Friday, December 16, 2011

oat apple pear ice-cream dessert...

manisan-manisan...teringat ketika kkida ke negeri china bulan lalu....menurut tourist guide...mereka jarang makan dessert atau manisan selepas lunch atau dinner (terutama generasi lama)...jika ada pun hanyalah buah-buahan segar...

wbp, itu stail orang lama....generasi baru/muda china kini telah mula berjinak-jinak dengan makanan manis kerana kkida lihat ada banyak kedai kek, pastry, roti, donut dan cafe seperti starbuck dan coffee bean dimana mereka duduk melepak-lepak sambil menikmati milkshake dsbnya...juga mcd dan kfc yang menjual ice-cream, dessert dan makanan bercheese....
berbalik kepada cerita manisan/dessert...kkida ni memang suka makan manis....hmmm...kkida tahu memang tabiat itu sangatlah tidak baik untuk kesihatan...tapi tulah....nak buat macam mana....setiap hari kkida mesti minum kopi, kopi Oooo yang mesti terasa manisnya....huhu...

petang tadi kkida buat manisan lagi, apple and pear crumble...caranya dah beberapa kali kkida share kat blog ni...kali ni kkida guna 2 biji buah pear hijau besar dan 2 biji apple...chop chop....masukkan kedalam pan dan tambahkan beberapa sudu gula...hehe...dan cinnamon powder...kkida tambah lemon juice sikit supaya rasanya masam...biarkan ia mendidih dan merenih...tambahkan tepung sikit supaya sirapnya pekat....
letakkan dalam bekas kaca....buatkan toppingnya...

kkida campurkan 1 cawan tepung gandum, 1 cawan cooking oat, 1/2 cawan butter (chop), 1/4 cawan gula halus dan sedikit garam...gaul rata...
kkida juga campurkan satu cawan cereal bawah ini yang kkida hancurkan (optional)....
taburkan topping atas buah apple dan pear tadi dan bakar dalam preheated oven @ 180C for 20 minutes atau sehingga keperangan...hidangkan dengan ice-cream vanilla dan drizzle dengan maple syrup (jika suka)

No comments:

Post a Comment