Saturday, April 30, 2011

babycakes...

salam,
hari ni setelah menunggu 2 minggu benda yang saya tunggu-tunggu dah tiba...happy bangat...happy bukannya sebab dah terima benda yang ditunggu, tapi happy sebab mat saleh ni tepat pada janji...depa janji dalam masa 2 minggu boleh sampai, maka hari ni tepat 2 minggu saya terima buku ini yang dihantar oleh pos malaysia courier service...:) so far saya tak pernah lagi order apa-apa barangan berbayar melalui internet (local atau oversea)...nilah pertama kali...risau juga takut tak sampai, maklumlah jauh perjalanan buku ni, nun dari new york...

ish! apa ke hal order buku sampai jauh camtu! jadi kerja...hehe...

itulah pengaruh TV...hari tu kakida tonton rancangan unique eats dari saluran Life Inspired, Astro...rancangan ni memaparkan makanan dari restoran dan cafe US yang sedap tetapi unik dari segi ingredientsnya dan salah satu daripadanya adalah babycakes bakery...memang seronok tengok cara owner bakery tersebut iaitu Erin McKenna buat donut dan petit chocolate cupcakesnya yang sangat popular disana...dan ia adalah resepi tersendiri beliau...
Erin McKenna (red ribbon)...

saya cuba search for the babycakes recipes ni di internet, tapi entah macam mana termasuk ke website pengedar buku ni...so saya pun go thru the website nak tengok harga dan samada depa boleh deliver all the way ke KL...hmmm...ok jugalah, harganya reasonable dan memang Malaysia termasuk dalam list mereka...jadi apa lagi...bukannya susah...sekarang ni semua main online...tak yah susah-susah nak gi kebank buat bankdraft...laju jelah kakida menaip nombor kad kat order formnya...hehe.... sedap nampak donut Erin ni kan... tapi bila dah order baru teringat, ntah-ntah kat MPH pun ada jual buku ni dan ntah-ntah harganya lagi murah...tapi nak buat camnokan, tak boleh dah nak patah balik...

Erin McKenna adalah juga penulis buku ni...dia cipta resepi yang unik ni (bahannya memang unik, tak tau ada jual kat Malaysia ke tidak...) kerana elergic dengan ingredients tertentu...mosf of her recipes guna gluten-free flour, brown rice flour, arrowroot dan beberapa bahan lain yang memang saya kurang familiar...

takpalah, kalau tak dapat cari ingredients yang sama, kita cari bahan gantinya...jika takda bahan gantinya...kita adjust sendirilah sana-sini nanti... dan food yang bawah ni bukanlah Erin McKenna yang buat....hehe...ini lunch tengahari tadi...simple je....spaghetti dengan mince meat dan ready pasta sauce...

my best ever cucur udang berjagung

"my best ever cucuq udang"...bukan kakida yang cakap tapi famili dan kawan-kawan yang pernah makan cucuq kakida ni yang bagi statement camni...:D
setiap kali lepas depa makan cucuq kakida ni depa akan tanya kakida...you letak apa ek?, air nak letak banyak mana?, air sejuk ke air panas?, letak telur tak?, baking powder letak tak?, soda?...

ok hari ni, setelah beberapa lama kakida tangguhkan, dengan rasa penuh kasih sayang terhadap adik-adik dan kenkawan yang ada dekat nak 18 kali buat, tapi depa cakap masih tak dapat texture yang sama...kakida turunkan ilmu membuat cucuq udang cara kakida ni...hehe...

dan hari ni kakida ambil inisiatif untuk mengukur semua bahan-bahan dengan menggunakan standard measuring cups and spoons....bukan cawan minum kopi atau sudu biasa tu tau...:)

bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda
1 cawan udang kecil putih
3/4 cawan bawang besar putih cincang
1 biji cili merah cincang
1 cawan daun kucai cincang
3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit serbuk
perisa jika suka
(campurkan semua bahan diatas dalam sebuah mangkuk..,gaul)

air...
campurkan 1/2 cawan air panas thermos dengan 1 1/2 cawan air biasa
extra...1/2 cawan tepung gandum

caranya
tuangkan air sedikit-sedikit kedalam campuran tepung dan gaul rata...
tambahkan setengah cawan tepung extra tadi sikit-sikit dan gaul hingga betul-betul sebati...texturenya harus likat seperti foto bawah ni...

panaskan minyak dalam deep frying pan kepada 180C...sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan...hidang panas dengan sos dan mayonnaise... jika takda udang kecil putih udang sederhana besar ni pun boleh...hanya gunting ekor dan muncung tajamnya...kemudian potong dua udang tu...jika guna udang kecil putih, tak payah buang ekor dan kepala...hanya bersihkan dan terus campurkan ke tepung...

Friday, April 29, 2011

buttermilk donut...

satu lagi penemuan resepi donut yang pada kakida sedaplah...

donut memang one of my favourite...itulah sebabnya kakida suka mencari-cari dan mencuba berbagai resepi donut, daripada resepi donut yang biasa kepada donut yang luar biasa...hehe...janji mudah dibuat dan sedap dimakan...dan resepi ini adalah salah satu resepi yang kakida suka...original recipenya lain sikit...kakida bega-begakan ingredientnya supaya sesuai dengan selera sendiri...

ni resepinya kalau nak cuba...

3 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
(ayak semua bahan diatas)

3/4 cawan unsalted cold butter, chopped
3/4 cawan buttermilk

gula caster campurkan dengan sedikit serbuk cinnamon

caranya
letakkan bahan kering kedalam food processor, masukkan butter dan process hingga menjadi breadcrumbs...pindahkan kedalam mangkuk besar...
buat lubang ditengah dan tuangkan buttermilk dan dengan mengguna garpu...mixkan breadcrumbs dan buttermilk perlahan-lahan hingga menjadi soft doh...jangan terlebih gaul...
letakkan doh atas permukaan rata yang telah ditabur sedikit tepung dan uli sedikit sahaja...5,6 kali...
leperkan doh dan terap dengan acuan donut...

panaskan minyak 350C dan goreng donut hingga kekuningan...angkat dan gaul dengan gula cinnamon...hidang panas...

note: tak perlu biarkan doh kembang kerana tidak menggunakan yeast.

Thursday, April 28, 2011

rendang kerang dengan peria

salam,
rasanya resepi rendang kerang ni dah beberapa kali kakida masukkan ke blog ni...perencah rendangnya sama dengan rendang pedas ayam atau daging...cuma main ingredientnya saja yang berlainan...iaitu kerang dan peria...

bahan-bahannya
2 cawan isi kerang
1/2 biji peria, potong kecil

bahan blender:
10 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
3 batang serai
(hiris semua bahan dan blender hingga lumat)
2 sudu besar cili blender

masak bahan blender dengan sikit minyak hingga mendidih, lebih kurang 5 minit, kemudian masukkan kerang dan peria dan biarkan mendidih 5 minit...masukkan santan pekat dalam 1/2 cawan (tambah jika perlu)...masukkan bahan perisa...garam, gula dan
2 keping asam gelugor...masak hingga gravy hampir kering...akhir sekali masukkan 2-3 sudu besar kerisik dan hirisan daun kunyit...masak hingga kering...

rendang kerang ni sedap makan dengan roti...sekali sekala tukar selera...:)

Wednesday, April 27, 2011

meehoon tomyam bebola sotong dan ayam

salam,
sehingga tengahari tadi air belum sampai ke rumah kakida ni....rumah yang terletak dikawasan tanah rendah subuh-subuh tadi dah ada air...tulah akibatnya nak duduk atas bukit, air pun lambat nak merangkak naik...hehe...

Alhamdulillah...lepas zohor tadi air dah ada...hmm...lebih 24 jam jugalah tak berayor...harap-harap janganlah ada lagi paip yang pecah...:)

since dah takda air kakida pun masak ringkas-ringkas jelah...one dish meal...yang ni masak bidan terjun namanya...apa yang ada dalam fridge itulah bahannya...sayurnya mana yang ada juga...carrot, bok choi, cendawan, bawang besar....rempah tomyam kakida guna premix gravy...senang cerita...

sotong ball tu kakida guna brand ramlee...nampak bagus juga sotong ballnya kerana mereka guna sotong betul...dan juga tambahan 2 keping dada ayam yang dipotong kecil...lain-lain bahan ialah serai, daun limau, limau nipis, daun ketumbar, cili padi dan perisa...tomyam camni sedap di makan panas-panas tatkala hujan petang-petang begini....

konnyaku lagi...

ini adalah desert paling cepat disediakan...kalau malas nak buat desert yang banyak cerita tu, buat je jeli konnyaku ni...masak ikut arahan pada bungkusan...tambahkan perisa dan buah-buahan pilihan...

untuk desert jeli kali ni saya guna orange essence flavour dan tambahkan mandarin orange dalam tin...sejukkan...cepat dimasak sedap dimakan....:)

Tuesday, April 26, 2011

ayam goreng nestum berempah dan kerabu bayam

salam, hari ni saya masak simple je sebab takda air dari malam tadi...bagun pagi ni paip kering....sebabnya...ada paip besar kat TTDI pecah...macam nilah keadaannya sentiasa...air dan api ni bergilir-gilir mogok.....hmmm....boleh ke kita nak jadi negara maju 2020 jika masalah camni pun tak boleh nak diatasi???

btw, lunch ni kakida cuba buat ayam goreng dengan cereal, nestum....sedap juga kerana texture crunchy yang datang dari nestum tersebut...

caranya mudah je...besihkan ayam...jika boleh bahagian berisi...tuskan dan gaulkan ayam dengan garam, perisa dan rempah kari ikan...ketepikan selama 30 minit...
sementara goreng sebiji bawang besar dengan daun kari dan cili kering hingga garing...ketepikan...

sediakan satu bekas untuk campuran tepung gandum dengan sikit rempah ayam, satu bekas untuk nestum dan satu bekas untuk telur yang dipukul dengan sikit susu dan garam...

lumur ayam perapan tadi kedalam tepung, kemudian celup ke dalam campuran telur dan akhir sekali kedalam nestum...lumur rata...goreng dalam minyak panas hingga masak...
hidang panas di tabur dengan bawang goreng tadi... selain tu kakida buat kerabu bayam...penah makan kerabu bayam tak?
cara buatnya sama seperti buat kerabu pucuk paku...mula-mula celur dulu bayam tu...kemudian hiris bawang merah kecil, cili merah...

lain-lain bahan ialah kerisik, santan, air limau nipis, udang kering tumbuk, garam, gula dan perisa...campurkan semua kedalam bayam dan gaul rata...

likes....

salam,

pagi ni saya menjengah ke facebook 1001resepi dan ternampak nombor yang cantik ni....150001....nombor bertuah ni...:)

apa bertuahnya...takda apalah....saja jer....
sebab teruja dengan nombor tu, saya nak cerita sikitlah kat sini bagaimana mula-mula saya create akaun facebook 1001resepi ni dan apa kaitannya dengan blog 1001resepi...

akaun facebook 1001resepi ni mula dibuat pada januari 2010....maknanya dah hampir satu setengah tahunlah...walau bagaimanapun, saya memang tak sangka yang sambutannya amat baik...dan fannya boleh mencecah hingga ke angka ini....:) thank you...

mula-mula dulu saya ingat hanya nak suka-suka je...yelah, dah takda apa nak buat...maka mencari kerjalah...hehe...

btw, memang tujuan utama kakida create akaun facebook 1001resepi ni dulu adalah untuk linkkan atau nak promo blog kakida, iaitu...1001resepi...yelah, kan pengaruh facebook tu kuat....jika kena gayanya ia mampu menarik ramai followers....dan bagi mereka-mereka yang berniaga ia memang memberi impak yang besar...tapi sayangnya kakida ni bukan peniaga....huhu...

bayangkan setiap kali kakida linkkan facebook 1001resepi ke blog 1001resepi
ia akan appear pada lebih 150,000 facebook user....dan jikalah blog kakida ni blog orang berniaga memang bestlahkan...hehe....:)

kalau camtu jomlah kita meniaga pula...meniaga karipap frozen ke atau jual tudung labuci ke atau jual handbag imitation...hehe...pasti senang dapat pelanggankan...:)
...hmmm...angan-angan bolehlah...tak terlaratlah teman nak melayannya nanti....baik masak je kat cerok dapor...:)

at one time kakida rasa macam nak give-up je facebook 1001resepi ni, banyak benar onar dan durinya...ada masa sakit hati, ada masa happy, ada masa rasa macam membazir waktu je...tapi dek kerana ramaiiii yang pujuk kakida...hehe...supaya jangan give-up...jadi oklah kakida teruskan...

later, kakida invite adik kakida iaitu kak jun from cupcakekasih untuk sama manage facebook ni....at the same time bolehlah juga dia promo business cakenya dan veriety sikitlah intipati facebook ni...kalau tidak kakida pun tak ada modal apa nak cerita setiap hari...

oklah, kita tutup dulu topik facebook ini...dan dibawah ni adalah breakfast yang kakida buat utk anak-anak pagi tadi...streaky beef scramble eggs... nothing special...saja je nak letak photo ni....:) dan bawah ni pula adalah print screen facebook 1001resepi jam 4.25pm tadi...pertambahan hampir 400 fan dalam masa 6 jam....thank you, thank you....

Monday, April 25, 2011

ayam panggang ala ayam percik

kali ini kakida nak repost semula resepi ini...resepi asalnya dah tak berapa betul kerana banyak kali berpindah tempat...resepi bawah ni kakida telah kemaskini semula dan lebih tepat lagi...

sebenarnya resepi ayam ni ala-ala resepi ayam perciklah kononnya...tapi ayam percik ala kakida dan ala 1001resepi...:)

walaupun bahan-bahannya mungkin tidak sama dengan ayam percik asli dari pantai timur, tapi rasanya tetap sedap...(kalau tak sedap kakida memang takkan share kat sini...:)

banyak jugalah bahan-bahan yang nak disediakan, memang remeh sikit membuatnya...tapi amat berbaloi kerana rasanya memang ump! (tak percaya cuba buat sendiri...hehe...) bahan-bahan
10 chicken drumsticks
1 cawan santan pekat
2 sdb gula
garam secukup rasa
2 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut

bahan kisar
10 bawang kecil
10 biji cili kering
2cm halia
3cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai
5 biji buah keras

cara
1) perap drumstick dengan bahan kisar, garam, gula, bunga lawang, kayu manis selam 2 jam.
2) susun drumstick dalam oven dish yang di lenser sedikit minyak dan gril selama 20 ke 30 minit...(sos perap yang lebih disimpan ketepi untuk kegunaan kemudian)
3) pusingkan kedudukan drumstick dan bakar lagi 20 minit.
4) pindahkan drumstick yang telah masak kedalam bekas hidang...tuangkan lebihan sos perap tadi kedalam bekas gril tadi...masukkan santan, asam gelugor, daun limau dan masukkan semula kedalam oven...biar mendidih sebentar...
5) tambahkan garam dan perisa jika perlu...biar sos pekat sedikit...
6) tuangkan sos pekat keatas drumstick tadi....hidang panas...

mango smoothies

hmm.....kalau ada yang teringat nak diet tu kena makan macam ni hari-hari...hehe...

ni menu breakfast kakida pagi ni....bukanlah nak diet, saje je...nak tukar selera...macam tak lalu pulak nak makan benda-benda yang oily dan heavy pagi ni...yang ni very light dan tahan lama jugalah rasa kenyangnya... untuk kuantiti mango yogurt sebanyak ini, kakida blend 1 cawan plain yogurt dengan 3/4 biji isi mangga, 1 susu besar brown sugar halus dan 1/5 sudu teh garam....letakkan ke dalam mangkuk, taburkan dengan 1/4 biji lagi isi mangga tadi (cincang) dan beberapa sudu oat clusters (kakida guna brand tesco)...

makanlah dengan perlahan-lahan sambil menikmati keenakkannya....nyum! nyum!

selain mango, kiwi fruit, peach, pisang, betik juga sedap di gunakan untuk smoothies...

Sunday, April 24, 2011

nasi lemak sambal sosej

sekali-sekala tukar stail...selalunya nasi lemak kita kawankan dengan sambal ikan bilis atau sotong atau udang....pasti jarang atau tiada yang buat nasi lemak macam saya ni....guna sosej...hehe...tapi apa salahnyakan, sekali-sekala kita berkreatif...pasti anak-anak pun suka...

nasi lemak tu saya guna beras basmati...sambalnya saya guna sosej ayam...bahannya sama seperti sambal ikan bilis biasa...sosej tak perlu masak dulu...masukkan ke dalam sambal dan biarkan ia renih hingga agak pekat dan kering...

selain sambal sosej, sedap juga jika kita tambahkan beberapa lauk lain seperti ayam goreng, rendang, sayur campur dan sebagainya...hidangan seperti ni sesuai sepanjang masa...tak kira sarapan, brunch, lunch, minum petang, makan malam atau makan tengah malam...:) 

kek cawan oren

salam pagi minggu,

pasti seronok berehat hari minggu dengan familikan...pasti ramai yang makan-makan diluar...maklumlah...hujung minggu adalah masa untuk melayan anak-anak...

tapi bagi kakida ni, zaman tu dah berlalu...hujung minggu atau hari biasa sekarang ni tiada bezanya...lebih senang duduk dirumah sambil cooking atau baking daripada merayau tanpa tujuan kat shopping mall atau makan ditempat yang sesak dengan orang ramai...kecualilah jika makan angin keluar dari KL ni kan...

petang tadi kakida teringat nak buat cup cake lagi...ada beberapa pilihan...carrot cupcake, orange cupcake atau coffee cupcake...akhirnya kakida buat oren cupcake kerana semalam ada beli beberapa biji buah oren yang cantik dari jaya grocer...lagi pun kakida terjumpa resepi orange cupcake yang kelihatannya mudah dan senang di adun...

maka jadilah oren cupcake...:)
kenapa kakida suka buat cupcake berbanding kek biasa?

1) paling utama, masa untuk membakarnya lebih singkat...20 - 30 minit je...
2) lebih senang di makan...ambil sebiji dan terus ngap...tak perlu sediakan pisau untuk potong kek, tak perlu kotorkan piring dan sudu garpu untuk serve kek...:)
3) lebih senang di simpan jika ada lebih...dan bersih...
4) tak payah nak gris baking pan...lecehlah...
5) Insyaallah, garenti tiada masalah bantat dan sebagainya...

resepi kek oren ini...

Ingredients
125g butter
1 cup sugar
2 large eggs, or 3 small, separated and whites beaten until stiff
1 teaspoon vanilla extract
2 teaspoon grated orange rind
1 3/4 cups cake flour
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 tsp salt
1/2 cup orange juice

directions
1) combine butter, sugar, egg yolks, orange rind and vanilla in a mixing bowl...cream these ingredients together thoroughly
2) sift flour, salt, and baking powder together in a separate mixing bowl
3) add dry ingredients to creamed mixture 1/3 at a time alternating with the orange juice
4) fold in beaten egg whites. spoon batter into cupcake liners until 3/4 full.
5) bake at 180C in a preheated oven for 25 to 30 minutes or until a toothpick inserted in center comes out clean.

Cool cupcakes completely before frosting...

1 1/2 cups powdered sugar
1/8 teaspoon salt
1 tablespoon grated orange rind
3 tablespoons soft butter
2-3 tablespoons orange juice

mix all ingredients together starting with only 2 tablespoons of the orange juice. if frosting is too thick then add the additional tablespoon of orange juice.
inilah pertama kali kakida buat kek yang kena asingkan putih dan kuningnya...putih telur ni kakida pukul hingga kembang dah keras macam ni...tapi memang hasilnya jauh berbeza dengan kek biasa...sangat gebu... frosting tu optional...kakida cuma buat orange glaze sahaja...kerana memang my dh tak nak makan kalau letak icing tebal-tebal atas kek...glaze icing ni cuma campuran icing sugar dan sedikit orange juice...

soft baguette chicken sandwich

ini pertama kali saya jumpa soft french baguette...selalunya yang kita tahu kulit luar roti baguette ni keras...tapi yang saya beli semalam di jaya grocer, permukaan luarnya lembut...sesuai sangatlah untuk sandwich...bila di grill dalam oven ia menjadi sangat crunchy...tak teruk mengunyahnya...:)

filling sandwich ni sebenarnya lebih chicken filling untuk cannelloni pasta yang saya buat beberapa hari lalu...masih elok lagi...pagi tadi terjumpa (semasa operasi mengemas peti sejuk...:)

...biasalahkan...orang kerja makan gaji ni (maid) bukannya peduli sangat...kalau dah masuk fridge tu, duduklah makanan tu kat situ diam-diam...kalau kita tak ingat dan tak suruh bawa keluar, alamatnya setahunlah apa je xtra food tinggal dalam peti sejuk tu...:(

berbalik kepada soft baguette tadi, saya memang sukalah sebab dah tahu ia ada jual di jaya grocer damansara perdana ni...lebih senang buat sandwich dengan roti panjang seketul macam ni...belah je...sapukan dengan spread pilihan anda...samada sweet or savoury spread...tambahkan salad, sandwich meat, cheese, pickle, mayonnaise dan sebagainya...kemudian gril dalam oven hingga cheese cair...keluarkan, potong kepada beberapa bahagian dan hidang panas...kalau kat rumah saya ni...satu loaf ni bolehlah makan 2 atau 3 orang...:)

Saturday, April 23, 2011

gulai daging dengan kacang kuda

selain kacang dal, kacang kuda pun sedap dicampur dalam kari...

untuk resepi ini, saya rendam dulu kacang kuda semalaman...kemudian rebus daging dan kacang kuda hingga separuh empuk...selepas tumis rempah ratus dan lain-lain bahan (dalam periok lain), masukkan daging dan kacang kuda (airnya sekali)...dan masak hingga kedua-dua bahan empuk (tambah air jika perlu)...masukkan carrot dan kentang, santan, kerisik (jika guna) dan perisa...masak hingga ubi empuk...

sarak ikan kembung - resepi lama

mulai hari ini sekali-sekala kakida akan repost semula resepi-resepi yang terdahulu yang memang sedap tetapi mungkin terlepas pandang kerana terlalu banyak resepi yang nak dilihat tetapi terlalu sedikit masa untuk membuatnya...resepi-resepi yang kakida repost ni memang berbaloi dan tak rugi jika ada yang ingin mencubanya...

untuk repost pertama ni, kakida letak resepi ini kerana ia memang sedap...memang remeh sikit nak membuatnya...dan percaya tak yang buat ni pun ialah mak kakida dan hanya sekali tu jelah kakida pernah makan....
resepi ini kakida perolehi dari buku resepi lama mak kakida tahun 50an dalam tulisan jawi...ada banyak resepi-resepi lama yang mampu mengembalikan nostalgia ketika kakida kecil dulu...

mak kakida ni memang rajin masak...tulah sebabnya anak dia pun ikut sama...hehe...

jika raya mak kakida suka buat kek dan biskut ikut buku resepi lama ni...tapikan yang peliknya masa tu bau kek dan biskut yang mak kakida buat memang sangat harum...sekarang ni jika kakida buat kek yang simple seperti kek butter tu pun aromanya tak sampai macam tu...mungkin ingredients zaman dulu dan sekarang kualitinya jauh berbeza...

tatkala kakida belek-belek buku ini terdapat banyak resepi-resepi yang kakida suka makan masa kecik-kecik dulu, antaranya biskut kelapa, biskut peanut butter, sagun, biskut bunga cina, biskut semprit, biskut ovaltine, biskut keju, beberapa jenis kek dan pudding...terdapat juga resepi-resepi seperti rendang, steak, nasi beriani, nasi bukhari, nasi tomato, nasi minyak, gulai kampung dan sebagainya...

Insyaallah from time to time, kakida akan masukkan entri ni mana yang kakida rasa sedap...tetapi tak semestinya kakida buatlah....:)

Sarak ikan kembung
5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus atau digiling
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

Memang sedap.......cubalah.

Friday, April 22, 2011

sotong masak tomato

sedap nih! selalunya saya hanya biasa makan ayam masak tomato...tapi hari ni saya cuba pulak buat sotong masak tomato....

tapikan, yang specialnya tu, saya tak guna tomato puri dalam tin atau can tomato...tapi saya blend sendiri 4 biji buah tomato merah ranum....hasilnya memang sedaplah jika kita guna fresh ingredients ni...memang tiada tandingannya...

sotong ni saya guna sotong yang bersaiz besar...baru sedap...dalam 3,4 ekor cukup... bersih dan potong bulat...tumbuk beberapa biji bawang putih dan halia...panaskan minyak sikit dalam kuali dan tumis bawang tumbuk tadi...masukkan beberapa sudu cili blender (jika suka pedas lebihkan cili blender)...

kacau sebentar, kemudian masukkan tomato blender tadi....biar kuah mendidih, kemudian masukkan sotong...masak hingga kuah tinggal separuh, tambahkan 1/4 cawan santan pekat, garam, gula dan perisa...masukkan sebiji bawang besar potong bulat dan cili merah, hijau belah....masak hingga kuah pekat...sebelum tutup api taburkan daun sup dan daun bawang...hidang dengan nasi, roti atau pasta...yummy! selain tu saya buat japanese cucumber and carrot pickle ni...simple je...nak ke resepinya?...:) dan juga rendang pedas ayam...ada rasanya entri untuk resepi rendang pedas ni... dan tanpa segan silunya, kakida letak photo ni...hehe...my favourite petai rebus makan dengan sambal tempoyak...fuh! kalah semua yang atas tu...:D

mini croissant puff pastry

salam pagi jumaat,
pagi ni saya teringat ada pastry dalam peti sejuk...terfikir nak do something with the pastry...

nak buat apa ye!
yelah orang suka masak macam kakida ni, kepala tu dok mereka je...apa nak masak hari ni, nak buat apa dengan benda ni, nak buat apa dengan ingredient tu...

macam tulah kakida sehari-hari...I am really enjoy to create something out of simple ingredients...tapi tak semestinya kakida enjoy makan apa yang kakida masak/buat...

sebenarnya kakida teringin nak buat croissant bread sendiri...tapi bila ingat kerenyahannya, kakida pendamkan saje...lagi pun roti croissant ni ada jual di most of bakery shop...tulah bertambah malas nak buat sendiri tu...

kakida teringat yang puff pastry pun boleh dibentuk menjadi seperti bentuk croissant,
cuma texturenya je yang berlainan...so itulah apa yang kakida buat pagi ni...caranya mudah je....cuba tengok foto yang kakida attached kat sini... seperti biasa, kakida suka guna pastry kawan...kerana saiznya yang kecil...tak perlu potong apa-apa...

sapukan apa saja spread yang anda suka, samada sweet or savoury spread...disini kakida guna salmon paste yang kakida beli dari ikea food outlet...sapukan sikit creamcheese spread dan kemudian sapukan sikit salmon paste ni... potong pastry bentuk segitiga...kemudian lipat/gulong mula dari bahagian yang lebar menuju ke bucu pastry...kakida pasti semua tahukan macam mana cara roti croissant ni dibentuk...kalau tak pasti kena cari kat google image atau youtube ya... susun dalam tray, sapukan dengan kuning telur dan bakar selama 15 minit...atau hingga keperangan...

kena makan panas-panas baru sedap...ertinya bila teringat nak makan baru buat...kejap je process buat croissant ni...

Thursday, April 21, 2011

cornmeal

salam,
hari ni memang saya tak masak kecuali meehoon goreng pagi tadi je, my kids semua balik lewat dari sekolah...malam ni pun tak masak juga, sebab seperti biasa malam jumaat kat masjid ada kenduri atau makan-makan selepas bacaan yassin...jadi memang relax habislah saya hari ni...oleh tu tiadalah gambar food untuk saya abadikan dalam blog ni hari ini...

walau bagaimanapun saya nak poskan kesini beberapa foto yang saya perolehi dari google image....kesian sangatlah saya tengok kakak-kakak yang teringin sangat nak buat corn muffin ni... tapi tak jumpa cornmeal yang dicari...dan terus-terusan bertanya macam mana rupanya cornmeal tu...

ok, sebelum bercerita panjang mengenai image-image ni, kakida nak bersyarah sikit kat sini...wahai adik-adik dan kakak-kakak sekalian...sebenarnya maklumat di internet ni unlimited, carilah foto apa yang anda nak lihat, semua ada...click je kat google image, kemudian taip words image yang anda cari...contohnya cornmeal, dan tengoklah nanti...bermacam rupa cornmeal yang keluar....yang kuning, putih, merah, semua ada...saya rasa semuanya taukan, tak payah kakida ajar...:) dan inilah dia rupa cornmeal...sebenarnya cornmeal adalah butiran jagung kering yang di kisar...tidaklah terlalu halus seperti tepung....jika anda susah nak dapat cornmeal, boleh gantikan dengan polenta....polenta adalah benda yang sama, hanya nama je yang berlainan...
polenta mudah di perolehi...di cold storage, tesco, giant banyak di jual...
kalau tak jumpa juga polenta...beli biji jagung kering (yang ni memang senang dapat...jangan kata tak jumpa ya), balik rumah, kisar hingga halus (jangan halus sangat, biar boleh rasa seperti pasir) dan guna untuk buat muffin ni....trial an error tau...kakida tak pernah lagi buat macam ni...:D

kalau jagung kering pun tak jumpa...beli plain kelogg's cornflakes dan kisar hingga halus...boleh juga guna untuk buat muffin ni...ini juga trial an error tau...manalah tau kot-kot lagi sedap muffin anda banding dengan muffin kenny rogers tu....:)

ok, harap kakida beri good info ni ya!...selamat mencuba...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...