Thursday, March 31, 2011

tujuan menulis blog....

tatkala membaca entri cik mat gebu semalam, saya terpanggil untuk mengulas dan memberikan sedikit pendapat mengenai tujuan kita berblogging...

kakida nak cerita dulu kenapa kakida berblog....pertama...sebab takda apa nak buat...hehe...ni kira mengisi masa lapanglah ni...kedua, sebab nak kongsi resepi...(manalah tau kot-kot ada yang berminat nak mencuba resepi kakida ni...) dan ketiga....nak sembang-sembang (kot ada yang nak sembang dengan kakidalah....:)

...yelah, duduk atas bukit sorang-sorang ni memang takda kawan nak sembang selain 2 orang bibik dan cik nyet aje....:)

walau bagaimanapun, pada pendapat kakida lah kan, sedikit sebanyak mengadap komputer ni memang membuang masa...:/...pasti ada yang kata...habis tu kenapa awak dok ngadap juga komputer tu hari-hari kalau dah tau buang masa....jawapannya senang je...."tak kesah, saya nak buang masa juga"...hehe...rasanya lebih berfaedah lagi jika kita gunakan masa mengadap laptop tu untuk tanam pokok bunga atau menyapu laman rumah... pandangan sayalah...tapi tulah...saya sendiri pun tak buat, pandai cakap je...:)

pada pendapat saya...yang tak buang masa jika kita dok mengadap computer ni ialah jika ia boleh membantu kita menjana pendapatan setiap bulan, dengan lain perkataan ia membantu kita mencari rezki dan secara tak langsung ia menjadi sumber pendapatan kita, yelah macam orang yang berniaga online tu....dannn...salah satu blog yang mempunyai ciri-ciri tersebut ialah blog kak Jun cupcakekasih...

blog tersebut umpama iklan kepada business kek beliau....and she make lots and lots of money every month from that medium of communication....brovo to her....

tapi tak mengapalah, itu rezeki masing-masing dan masing-masing punya kehidupan
...buatlah apa yang kita suka asalkan tak kacau dan menyakitkan hati orang lain....:)

dan juga kepada pembaca-pembaca blog yang budiman.....rajin-rajinlah tolong click kat iklan-iklan yang kami (bloggers) letak kat tepi, atas, bawah, tengah blog kami tu....hehe....betul tak cik mat gebu (DTS) dan kak jun (Yummylicious)....bolehlah juga tolong kita orang cover bil letrik bulan-bulan ....:)))

hai! banyak pulaklah merapunya kakida ni....meh la kita tengok apa yang kakida masak hari ni....today no menu from pressure cooker (mesti ada yang tertunggu my next pressure cooker menu kan...:)

sebenarnya kakida cadang hari ni nak test masak rendang ayam pencen dengan pressure cooker tu....maklumlah ayam pencen...ayam tua....liat bukan main....nak tengok berapa lama dia boleh empuk jika masak dalam pressure cooker....tapi sayangnya, takda jual pulak ayam pencen pagi tadi...maka tak jadilah nak masak rendang ayam pencen...walau bagaimanapun memang itulah resepi kakida seterusnya menggunakan pressure cooker...

since dah takda ayam pencen, maka kakida pun masaklah apa saje yang ada dalam freezer dan inilah rezeki kakida hari ni....sayur bak choi tumis dengan cendawan kering, tahu lembut dan udang serta sotong tumis dengan sos lada hitam....masakan ringkas tapi memang kakida suka...(kakida jelah yang suka....hehe)....selain tu ada curry ikan tenggiri, terung bakar dan sambal belacan ....biasalah... sayur ni kakida terlebih letak tepung jagung, tulah sebabnya nampak pekat sangat kuahnya tu....caranya....tumis bawang putih dalam sikit je minyak, lepas tu masukkan cendawan hitam yang dah direndam dengan air panas hingga lembut dan diikuti dengan udang, tahu dan bak choi...tambahlah sos atau perisa yang anda suka seperti sos tiram, kicap manis, kicap cair, sos ikan, sos lada hitam...etc....akhir sekali masukkan campuran tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya....hidangkan panas baru sedap... yang ni pula sotong tumis dengan sos lada hitam dan serbuk lada hitam....tapi kakida tambah sos tiram sikit....yang lain-lain samalah....

Wednesday, March 30, 2011

sup tulang

kalau dulu merebus sup tulang ambil masa berjam untuk menunggu dagingnya lekang dari tulang....hari ini dengan menggunakan pressure cooker, saya dengan senang hatinya, relax sambil menonton tv menunggu sup tulang saya masak hanya dalam masa 40 minit....

lihatlah betapa cantiknya sup tulang saya....dagingnya lembut dan chewy... memang senanglah hidup mak-mak dan isteri-isteri kalau ada anak-anak dan suami-suami yang hadiahkan periok pressure cooker ni untuk kegunaan harian...

ketika merebus daging/tulang tersebut kita tak perlu risau takut air rebusan daging/tulang akan kering dan terpaksa terus ditambah selagi dagingnya belum cukup empuk...isikan semua bahan dalam periok, tekan pada button yang bersesuaian dan tinggalkan...bila cukup masa periok akan bebunyi memanggil kita untuk releasekan wapnya...lepas tu buka dan hidangkan....dan yang pastinya kita dapat menjimatkan penggunaan gas, masa, wang dan sup kita memang lebih enak...

butterscotch and orange bread pudding

untuk resepi ini saya guna 9 keping roti butterscotch, orange marmalade, butter, 3 biji telur, 1 tin ideal milk, 1/2 cawan susu uht, 1/3 cawan gula perang lembut, 1/2 sdt garam...

sapu butter dan orange marmalade pada roti dan susun dalam mangkuk seperti di atas... pukul telur, gula, susu dan garam hingga sebati dan tuangkan keatas roti....biarkan 1/2 jam... bakar dalam preheated oven selama 30 ke 40 minit....sejuk dan hidangkan dengan aiskrim vanilla...

Tuesday, March 29, 2011

vegetables beef stew

cepat dan sedap...itu sahaja yang dapat saya ulaskan tentang hidangan yang saya sediakan tengahari tadi dengan menggunakan pressure cooker... lihatlah betapa cantiknya warna carrot, ubi kentang, daging dan lain-lain sayuran walau pun sudah masak dan empuk....really healthy.... untuk resepi ini sediakan bahan-bahan seperti di bawah ini.... daging...potong kuib atau beli saja yang dah siap di pack di tesco atau giant... carrot, kentang, bawang besar, cendawan butang, celery, kacang panjang, bunga kubis adalah antara sayuran yang sesuai untuk di campurkan kedalam stew...bawang putih dua ulas....dicincang... gunakan mode untuk menumis pada pressure cooker, masukkan beberapa sudu minyak zaitun dan tumis bawang putih sebentar...hingga wangi... masukkan daging yang telah digaulkan dengan garam dan 2, 3 sudu besar tepung gandum.... masak beberapa minit atau hingga kekuningan.... masukkan semua sayuran, satu tin besar tomato cincang, seketul kiub daging, 2 helai daun bay, garam dan gula secukup rasa, masukkan sikit je air....tutup periok dengan kemas dan masak mengikut arahan....selama 20 minit.... nah! siap dah beef stew saya dalam masa tak sampai setengan jam....dan dagingnya sangatlah empuk, lembut dan chewy....:)

cooking under pressure....

masak menggunakan pressure cooker....memang itulah salah satu kitchen gadget yang kkida nak sangat-sangat sejak lama dulu...tapi selalu terlepas pandang kerana periok tu susah juga nak jumpa kat kedai jualan barangan eletrik dan kkida tak teringat pula nak tanya kat kawan-kawan mana boleh beli periok tersebut...kkida prefer eletric pressure cooker...lebih mudah dan menyenangkan kerja....

ahad lalu kkida mengikut seorang kenalan untuk melihat sendiri kelebihan masak menggunakan pressure cooker...memang sangat interestinglah...kkida memang tahu kelebihan memasak menggunakan pressure cooker sejak dulu lagi... antaranya dan yang paling utama sekali ialah ia banyak menjimatkan masa kita...jika kita rebus daging untuk sup memakan masa sekitar sejam jika nak betul-betul empuk, masak menggunakan pressure cooker hanya mengambil masa 20 minit sahaja....jika masak nasi beriani, ia hanya mengambil masa 12 minit, roast chiken hanya 25 minit, pulut kuning hanya mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja...pendek kata boleh jimatkan gaslah...

masak menggunakan pressure cooker adalah cara penyediaan makanan yang terbaik sekali jika dibandingkan dengan masak cara biasa seperti merebus, stim, stir fry, microwave dan sebagainya....kandungan khasiat dan nutrient dalam makanan masih terpelihara kerana ia tidak hilang ketika proses memasak dan sangat baik untuk kesihatan... mulai hari ini kkida akan cuba masak apa sahaja jenis masakan yang berlainan jenis dengan menggunakan pressure cooker yang kkida beli kelmarin dan kkida akan terus berkongsi dengan anda...:)

Monday, March 28, 2011

sotong masak asam podeh

sebenarnya sotong masak asam pedas...orang negori cakap asam podeh (betul tak?)...tapikan friendly speaking kakida ni bukanlah seorang yang terror masak asam pedas...tak macam masak curry....yang tu memang kakida terror....hehe....puji diri sendiri lagi...sorry yek!

yelah, sebab kita kawin dengan orang penang, jadi memang itulah yang kita kena pandai masak, betul tak?....bagi mereka yang kawin dengan orang melaka, mestilah kena pandai masak asam pedas....kalau tak nanti cik abang pasti merungut tak habis-habis...macam tulah juga bagi yang kawin dengan orang batu pahat, kenalah pandai masak lontong dan sambal kecap....kan!

lagi pun my dh memang tak suka makan asam pedas....bukan selera dia....sebab tulah sampai la ni kakida tak terror masak asam pedas....kalau buat juga alamatnya kakida jelah yang makan sorang dan sampai 3 hari pun tak habis-habis.... photo tu adalah asam pedas resepi tersendiri....buat jugalah, sebab dah jemu makan kari....tapi yang di makan dek anak-anak hanya sotongnya je....kuahnya tinggal bertakung kat dalam mangkuk tu....:)

home-made roti canai...

hari ni kakida nak kongsi gambar roti canai lagi...tak habis-habis dengan cerita roti canai kan....roti canai ni sebenarnya mak kak ida bawa dari kampung last weekend....dia tempah sampai 30 keping....tukang buatnya ialah makcik yang agak lanjut jugalah usianya dari kampung kuala kangsar... memang bestlah roti ni...sangat crunchy....ialah cara dia tebar tak sama seperti roti canai kat kedai mamak tu....ditariknya pelan-pelan ketepi sampai nipis....pastu barulah dilipat...memang ambik masa sikitlah....

walau bagaimanapun, dah habis dah roti ni....kalau nak lagi kenalah order dan entah bilalah nak dapat....harganya cuma 50 sen sekeping....:)

Sunday, March 27, 2011

maggi sup ayam vs cinnamon roll kak mah

selamat berhari minggu, apa pula sarapan anda pagi ini...nasi lemak, roti canai atau hanya instant cereal dan quaker oat sahaja...

apa pun sarapan anda pagi ni pastilah ia dalam suasana yang ceria...bersama famili dan kawan-kawan... maggi sup ni bukanlah sarapan pagi saya hari ini....tak lalulah pula nak menelan maggi pagi-pagi beginikan!

semalam saya buat sup ayam....kerana tak lalu nak makan nasi, saya makan sup ayam dengan mee maggi....tanpa menggunakan bahan perisa maggi kerana sup ayam tersebut sudah cukup perisanya....cuma saya panaskan asing sup ayam tersebut (cukup untuk sebungkus maggi), pecahkan sebiji telur kedalam sup dan biarkan ia keras sikit sebelum dituangkan kedalam mangkuk mee maggi/segera....simple meal...hanyalah sebagai idea... malam tadi pula kak mah datang hantar roti cinnamon ni kepada saya...walaupun baru je buat roti ni beberapa hari lalu, namun saya tak mampu menolak roti kak mah ni...nampak sedap juga...roti cinnamon kak mah ni plain je...tanpa cream cheese topping...

tanpa topping cream cheese macam tak perfectlah pulak roti cinnamon ni....jadi saya pun buatlah topping sendiri....sedap jugalah roti cinnamon kak mah ni...kata orang tu alah bisa tegal dek biasa....:)

Saturday, March 26, 2011

durian cheese cake

salam semua,
tukar design lagi? mesti ada yang kata kkida ni takda kerja lain ke...dekat nak sepuluh kali tukar design 1001resepi...:)

yelah...memang takda kerja lah ni walhal kerja memang banyak, tapi kerja yang ni lebih seronok lagi....:)

sebenarnya kkida ni masih tak puashati dengan design blog ni...kkdia suka design yang tak sibuk sangat dan tak plain sangat...suka warna hijau...tulah sebabnya dah nak dekat 10 kali tukar pun warnanya yang itu juga...:)

(gambar kecil....kreatif juga maid kakida ni...sekali-sekala la...:)...bunga tu dia jumpa dalam stor...kakida beli kat Ikea lama dulu....berhabuk dan kotor....di cuci bersih, letak dalam vase dan letak atas counter tu...:)

takpalah...buat masa ini, nilah designnya...gambar kat header tu pula adalah dry kitchen kak ida...dah titlenya pun 'my kitchen'...so betterlah letak gambar kitchen sendirikan...kat situlah kak ida dok pukul mentega dan telur untuk buat kek, menguli pastri untuk roti dan karipap setiap hari...

jika nak masak yang heavy-heavy seperti nak goreng dan menumis ada wet kitchen kat belakang...kitchen cabinet kkida beli dari IKEA...kkida suka country style deco...sebab tulah ada para untuk gantung-gantung....
ceilingnya tu pula kak ida letak beam kayu melintang jarak 2 kaki setiap satu...nak nampak macam english style lah sikit...:)

oklah, itulah lebih kurang cerita tentang kitchen kkida...marilah kita tengok semula cerita mengenai makan-makan dan resepi....

petang semalam, driver Dato Norazam, iaitu jiran terdekat kakida hantar beberapa biji buah durian...pokok durian dia banyak...ada 7,8 pokok dah buahnya lebat....bergayut-gayut dan tanahnya pula bersempadan dengan tanah rumah kakida ni....putih mata kita tengok buah duriannya jatuh bedebub-debub setiap hari...dan isi duriannya memang sedap, durian kampung...

secara kebetulan, kakida ni lama dah memendam rasa nak makan durian cheese cake...nak beli durian merata-rata takut tak elok isinya...kat supermarket pula durian yang dah dikupas isinya...baunya dah hilang...jadi bila neighbour kita sedekah buah durian yang memang terkenal dengan keenakkannya tu...apa lagi...cheesenya pula memang dah ada....

cari-cari di internet, tak jumpa pula resepi yang ok...maka kakida pun rekalah sendiri resepi ni...
beginilah rupa cheese cake durian kkida ni....simple yet delicious....:)
bahan-bahannya...
2 ketul philadelphia cream cheese
1/2 ketul butter
1 ke 1.5 cawan gula halus
3 biji telur
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung self raising flour
1 cawan isi durian
bahan-bahan semua pada suhu bilik...

cara:
pukul cream cheese dengan butter dan gula sehingga kembang
masukkan telur sebiji sebiji dan gaul rata
masukkan tepung yang telah diayak terlebih dahulu
masukkan isi durian dan gaul rata

ok, lupa pulak
sebelum tu buatkan base cake ni....

kkida guna sebungkus chocolate digestive....kisar hingga jadi serbuk...1/3 ketul butter, cairkan....gaul kedua-dua bahan dan tekan dalam spring foam pan...masukkan ke dalam freezer sementara anda sediakan cheese filling...

tuangkan bancuhan cheese keatas base tadi dan bakar selama 45 minit pada 170C...Preheatkan oven terlebih dahulu....

optional....tepung tu kalau tak nak campurkan pun boleh....terpulang kepada selera anda...

Friday, March 25, 2011

bagels bread and poached eggs

roti bagel adalah sejenis roti yang sesuai dimakan dengan manisan atau digunakan sebagai roti sandwich atau roti burger...boleh dimakan bila-bila masa tak kira untuk breakfast, lunch, minum petang atau makan malam...saiznya lebih kurang seperti saiz roti burger dan texturenya lebih liat berbanding roti burger...
A bagel is a bread product, traditionally shaped by hand into the form of a ring from yeasted wheat dough, roughly hand-sized, which is first boiled for a short time in water and then baked. The result is a dense, chewy, doughy interior with a browned and sometimes crisp exterior. Bagels are often topped with seeds baked on the outer crust, with the traditional ones being poppy or sesame seeds. Some also may have salt sprinkled on their surface, and there are also a number of different dough types such as whole-grain or rye.

roti bagels ini saya beli dari supermarket semalam...jika rajin cubalah buat sendiri...banyak resepi untuk roti ni boleh diperolehi dari cooking website...tapi dengan kerajinan saya yang suam-suam ni saya lebih suka beli je yang ready-made...harganya reasonable sangat...rm8 lebih untuk 4 biji roti...lebih kurang rm2 sebiji...pada saya ok sangatlah tu...kalau nak buat sendiri pun belum tentu jadi secantik ini...jika kita makan fish fillet burger di McD pun dah lebih rm7 sebiji...dan sekarang ni saya lihat cheesenya hanya tinggal separuh keping sahaja...(mahal dan tak berbaloilah...) poached eggs ni pun senang je nak buat....panaskan air anggaran 4 atau 5 cawan dalam periok kecil yang lebar hingga mendidih...masukkan 1, 2 sudu besar cuka makan....perlahankan api supaya air tidak menggelegak...pecahkan sebiji telur ke dalam sebuah mangkuk kecil (pastikan kuningnya tak pecah)...pelahan-lahan tuangkan ke dalam periok air panas tadi...masak telur dalam 2, 3 minit....angkat dan hidangkan ketika panas...ikuti cara membuat poached egg yang betul melalui video di bawah ini....

Wednesday, March 23, 2011

sausage in pita bread

hari ni terungkaplah satu lagi sejarah dalam kehidupan saya....hehe....sebenarnya akan terukir sejarah dalam kehidupan semua ibu-ibu yang telah mengandung dan melahirkan anak pada tahun 1993...

sebelum kedengaran apa-apa cerita sedih, suka, gembira, kecewa dalam blog-blog, dalam facebook, twitter, youtube, surat khabar dan media elektronik, iaitu selepas jam sepuluh pagi ni, biarlah saya orang yang pertama mengucapkan syabas kepada mak-mak diluar sana yang telah bersusah payah selama hari ini untuk memenuhi segala keperluan anak-anak yang pada hari ini sekitar jam sebelas akan menerima keputusan peperikasaan yang saya kira paling pentinglah dalam sistem pembelajaran peringkat menengah iaitu keputusan SPM....:)

tak kiralah walau apa pun keputusan yang akan mereka tunjukkan pada kita....kita terimalah dengan seadanya....benda dah lepas, janganlah kita ungkit dan kenang lagi....fokus ke depan....kepada perkara yang masih kita boleh perbaiki lagi.....keputusan yang baik! memang itulah yang paling kita harapkan....tapi sebenarnya, ia bukanlah penentu segala-galanya....rezki datang dalam berbagai cara dan yang paling utama selepas ini usaha harus ditingkatkan dan berdoalah selalu semuga segalanya dipermudahkan....

....sorry ye.....panjang lebar pulak saya bersyarah pagi ni....sebenarnya bukan apa....saya ni lebih kepada nak menyedapkan hati sendiri sebenarnya...macam nilah keadaan saya setiap kali anak -anak nak ambil result peperiksaan....saya yang telebih debarnya...silap-silap hari bulan boleh dapat darah tinggi pula nanti (harapan mama semuga ajwad mendapat keputusan yang terbaik....:)....

mehlah kita cerita tentang makan pula....ada pita bread yang saya beli isnin lalu....jadi saya pun merekalah breakfast menggunakan roti pita ni untuk anak-anak yang dua orang yang nak ke sekolah pagi tadi... pita ni kena bakar dulu dalam toaster atau oven....baru sedap....lepas tu sapukan sikit mayonnaise dan masukkan salad dan sosej yang telah dimasak terlebih dahulu... bahan-bahan....
1/2 packet sebarang jenis sausage...hiris nipis,
1/2 biji mentimum, kupas buang empulur bahagian tengah dan cube
1/2 bawang besar, cincang
2 biji bawang putih, cincang
1 sudu besar cili blender
3 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan cili blender dan kacau beberapa minit...masukkan sosej dan goreng sebentar...akhir sekali masukkan timun dan sos serta perisa...kacau dan hidangkan.

Tuesday, March 22, 2011

meatball pasta & chocolate bun

ok, hari ni saya nak masukkan satu lagi entri...sebab semalam memang saya ni terlebih rajin sikitlah kononnya...hehe....sorry! masuk bakul angkat sendiri....sebenarnya bukan rajin, tapi sebab nak makan....ingatkan anak dara sulung saya tu nak balik, tapi takda pun....mungkin sibuk sangat dengan final examnya.....jadi adik-adiklah yang kenyang.....sian...kakak....

angel hair...kenapa pula dinamakan angel hairkan!...pandai-pandai je orang putih ni letak nama.....spaghetti ni sebenarnya 'slightly thinner' than spaghetti yang selalu kita gunakan tu....ia lebih kurang macam meehoon jenis yang kasar tu...kalau spaghetti ni digoreng seperti goreng meehoon pun sedap... spaghetti ni saya masak sama seperti entri-entri yang lepas....guna ready-made meatball dan bottle pasta sos, green peppers, fresh basil...garlic and onion (yang dicincang)...

tumis dulu bawang cincang dalam sedikit minyak olive, kemudian masukkan meatball dan kacau sebentar....masukkan pasta sos dan sedikit air...tambahkan garam, gula dan sikit beefcube...akhir sekali masukkan slice green pepper dan fresh basil leaves yang telah dicincang....angkat dan tuangkan keatas pasta tadi (masak pasta ikut arahan pada bungkusannya)....grated some cheese and serve hot... petang semalam juga saya buat chocolate cinnamon bun....so far belum pernah lagi saya nampak orang buat cinnamon bun warna hitam camni....resepinya saya ikut dari resepi cinnamon bun yang pernah saya buat sebelum ini (this is the best ever resepi cinnamon bun yang pernah saya makan...betul....kalau tak caya cuba buat sendiri...:)...

perubahan yang saya buat cuma tepung tu saya kurangkan 1/4 cawan dan tambahkan 1/2 cawan coco powder....yang lain tu sama, tak ubah apa-apa... dan beginilah rupanya chocolate cinnamon bun saya......saya masih lagi menggunakan superfine flour i/o bread flour....dan texturenya memang cantik...dan paling mustahak...ia sedap....cubalah ye....:)

egg salad sandwich

pagi ni untuk anak-anak tersayang nak gi sekolah saya buatkan sandwich ni...setiap pagi memang nilah kerja mama-mama untuk anak-anak...betulkan...:)

setengah orang memang tak lalu makan pagi-pagi...tapi anak-anak kak ida ni memang tak kira punya.....garenti tak tolak.....yelah, sebab depa tak nak kecikkan hati mama yang susah payah bangun pepagi kerana nak prepare breakfast untuk dia orang....lagi pun tak baik tolak rezeki depan mata....hehe...

roti tu kak mah yang buat...malam tadi dia call suruh datang ambik...alhamdulillah...dah ada tukang supply roti sekarang ni...

egg salad tu pasti semua orang tahu buatkan! ....telur rebus dihancurkan, tambah mayonnaise, salt and pepper dan kak ida tambahkan cucumber pickle yang dicincang...

Monday, March 21, 2011

sambal peparu

alahai....takda apa saya nak cerita kat sini....sepanjang last week seperti biasalah sibuk dengan famili dan adik beradik...almaklumlah cuti sekolahkan...kami pun tak kemana, hanya relax kat rumah je....masak-masak tu biasalah......curry, sup, nasi lemak, meehoon goreng, cucuq dan sebagainya....

hari ni saya ke tesco lagi, duty biasa....gi dengan opah....dia nak makan angin ke tesco dan beli apa-apa takda kat kampung sebagai buah tangan...

paru-paru tu sebenarnya opah yang nak makan...angan-angannya dia yang nak masak sambal, tapi lastnya saya yang buat....opah nak tengok cerita korea...

kalau ada lontong sedap jika di kawankan dengan sambal peparu ni......yummy!...

Sunday, March 20, 2011

kiwifruit smoothies

breakfast pagi ni kononnya kaida tak nak lah makan heavy sangat....jadi, since ada buah kiwi ni, kakida blend dengan plain yogurt dan brown sugar....maka jadilah kiwifruit smoothies...

kakida pernah go thru sebuah buku resepi kat kedai buku....dulu kakida tak pasti apa perbezaan antara smoothies dan milkshake.... lepas amati resepi-resepi kat dalam buku (about this types of beverages...) tersebut, barulah kakida faham....smoothies dibancuh (blend) menggunakan yogurt dan bahan utama milkshake pula adalah susu, tak kira samada fresh milk, low fat milk atau full cream milk, selain susu kita juga boleh guna ice-cream....bahan-bahan lain seperti buah, sayuran, kekacang dan lain-lain bahan adalah lebih kurang sama...

Saturday, March 19, 2011

kacang kuda

Kacang kuda merupakan antara sumber terbaik zink, folat dan protein. Ia juga kaya dengan fiber untuk mengawal pemakanan selain menyalurkan karbohidrat bagi mereka yang mempunyai masalah sensitiviti insulin atau diabetes. Kacang kuda juga rendah lemak. Kacang kuda juga sumber terbaik kalsium. Beberapa kajian yang dijalankan menemui kandungan kalsium kacang kuda sama banyak dengan yogurt yang hampir menyamai susu. 100gm kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, 2.6gm lemak (hanya 0.27gm lemak tepu), 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein.

Tepung kacang kuda Tepung kacang kuda banyak digunakan dan amat popular dikalangan masyarakat Asia Barat seperti India. Tepung tersebut digunakan sebagai adunan membalut daging atau sayur sebelum ia digoreng. Tepung kacang kuda amat popular dikalangan menu masyarakat India terutamanya dalam penyediaan makanan untuk pengamal sayur-sayuran (vegetarian). Ia banyak digunakan untuk memekatkan kari selain digunakan untuk membuat 'pakoras'. Ada juga mencampurkannya dengan susu sebagai pencuci muka.

Kacang kuda rebus
Merupakan salah satu makanan sampingan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya sebagai hidangan minum petang. Selain mudah didapati, penyediaannya juga cukup ringkas. Antara khasiat yang terkandung didalam kacang kuda rebus ialah kandungan lemak tepunya amat rendah, tiada kolesterol dan gula malah tinggi kandungan vitamin B6. Namun begitu, bagi mengekalkan khasiatnya, semasa penyediaan kacang kuda rebus, tidak perlu ditabur garam kerana rasanya sudah cukup enak secara semulajadi.

Kacang kuda dalam tin
Perkembangan industri perkilangan makanan memudahkan kacang kuda untuk dikormesialkan. Kacang kuda juga boleh didapati didalam tin. Tidak seperti sayuran tin yang lain, kacang kuda yang ditinkan masih mempunyai nilai-nilai nutrisi yang tinggi unpama kacang kuda segar. Nikmati kacang kuda dalam tin untuk mendapatkan keperluan serat dan protein yang baik. Kacang kuda tin selalunya dimakan begitu sahaja atau dibuat salad.

Snek kacang kuda
Pelbagai snek yang dicipta dari kacang kuda sebagai makanan ringan untuk kudapan. Khasiat tulen kacang kuda masih lagi terpelihara, tetapi dengan penambahan bahan-bahan lain seperti garam, serbuk perasa menyebabkan kandungan kolesterolnya meningkat dan tidak sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi. Snek kacang kuda ini mudah didapati dimana sahaja.

Salad kacang kuda ala Itali
Sesekali apa kata nikmati salad kacang kuda yang dicampur dengan kacang parang sebagai snek. Khasiatnya sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Caranya mudah, campurkan kacang kuda dengan kacang parang, digaul dengan bawang merah yang dicincang. Taburkan cincangan daun basil dan akhir sekali gaulkan sos salad dan sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidang.

Friday, March 18, 2011

peach, custard cream and puff pastry

tiada sempadan dalam mencipta resepi....seperti apa yang mat gebu nyatakan pada blognya....yes...betul tu mat...ikut selera kita, ikut budget, ikut kemampuan....kata orang, jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih...kalau terlebih rajin dalam kepala ni macam-macam ingat nak masak, tapi kalau datang masa penyegan (malas) tu....makan jelah apa yang ada...hehe...

tapi saya taklah kata saya ni kreatif atau rajin masak...nanti ada pula yang salah faham...kita ni biasa-biasa je.....memang nak kena masak, maka reka-rekalah sendiri apa yang teringat kat dalam kepala ni....:) petang semalam saya ni kononnya terlebih rajinlah sikit...tapi sebenarnya tak payah rajin pun nak buat ni...yang nak kena masak cuma custard tu je...pastry tu biasalah, beli kat supermarket (kawan puffpastry)...sebenarnya saya memang suka masak menggunakan pastry...tak kira apa jenis pastry...kalaulah saya ni masih muda belia pasti saya gi belajar bidang ni sampai jadi pastry chef yang terhebat...huhuhu....cuma boleh berangan jelah...:'/

untuk custard kali ni saya cuba resepi yang berlainan pula...dapat dari internet...

ingredient for custard
1 cup milk
1 cup cream (saya guna ideal milk je)
1 tsp vanilla
4 egg yolk
1 1/2 tbs cornflour
1/3 cup caster sugar

combine milk and cream...place on medium heat, do not boil, remove.
whisk egg yolk, corn flour and sugar in heatproof bowl until well combined.
pour hot milk mixture over egg yolk mixture, whisking constantly.
return mixture to saucepan over low heat, cook stirring constantly for 15 to 20 minutes or until custard thickens. pastry tu bake for 15 minutes at 200C tekan sikit bahagian tengah pastri dan letakkan custard dan buah peach...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...