salam,
dah dua hari kkida tak bersiaran....mood kurang sikit, not feeling good, kureng sihat....masak pun biasa-biasa je...lauk hari-hari...kari, sadin, sambal dan sebagainya...jadi takdalah menu yang interesting yang kkida nak share...
semalam seharian makan kenduri kahwin, tengahari dan malam....dua-dua kenduri pun memang sedap lauk-pauknya....dan paling mustahak kedua-dua kenduri ada cerita tersendiri...
kenduri pertama jiran sekampung...yang interestingnya...pasangan bahagia kali ini adalah warga emas atau pun orang lama...jarang kkida hadiri kenduri seperti ini...hehe...nenek dan atuk mengikat tali pernikahan...pengantin perempuan berusia lingkungan awal 50an....nenek kepada kawan masjid aiman...dan pengantin lelaki berusia lingkungan 60 tahun....lebih menarik lagi mereka adalah jiran tetangga...:)
beria jugalah majlis kenduri mereka semalam...ramai tamu, lauk dan kueh-muehnya sedap (kkida tak sempat nak ambil gambar...seronok melihat gelagat pengantin dan tetamu)...cuma tiadalah paluan kompang, dj atau pun lagu selamat pengantin baru yang sering berkumandang seperti majlis-majlis pasangan muda....majlis diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat setempat bahawa mereka telah bernikah...taklah nanti bila jalan berduaan ada yang pandang lain je....almaklumlah...mereka hidup dalam masyarakat yang sering membuat telahan tanpa usul periksa...:)
berbeza dengan kenduri pertama....kenduri kedua sebelah malam dalam suasana yang lebih mewah....siap dengan muzik gamelah dari pusat kebudayaan sebuah uni tempatan dan seorang pemuzik warga emas yang bermain minus one keyboard dan ramai dikalangan saudara-mara pengantin yang menyumbang suara menyampaikan lagu khas buat pasangan bahagia....
majlis kenduri diadakan di dewan Tun Hussein Onn, PWTC...lauk-pauknya lebih kurang sama seperti lauk pauk kenduri sebelah tengahari....cuma suasananya sajelah yang lebih santai....selain muzik gamelan ada persembahan pencak silat dan tarian oleh penari cilik...
pencuci mulut...tapai pulut dan ice-cream...

very interesting....pengantin lelaki juga turut menyampaikan sebuah lagu inggeris yang ditujukan khas buat isterinya...tengoklah tu, bukan main lagi beliau menghayati lagu tersebut....bila tengok pengantin menyanyi, kkida teringat semula kesah siti nurhaliza yang menyampaikan sebuah lagu khas untuk suaminya pada majlis perkahwinan mereka dulu..
lepas pengantin nyanyi...adik-beradik dan rakan-rakan mereka pula naik ke pentas pelamin untuk menyampaikan beberapa buah lagu yang kesemuanya bertemakan lagu cinta dan kasih sayang....sesuailah untuk majlis tersebut...memang happening habis...jarang dapat tengok majlis seperti ini....hehe...
setibanya di rumah....kkida sempat melihat bulan gerhana....dan sempat ambil beberapa keping foto...peristiwa ini lebih menakjubkan....terkedu sebentar melihat betapa berlainannya wajah bulan dikala gerhana...tiada bersinar seperti selalunya....dan itulah dia kuasa yang maha ESA...
Salam perkenalan . . Sharing resepi bole yea
ReplyDeleteKumahuitu.blogspot.com