Thursday, June 30, 2011

belimbing buloh...

salam pagi jumaat,
walau pun date pada entry ni bertarikh semalam, pagi ni baru saya boleh publishkan...semalam pasti ramai yang alami masalah sama seperti saya, i.e. tak boleh nak view blogger dashboard dan tak boleh nak edit blog...yelah, sekali-sekala pasti ada problem...macam kita juga sekali-sekala pasti tak sihat...

semalam kkida rasa macam...ok jugalah sekali-sekala blogger ni meragam...kita pun taklah asyik sibuk nak mengadap benda ni...tapi memanglah....bila tiba masanya nanti pasti saya akan tinggalkan aktiviti ini....mungkin bila dah cukup 1001 resepi atau 1001 entri, hehe... pagi semalam my maid cakap pokok belimbing buloh belakang dapor sedang berbuah lebat....maka saya pun suruhlah dia kait buah tu...rasa seronok juga sebab ada pokok sendiri macam ni kat belakang rumah...buah belimbing buloh memang jarang dijual di pasar....kalau ada pun kadang-kadang dah terlebih masak dan lembik...

saya teringat ada lagi udang yang saya beli dari setiawan last week...bukannya banyak pun beli udang tu hari tu, cuma sekilo je....tapi since ahli rumah ni semakin berkurangan, maka food consumption pun berkurang....dan yang makan udang cuma me, hubby and eka je....

gulai lemak udang dengan belimbing memang one of kegemaran kkida.....tambah udang besar macam ni... bibik beraksi mengait belimbing dan bawah....hasil tuaian bibik semalam...cantikkan warna belimbing yang baru di petik... resepi gulai udang belimbing ni rasanya ada entrinya kat bahagian 'seafood' ....cuba gi tengok kat sana ye... caranya sama macam buat masak lemak cili api....cuma jangan masukkan asam keping kerana belimbing tu dah masam....saya masukkan serai (titik) sebatang dan daun kunyit... dan terlanjur pegang camera tu kkida snaplah sekali gambar buah limau ni....buahnya pun lebat...dan bawah ni pula rajin bibik menyemai biji labu....nanti kalau dah keluar buahnya kkida share gambarnya...

Wednesday, June 29, 2011

mee maggi goreng berdaun kari

salam,
terasa gundah gulananya hati pagi ni...dalam cuaca yang sejuk dan hujan renyai-renyai pagi...lewat jam 11 baru hujan benar-benar berhenti, itu pun till now matahari masih belum mampu memanaskan persekitaran yang terlalu dingin ini...btw, Alhamdulillah, syukur nikmat Allah...

terasa sunyi pulak rumah ni...manalah pergi semua budak-budak ni...oh, baru teringat...atmam balik jam 2, aiman tak tau balik kul brapa...itu ayahlah yang kena ambik tahu...hari ni aiman dan rakan-rakan sekelas melayan tetamu dari jepun...memang setiap tahun sekolah VI akan di datangi oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah dari negara matahari terbit tersebut...setiap murid diberi seorang pelajar untuk di layani...termasuklah aiman...tak sabar nak dengar cerita aiman kejap lagi bagaimana dia berkomunikasi dengan pelajar jepun tersebut...'arigatowazaimas...haik"

eka masih di UIA, hari ni juga perasmian pameran final project mereka...dia ajak mama and ayah datang...hmmm....tegoklah dulu ye kak...kalau mama larat...

teringat pulak kat ajwad pagi ni...apalah yang dia buat agaknya...call tadi tak berjawab...macam manalah dia tidor malam tadi...ok ke! oleh kerana mood memasak juga takda dan atas permintaan my dh...kkida goreng maggi je untuk dia tadi...maggi curry goreng...

cara kkida goreng maggi mungkin tak banyak beza dengan cara anda goreng maggi...kkida rendamkan dulu maggi dengan air panas hingga lembut....kemudian toskan dan ketepikan...

perencah maggi tu letakkan dalam satu mangkuk kecil, campurkan dengan lain-lain bahan yang anda suka...kkida campurkan cili blender, sos tiram, sos tomato, kicap manis, dan kicap biasa...letakkan air sikit je dan tak lupa garam...kacau...

panaskan minyak sikit...tumiskan bawang putih tumbuk dan beberapa helai daun kari...kemudian masukkan perencah dan sos campuran tadi, kacau hingga wangi...masukkan telur dan sayuran seperti sawi, kobis, kucai, taugeh, cili padi, cili merah dsbnya...masukkan mee maggi dan gaul cepat hingga semua bercampur rata...

hidang ketika masih panas...taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang jika suka...sedapkan sekali-sekala masak stail orang malas camni...hehe...

Tuesday, June 28, 2011

lempeng/pancake cheese berudang ala cucuq udang jagung

salam,
panjang bukan main title entri kkida yang nikan...

sebenarnya kkida tak tau nak letak tajuk entri yang sesuai dengan dish ni...oleh itu kkida tulislah segala ingredient yang ada sebagai tajuknya...jika boleh kkida nak letak perkataan kucai, bawang dan cili sekali...hehe...

dan entri kkida kali juga kaya dengan gambar...bukannya apa kkida suka dengan warna lempeng ni yang cantik dan menyelerakan... dan juga senang, tak perlu kkida nak cerita lebih-lebih... ingredientsnya adalah seperti diatas....jagung, bawang besar cincang, cili merah cincang, kucai, cheese dan tepung...jumlah bahan terpulang kepada anda...lain-lain bahan yang tak nampak ialah garam, soda dan baking powder....kuantiti tepung yang kkida guna ni adalah lebih sikit dari satu cawan, sodanya kkida letak 1/2 sudu teh dan baking powder 1 sudu teh...garam secukup rasa...air guna air suam-suam kuku...bancuh hingga kepekatannya seperti kita buat lempeng kelapa... panaskan minyak sikit je dalam frying pan seperti foto di bawah...kkida guna minyak zaitun
...letakkan beberapa sudu batter ke dalam pan dan ratakan...susun udang atas pancake batter...masak hingga keperangan kedua-dua belah... seperti ini... angkat, potong beberapa segmen dan hidangkan dengan cili sos dan mayonnaise...kkida rasa elok masak cara begini berbanding deep fry...bolehlah kita kurangkan penggunaan minyak...

Monday, June 27, 2011

tuna sandwich...dan abang nak pergi...

salam,
hari ni kkida slow sikit...slow dalam pergerakan...tak keluar kemana pun hari ni...not feeling good today...jadi tugas mengantar dan mengambil atmam terbahagi antara my dh dan ajwad...

but, tomorrow onwards, keadaan akan berubah...sihat ke, sakit ke...kkida tiada pilihan...mau tak mau kenalah on the road juga...huhu...nak tanya...ada tak sesiapa yang nak kerja dengan kkida, jadi supir...hehe...gaji boleh bincang, tetapi yang bestnye setiap hari dapat makan sedap-sedap and free...lol...

my ajwad will be leaving for college tomorrow, taklah jauh sangat, kat cheras je...tapi walaupun tak jauh, kena duduk hostel jugalah, bukan boleh duduk kat rumah macam time sekolah menengah dulu...kalau asyik nak duduk celah ketiak mak ayah je masa bilalah nak belajar berdikari, tambahan pula kursus yang diambil tak boleh main-main study...bukan boleh belajar asal pas aje...

so hari ni kkida tolonglah sediakan beberapa barangan keperluan untuk ajwad bawa esok...antaranya... sebagai mak, yang paling kita concern sekali ialah takut anak lapar...walaupun tempat tinggal ajwad nanti adalah sebuah condo yang dikelilingi oleh berbagai food outlet, tapi kkida suruh juga dia bawa 3 in 1 drinks ni...manalah tau malam-malam nanti teringat nak minum air panas...dan juga tidak ketinggalan sebuah mug dan sudu kecil nak kacau kopi...hehe...

selain tu dalam plastik kuning tu adalah sabun serbuk...bawa sikit dulu, manalah tau tetiba tertumpah air kopi kat atas seluar...adalah juga sabun nak cuci...selain sabun cuci baju kkida ingatkan ajwad untuk bawa shampoo, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, facial wash dan tak ketinggalan minyak wangi...hehe...

cadar, sarung bantal dan selimut juga mama kena sediakan...yang lain-lain dia sendiri yang kena ingat...keperluan sendiri mestilah tahu apa nak bawa...

bawah ni beg yang dia nak bawa esok...ada 2 beg macam ni... yang ni pulak bekas kasut...semua cukup lengkaplah....apa nak lagi... kerana nak masuk college punya pasal...siap beli hp baru...hmmm...ntahlah...camni kena dapat good result lah ye abang...:) oklah...mehlah kita sambung cerita kita....ni yang sebenarnya kita cari...walaupun sekolah tinggi melangit...makan dan makanan...

pagi tadi kkida buat sandwich tuna ni for breakfast...senang je...sapu mayonnaise pada roti dan sapukan tuna...tangkup dua roti dan potong serong...

pukul telur, susu, garam dan lada...celupkan roti dalam telur kemudian celupkan dalam breadcrumbs...panaskan flat pan, tuangkan sikit minyak olive dan grill roti hingga kekuningan...

Sunday, June 26, 2011

kenduri kak nor...

salam,
sabtu dan ahad minggu ni kkida tak kemana...hanya relax dirumah...masak ringkas-ringkas dan makan simple-simple je...

MIL dah kembali kerumah anaknya di shah alam dengan membawa bersama si elah, the maid...actually my sister-in-law renovate rumah dia...major jugalah...tulah sebab MIL datang ke mari...rumah SIL dah macam padang pasir, dah macam kapal pecah...tak tau mana nak tidor...bilik air juga telibat sama dalam siri renovasi ini...jadi memang tak sesuailah nak duduk dalam keadaan macam tu...dalam seminggu lagi mungkin semuanya beres dan kembali normal...saya pinjamkan elah untuk lap-mengelap mana yang boleh...nasib baiklah menantunya ni baikkan...hehe...

buat masa ni mum in law lebih senang tinggal dengan anak perempuannya yang masih single tu...dia kasihan, simpati dan risau jika biarkan anak gadisnya tu tinggal sendirian nun jauh di shah alam dua...Insyaallah, mungkin jika ditakdirkan my sis in law bertemu jodoh, senanglah sikit hati mum in law..dan mungkin tatkala itu dia lebih selesa tinggal dengan anak lelakinya yang sorang ni...Wallahuallah...hanya masa menentukan...:-) foto atas adalah sambal peparu goreng yang kkida buat dua hari lalu...sebenarnya kkida malas nak tayang photo ni mulanya...dah pernah ada entri, resepi serta foto yang sama sebelum ni...tapi kkida upload jugalah sebagai halwa mata...:)

bawah ni pula bubur kacang campur dengan pisang raja, durian dan sagu biji...dalam banyak-banyak resepi dan food photos...foto bubur kacang ni yang tak ada...bukan kkida tak pernah masukkan resepinya sebelum ni...tapi bila search balik...ntah kemana perginya, hilang...tak ngapalah...kita lupakan yang dulu dan ganti yang baru...:)
tengahari tadi lepas solat zohor kkida gi makan kenduri kat taman manjalara....lauk pauk kendurinya adalah lauk standard...oleh itu kkida tak ambil gambarnya....banyak dah gambar lauk-pauk kenduri yang sama kat blog ni...wbp, kkida berminat untuk abadikan gambar pasangan raja sehari ini...
pengantin perempuan adalah anak kak nor...bagi mereka yang tinggal sekitar petaling jaya pasti kenal dengan kak nor....kak nor berniaga lontong dan kueh mueh melayu atas pasar seksyen 14, petaling jaya...dah lebih 25 tahun kkida menjadi pelanggan kak nor dan lontongnya memang best...mungkin sebab ingredientnya yang berbagai pilihan...
gadis manis suka berdandan,
lepas dandan keluar berjalan,
sama cantik sama sepadan,
semuga jodoh berkekalan...

Saturday, June 25, 2011

nasi goreng bungkus telur dadar...

atau pun dikenali nasi goreng pattaya...tapi ni nasi goreng pattaya ala kkida...

sebenarnya bila di sebut nasi goreng pattaya...gambaran kkida adalah nasi goreng yang di bungkus dalam telur dadar...nasi goreng tu biasanya stail nasi goreng cina iaitu berencahkan isi ayam dan udang...perisanya sudah pasti fish sos atau kicap cair...jika ada mix vege lebih cantik lagi...bahan tumisnya kkida letak bawang putih (banyak), halia, cili padi...

telur dadar...telur dadar yang kkida buat ni kkida campur susu sikit...2 biji telur + 2 sudu besar susu + salt and pepper....pukul tak perlu sampai berbuih...masak dalam api perlahan...

stepnya adalah seperti di bawah ni...

Friday, June 24, 2011

udang goreng mentega dan telur

salam,
beberapa hari ni kkida kurang sihat...cooking pun kurang...buat ringkas-ringkas je...nasib baiklah MIL ada dah beberapa hari ni...so dia dengan elahlah yang dok pung pang kat ceruk dapur menyediakan lunch...

semalam kkida goreng udang ni....udang besar beli di jeti segari setiawan...harga rm32 sekilo...bolehlah dua kali masak...makan udang banyak-banyak memang tak elok, tinggi kandungan kolesterol....tapi bila mata melihat udang yang segar-segar di jeti tempoh hari...lupa dah semua yang tak baik untuk kesihatan...udang baru naik dari laut...rugilah kalau tak beli...

perancangan awal kkida nak mencari ketam yang sangat fresh...tapi tak kesampaian hajat dihati...apa taknya...bila kkida sampai je kat jeti nelayan tu....orang dah ramai dan kereta dah berderet...lambat kami sampai...pi jengah-jengah kat celah orang ramai...yang tinggal ikan yang tak berapa kkida kenal...ketam dah habis kena perait (orang beli)...orang yang nak membeli lebih ramai dari seafood yang di bawa naik dari bot oleh nelayan...

maka berputih mata lah kkida...jauh juga kami travel dari kuala kangsar melalui jalan lama nak ke KL...kalau ikut highway dah lama sampai rumah....ni sebab teringatkan ketam dan ikan fresh...lalulah juga ikut jalan lama ke rumah sepupu my hubby di setiawan...dialah yang bawa kami ke jeti...memang takda rezki...lain kalilah pula nampaknya... ramainya yang nak membeli....benda yang nak direbut sikit...hmm...tak kuasalah kkida nak bertolak-tolak dan memanjangkan tangan dalam situasi macam tu...takut terpeleot nanti kepala lutut kkida yang memang dah sedia sakit tu....hehe... bot nelayannya taklah besar....banyak manalah sangat seafood yang boleh dibawa dengan bot sebesar itu...
akhirnya hanya udang ni jelah yang kkida bawa balik setelah travel jauh kerana nak mencari fresh ketam dan ikan....Alhamdulillah....hanya itu rezki yang ada...

kkida cuba nak buat butter prawn...but till today kkida masih tak pandai lagi nak buat telur yang rangup seperti yang pernah kkida makan kat seafood restaurant tu....mungkin kena berguru dengan pakar yang bertauliahlah gamaknya...hehe....

btw...walau pun tak crunchy...rasanya tetap ump! udang tetap udang....masak macam manapun memang sedap...tambahan pula udang besar dan fresh camni... bahan tumis resepi udang mentega kkida ni senang je....bawang putih dan halia tumbuk lumat dan mentega...masukkan udang dan goreng hingga masak....tambahkan perisa seperti kicap cair, garam, lada dan perisa...

sebelum tu buat dulu telur hancur...pukul telur dengan garam dan lada putih....dan scramble dengan sedikit butter...

sebelum angkat masukkan telur dan parseley....makan panas-panas...

Thursday, June 23, 2011

japanese steam egg custard

ataupun nama jepunnya chawanmushi...

kkida biasa makan steam egg custard ni kat sushi king...memang sedap kerana kelembutan custard telurnya...

teringat nak buat chawanmushi ni dan kkida pun searchlah kat internet akan resepinya...senang je buatnya...cuma kkida ubah sana-sini sikit... untuk ingredient custardnya tu...

1 biji telur saiz besar dan 3/4 cawan air
1 sdt chicken granules atau 1/4 cube ayam
kicap cair, garam, lada putih secukupnya...

campur semua bahan dan pukul rata...pukul sikit je jangan sampai bebuih...
(resepi orinya ada campur sake, ginko nut dan sejenis perisa jepun) lain-lain bahan ialah isi ayam...potong kecil...season dan saute dalam minyak sikit sahaja hingga kekuningan....ketepikan... 2 ekor udang besar...buang kulit dan kepala...belah belakang udang, buangkan urat hijau dan hitamnya....bersihkan dan ketepikan... 2 biji cendawaan siitake atau fresh black mushroom....belah empat...

bahagi semua bahan dalam dua bekas kaca kecil seperti diatas...tuangkan campuran telur dan air tadi...(custard cukup untuk 2 mangkuk kecil) kukus selama 10 ke 15 minit... hidangkan ketika masih panas....sedapnya... udang, ayam dan mushroom dalam savoury soft egg custard...

Wednesday, June 22, 2011

onde-onde halawa dalam air soya

salam,
dah malam baru kkida dapat bersiaran...siang tadi kkida makan lauk beli je...hehe...maka takdalah gambar lauk pauk ye...

tapikan yang kkida geram...actually taklah geram sangat...bagus sebenarnya...ialah air paip keluar laju bukan main...kata JBA nak putuskan bekalan air sehingga 3 hari 3 malam...yang kita ni simpanlah air macam bagusss je...btw...sebenarnya kkida memang bersyukur sangat-sangat...terima kasihlah ye sebab tak jadi tutup air...:) malam ni kkida nak sambung cerita onde-onde lagi....tapi bukan onde-onde bijan semalam....yang ni onde-onde stail baru...sebenarnya taklah baru...kkida dapat idea nak buat onde-onde macam ni sebab pernah makan kat bawah ikea power centre...onde-ondenya di rendam dalam air soya bean... onde-onde yang kkida buat ni berintikan halawa....tau tak apa itu halawa?....sebenarnya kkida pun tak berapa tau...hehe....halawa ni adalah seperti dessert masyarakat timur tengah....pasti sesiapa yang pernah ke makkah, madinah, cairo, jordan, istanbul biasa nampak halawa ni di jual di sana...ada bebagai jenis halawa...rasanya manis dan sedikit berkacang...

halawa ni anak kkida hani beli masa dia belajar kat mansoura...lama sangat dah halawa ni tersimpan dalam peti sejuk....takda sapa berminat nak makan...petang tadi kkida teringat nak buat onde-onde buah melaka...tapi bila teringatkan halawa ni, maka kkida pun cobalah berkreatip dengan menjadikan halawa ni sebagai inti onde-onde....gentel bulat-bulat seperti foto bawah tu... kemudian letak tengah-tengah doh tepung pulut....macam kita buat buah melaka tu... halawa ni mungkin dari jenis kekacang, seperti macadamia, almond, lotus, hazel dan sebagainya...ia manis dan sedikit oily....sesuailah sebagai inti onde-onde....onde-onde kat power centre yang kkida makan tu berintikan lotus seed paste....lebih kurang camnilah juga rasanya... doh ni kkida pasti semua tau buatkan....sama macam buat doh buah melaka.....tepung pulut dan air sahaja...air tu campurkan sikit-sikit dan diuli sehingga seperti foto di atas....cubit sikit doh, leperkan dengan jari....masukkan halawa yang dah dibulat-bulatkan terlebih dahulu...kemudian bulatkan doh yang dah berinti cantik-cantik seperti guli, jangan buat besar sangat...cukuplah untuk sekali ngap... (seperti foto di bawah:) panaskan air hingga mendidih, masukkan bebola onde-onde....rebus hingga masak (terapung dipermukaan air)....angkat dan letakkan dalam mangkuk... kuahnya tu adalah air soya bean....ready-made je....panaskan sikit dalam periok dan tuangkan kedalam mangkuk onde-onde, kalau nak manis tambahkan air gula melaka, madu atau apa saja...ikut selera anda...dan jika suka sejuk tak payah panaskan air soya...sebaliknya tambah ais cube...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...