah je...dok tengok jam bila le jarum ni nak tunjuk kul 5 ni...bukannya apa...banyak sangat benda yang nak di buat...nak cuti awal lagi...kalau boleh cuti lepas rayalah barulah syokkan...hehe...

tapi jumaat ni pasti ramai yang last day kerja kot...apa nak tunggu lagikan..."office kata pergi kampung kata mari"....

kkida ni rajinlah pulak nak berntri pepagi ni....orang sibuk buat biskut, kkida sebok dengan blog...tapikan sebenarnya kkida baru je selesai kemas bilik yang kononnya renovate buat toilet hari tu...tapi tulah...huhu...halfway...tak sempat setle...semua mamat indon dah taknak kerja...habis cabut balik kampung...tulah silapnya...buat dah dekat sangat nak puasa...memang haru birulah sikit keadaan rumah kkida raya ni...nak buat macam mana kan...rayalah seadanya...

since hari masih awal sangat lagi...kkida tak maulah letak gambar makanan...tak berapa sesuailahkan, kita kenalah sensitip sikit...tunggu malam nanti lepas berbuka baru kita cerita pasal food...

oleh itu kkida nak sembang sikit tentang blog kkida yang seadanya ni...beberapa hari ni kkida saje je monitor numbers kat blog dan facebook 1001resepi ni....kkida dapati terdapat peningkatan page view yang mendadak naik...lebih dari kebiasan...tak pernahlah lagi sebelum ni kkida tengok orang view sampai banyak tu dalam satu masa kat blog kkida ni..kat blog orang lain mungkin ada...

keadaan ini pasti sebab masing-masing sedang mencari idea apa nak disediakan sebagai juadah puasa dan juga aidil fitri yang akan kita sambut minggu depan...kkida pasti blog mereka yang sealiran juga menerima kunjungan yang lebih dari hari-hari biasa...

Alhamdulillah kepada sambutan yang diberi terhadap blog kkida ni...tak sia-sia kkida berkongsi resepi jika ia dapat di manafaatkan bersama...dan dalam masa yang sama blog ini juga mampu membantu rakan-rakan yang berniaga secara kecil-kecilan untuk kenalkan perniagaan/produk mereka kepada orang ramai...dan kkida pun dapatlah fund sikit-sikit bagi menampung apa-apa bil yang bersangkutan...kata orang tu 'win win situation'...I tolong U, U tolong I...hehe...

dari feedback yang kkida terima...mereka yang beriklan di blog ini menerima respon yang baik dari orang ramai...iaitu mereka mendapat pelanggan yang berlipat ganda...ertinya mendapat jualan yang tinggi...internet adalah salah satu medium komunikasi yang sangat berkesan jika ia mampu menarik viewer yang ramai...

selain iklan berbayar, kkida juga sangat gembira dan bersyukur kerana blog ini juga berjaya memberikan manafaat kepada pihak ketiga...contohnya seperti sambutan terhadap kutipan sumbangan untuk masjid hidayah yang kkida war-warkan di blog ini sebelum puasa hari tu...Alhamdulillah sebanyak lebih dari RM2,000 berjaya kkida kumpulkan dan telah di gunakan oleh MH untuk membeli peralatan bagi kegunaan masjid...till today still ada yang email kkida untuk beri sumbangan...:)...kita sama-sama dapat pahalakan!...:)

bawah ni kkida sempat printscreen number of visitors and total visits for 2 days...jika blog kkida yang serba kekurangan ni mampu menarik viewer sebanyak ini, bayangkanlah blog yang punya ramai pengikut...pasti berjabu orang masuk hingga jam agaknya....hehe....

Tuesday, August 23, 2011

hazel and almond cookies

hari ni kkida memang sangat letih...tulah seharian ni tak beronline....pagi tadi ntah kenapa kkida mendapat bisikan sang putri menyuruh kkida bangun dan buat biskut ni....lalu kkida pun tanpa berlengah selak kain selimut dan bingkas bangun...keluarkan butter, kacang hazel dan almond...tepung, gula, telur dan sebagainya...maka terjadilah adegan uli menguli dan gentel menggentel doh biskut selama beberapa jam...:o 

memang kkida sangat respect kepada mereka yang punya ketekunan mengadap doh dan oven berjam-jam setiap hari untuk membuat biskut dan cookies ini...memang berbaloi jika hasilnya adalah cookies yang cantik dan sedap...

resepi biskut ni kkida ambil dari basic resepi biskut semprit buku resepi lama mak kkida...dari resepi tersebut kkida tambahkan ground hazelnut dan ground almond yang kkida toast dulu dalam oven...walau pun biskut ini tiada rupa, tetapi rasanya....memanglah sedap...mana tak sedap....terdapat ground almond dan hazel yang menghasilkan doh yang berkacang dan wangi...

jika anda teringin nak cuba ini bahannya...

85g gula castor
1 biji telur
113g mentega
2 sdt vanilla esen
2 sudu besar susu pekat manis
200g tepung gandum (kkida guna pastri flour)
2 sudu besar cornflour
1.5 sdt baking powder
1/2 sdt garam
1/2 cawan ground almond
1/2 cawan ground hazelnut

dengan menggunakan hand mixer pukul telur dengan gula dalam 2 minit...masukkan butter dan pukul hingga sebati...masukkan vanilla, susu pekat dan gaul sebati...masukkan bahan kering yang telah diayak...gaul lagi dengan hand mixer hingga bercampur rata...akhir sekali masukkan ground hazel dan almond...gaul hingga semua bahan menjadi doh yang lembut...

dengan menggunakan sudu kecil, scoop doh keatas baking tray...bentukkan doh supaya bulat dan cantik...sapukan kuning telur dan taburkan dengan kacang almond...bakar pada suhu 170C selama 10 minit...atau hingga kekuningan...sejukkan dulu sebelum di masukkan ke balang kueh...

tengah kkida dok bakar kueh, Natrah yang pernah sewa rumah kkida VM tahun lalu call nak masuk hari ni juga...sebelum ni Natrah ada contact tru email bertanyakan berkenaan VM...kkida ingatkan dah tak jadi sebab dia senyap je...tup tup dah sampai depan VM dia kata boleh ke nak masuk there and then....
laaaa....awat camtu cek Natrah oi...kena la bagi kkida time to kemas itu dan ini...:)

nasib baiklah my cookies dah habis di bakar...so kkida tinggalkan jap dapor yang separuh kapal pecah tu dan berkejar gi VM dengan bibiks utk kemas sikit mana yang perlu...kul dua settle dan depa pun selamat beristirehat...hehe...
balik rumah, solat dan terus gedebum....esok kkida nak kena gi cari biskut tunjuklah nampaknya...hehe...ada sesiapa nak supply cookies/kueh raya kat kkida tak?....kkida nak beli...serius ni...-+x$=?...:)

refreshing mint tea...

buka puasa dengan hot mint tea...sungguh menyegarkan....kkida mula minum tea ni masa kat Madinah tahun 2009....lepas tu bila balik KL kerap jugalah buat teh ni...mint tea kena buat manis dan mesti air panas mendidih...sedap....

Monday, August 22, 2011

instant dadih

serbuk dadih segera memang memudahkan kerja...cepat dan sedap...ada banyak jenama dadih segera dan pelbagai perisa di pasaran...dan ia adalah halal...dadih lebih kurang sama seperti instant puding...

bawah ni dadih chocolate flavour...kkida tambah buah peach tin bagi menambahkan kesedapan
dadih ni...chocolate memang ngam dengan buah peach...
bawah ni pula dadih perisa jagung...kkida tambah jagung cream ke dalam dadih tersebut...sedap dan sejuk tekak bila makan...sesuai sangatlah untuk berbuka puasa...

mini trifle...

kkida re-entri semula dessert ni...make it as an individual entri...kkida memang suka letak banyak food photos sekali dalam satu-satu entri...bukannya apa...senang sekali jalan je...hehe...tapi tak berapa praktical sebab susah nak di kategorikan...so today onwards kkida akan letak setiap entri hanya satu resepi atau menu sahaja....easy untuk youall to search for the recipes...:) 
mini trifle atau trifle dalam satu bekas besar lebih kurang sama cara buatnya...cuma mini trifle ni lebih praktical lagi dan nampak lebih kemas...
 
resepi trifle kkida senang je...lapisan bawah sekali kek coklat gulung atau rich chocolate butter cake (ready-made punyalah...senang)...kemudian siramkan sikit kek tu dengan juice dari tin buah peach...lapisan kedua adalah kastard....ready-made atau buat sendiri...resepi kastad ni kkida pernah buat banyak kali...kena searchlah ye...bila kastad dah keras letakkan buah peach keatasnya...masak agar-agar atau guna instant mix jelly...tuangkan pelan-pelan keatas kastad/peach...sejukkan dalam peti ais...sedap...

Sunday, August 21, 2011

apom oh apam...:]

salam,
kkida sangat happy petang tadi...happy yang teramat sangat...kenapa kkida happy sangat?...kkida happy sangat sebab bila kkida angkat tutup tempat kukus tadi apom tepung beras kkida tersengih aje kat kkida...heeeee...

tak caya cuba tengok gambar-gambar ni...:)))
cubaan pertama kkida membuat apam walau pun tak secantik dan sesempurna apam orang lain tapi pada kkida ok sangat-sangatlah tu....out of the blue, tak sangka boleh tahan gaklah apam kkida ni....hmmm "masuk bakul lagi kkida nih!"....hehe...
kkida tau ramai kat luar sana yang sangat terer buat kueh ni dan kkida memang salute youall....tak pernah terlintas difikiran kkida untuk buat apam ni walau pun kueh ni memang kkida suka sangat...tulah sebabnya setiap kali balik KK kkida akan borong apam tepung beras ni banyak-banyak utk bawa balik KL...
sebabnya memang kkida suka makan apam ni...makan dengan kuah kari, sardin, sambal ikan bilis, kelapa dan sebagainya...
yang membuatkan kkida nak coba juga buat apam ni coz my darling hubbylah...dua hari sudah dia suruh kkida buat apam...kkida kata tak pandai...pastu rasa ralatlah pula...buat roti pizza dan cornbread pandai, buat apam yang simple camtu tak tau...ish! teruk betullah pula rasanya...

so, kkida pun kata kat diri sendiri, hari ni nak kena coba jugalah buat...so kkida pun carilah resepi yang mudah dan simple kat internet...kkida singgah ke beberapa blog...ada banyak resepi, sesetengah tu macam complicated cara buatnya...dalam dok keluar masuk beberapa blog kkida terlihat resepi apam ni yang kelihatannya mudah...since bahannya ada maka kkida pun terus mulakan operasi percubaan ini...takut juga tak menjadi...

kkida ubah sikit je dari resepi asal, iaitu kandungan gulanya...sebab kkida memang tak nak buat manis sangat kerana nak makan apom ni dengan kari dan sambal...ganti roti dan nasi....kkida sangat berdebar takut tak jadi...:)

wbp...Alhamdulillah...oklah tu...cukup gebusnya...bila tekan-tekan apom tu dia melantun balik, maknanya gebulah tukan....hehe....terima kasih kepada jintanmanis dan watiermanlife
kkida proses apam kkida dalam blender je...tak tukar ke bekas lain pun....terus tuang ke acuan dan kukus...
putih bersih...memang kkida tak nak guna pewarna...
bila diterbalikkan...bahagian bawah apam...
rekahannya tu tak secantik apam yang dikukus dalam paper cup atau bekas bulat comel...bekas ni besar...jadi camtulah rupa rekahannya...
makan dengan kari ayam, rendang dan sambal ikan bilis....hmmm...seketul tu dah cukup mengenyangkan...macam makan roti...

resepinya camni (kkida ubah sikit je caranya dari resepi asal)...
1 cawan nasi blender dengan 1 cawan air hingga hancur...

1/4 cawan air suam kuku (jangan panas sangat) campurkan 1 sdt yis kering dan ketepikan 10 minit...

tuangkan campuran yis ke dalam blender nasi tadi bersama gula (kkida hanya guna 1/4 cawan gula je) dan campurkan juga 2 cawan tepung beras....

blend dengan kelajuan minimum hingga semua bahan sebati...2,3 minit...

tutup blender dengan kitchen towel dan biarkan sehingga 3 ke 5 jam...(kkida buat jam 12 dan kukus tadi jam 5 petang)...

sebelum kukus masukkan 1 peket ENO dan blend perlahan dalam 2 minit...sudukan ke dalam bekas kecil dan kukus dalam kukusan yang panas selama 15 ke 20 minit...atau hingga apam tu tesengih...hehe...
selain apam kkida buat karipap...doh ni resepi mak kkida....sebenarnya resepi karipap ni dah banyak kali kkida share kat blog ni...tapi takpalah kkida nak share resepi doh pastri ni pula...
kkida guna 600g tepung gandum, 2/3 cawan majerin cair panas...1 sdt garam....gaul rata hingga jadi seperti breadcrumbs...tuangkan air panas (bukan mendidih) dalam tepung sikit-sikit dan uli hingga tepung menjadi seketul doh yang lembut...uli lagi selama 2,3 minit....tutup dan ketepikan 10 minit...
inti ayam dengan kentang...guna rempah kari...
kkida tambahkan telur dengan inti ni...
leperkan doh dan isi inti....kelim dan ketepikan...buat hingga habis...
banyak juga kkida dapat karipap ni tadi...simpan dalam freezer...nanti sahur goreng lagi....

sorry, kkida tak sempat nak ambik gambar karipap yang dah bergoreng kerana tadi kkida goreng last minit sangat...terus angkat dan hidang ke meja...masa tu dah azan maghrib...takpalahkan, rupanya sama dengan rupa karipap yang dah pernah kkida tayang kat blog ni sebelum ni....:) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...