Tuesday, December 13, 2011

pau goreng sosej

salam,
kkida nak share satu lagi resepi yang kkida buat pagi tadi menggunakan tepung pau bluekey....tujuannya nak menghabiskan tepung tersebut supaya jangan terbuang nanti...
resepi kkida perolehi dari mauripan yis resepi...kkida buat dua versi...satu bakar dalam oven dan satu lagi goreng dalam minyak banyak...kedua-duanya pun sedap sebab kkida yang buat...huahua...nyampah
...hehe...
oklah resepinya camni...wah! rajin bebeno pulak kkida hari nikan...hehe....:)

bahan-bahan:
500g tepung pau bluekey
1 sachet yis 
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung (kkida guna canola oil sebab itu je yang ada...:)
1 1/4 cawan air
(larutkan gula dalam air)

campurkan yis dalam tepung...masukkan minyak dan air dan gaul sebati hingga menjadi seketul doh...uli doh 10 minit atau hingga doh kenyal...ketepikan selama sejam atau hingga doh mengembang...

tumbuk sekali bahagian tengah doh dan canai atas papan canai...potong memanjang segitiga (seperti foto) dan gulung sosej yang telah direbus terlebih dahulu (disejukkan)...gulung kemas dan ketepikan....biarkan 15, 20 minit hingga doh mengembang...

goreng dalam minyak panas hingga keperangan atau bakar dalam preheated oven selama 10 minit atau hingga kekuningan...hidang dengan cili sos dan mayonnaise...
kkida dapati doh ini tidak banyak serap minyak (tak makan minyak) walaupun di goreng deep fried kerana kuantiti minyak dalam pan tidak banyak berkurangan...cuba lihat foto bawah ni...roti pada sosej yang bergoreng tu putih bersihkan...tiada minyak meresap hingga ke dalamnya...
jika bandingkan antara baked and goreng...kkida lebih suka pau goreng...:)...

5 comments:

  1. sedapnya..boleh la cuba nanti..ada 1kilo tpg pau bluekey kat rumah..asyik terbantut jer nk buat pau...

    ReplyDelete
  2. kkida,
    kalau guna tpg gandum boleh tak?
    berapa sukatan tepung tu?

    ReplyDelete
  3. rose,
    boleh...ukurannya same juga...cuma tak taulah macam mana hasilnya...cubalah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...