Tuesday, December 13, 2011

donut cinta hati ku sayang...

aku cinta pada mu...:) dan demi cinta dan kasih sayangku kepada mu yang tiada tolok bandingnya...pepagi lagi aku telah menguli tepung dan buat donut yang sedap ini....khas buat kekanda dan anakandas yang di cintai....hehe....
apa pula merepek merabannya kkida hari ni....tapi memang kkida tak betul sikit hari ni...huhu...kkida anggap jika kkida terlebih rajin masak makanan yang perlu ambik masa lama untuk disiapkan...memang adalah yang tak betulnya tu...hehe....
hari ni pepagi lagi kkida bungkar peti sejuk mencari tepung yang lama sungguh kkida peram...oleh kerana takut rosak...tepung tersebut kkida simpan dalam fridge...dan pagi ni kkida bertekad mesti buat sesuatu dengan tepung tersebut...

tepung yang kkida maksudkan tu adalah tepung pau bluekey....hajat di hati (tak ingat bila...) nak buat pau lah kononnya...pau ayam atau daging....tapi dek kerana tertangguh-tangguh, sampai la ni tepung tetap rupa tepung...tak berubah wajah....apalah saya ni...masak ikut mood betul...tak seperti blogger-blogger lain yang kkida tengok sangat consistent...setiap minggu pasti ada je resepi yang hebat dan ada ump!!!...
ok berbalik kepada cerita tepung pau bluekey yang terperap lama tu dan dek kerana kemalasan kkida nak buat inti pau....maka dengan memandai-mandai sendiri dan dengan penuh tawakkal...kkida guna tepung tu untuk buat dua resepi yang simple yang jauh larinya dari resepi kueh pau sebenar....:)

...500g tepung tu kkida buat pau/roti goreng (next entri kkida share resepinya...:)...dan 500g lagi kkida buat donut ni....dan Alhamdulillah...tak salah sebenarnya kita guna tepung pau untuk resepi selain kueh pau dan kkida suka terutama kueh donut goreng kat bawah ni....ia crunchy diluar dan gebus didalam...yummy!
jika youall nak cuba ni resepinya yang kkida petik dari mauripan yis recipes:

bahan-bahan:
500g tepung pau bluekey
1 sachet serbuk yis
3/4 cawan air
1/3 cawan susu tepung
(since kkida takada susu tepung kkida campurkan 1/2 cawan air dengan 1/4 cawan susu sejat...lebihkan sikit jika perlu)
1 biji telur
1/2 cawan marjerin cair
3 sudu besar gula pasir halus
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar baking powder
cara membuatnya:
1) gaulkan tepung dengan yis segera...masukkan telur, marjerin, garam, baking powder...
2) larutkan gula dalam air (atau susu)dan tuangkan ke dalam tepung...
3) gaul hingga adunan menjadi seketul doh dan uli hingga kenyal (dalam 10 minit)...ketepikan selama 30 ke 60 minit atau hingga doh mengembang...
4) tumbuk sekali pada bahagian tengah doh...keluarkan dan canaikan adunan...terap ikut acuan yang anda suka...
5) ketepikan dan biarkan ia mengembang....antara 15 ke 20 minit...
6) bakar atau goreng hingga keperangan...
7) gaul dengan gula...atau sapukan lemon icing, coklat icing dan lain-lain topping yang anda suka...
tapi bagi kkida....kkida lebih suka gentelkan doh bulat-bulat sebesar guli dan biarkan ia kembang...panaskan minyak kepada 160C dan deep fry hingga kekuningan....angkat dan gaulkan dengan gula halus yang di campur dengan sedikit serbuk cinnamon dan sedikit garam halus....sedap...
donut heart shape kat atas sekali tu kkida bakar selama 10 minit lebih kurang (atau hingga kekuningan)...keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar....belah dua dan letakkan filling yang anda suka...kkida guna left over blueberry pie filling yang dah berbulan kat dalam peti ais....jika ada cream cheese icing lagilah sedap...sapu dulu cream cheese icing dan kemudian baru topkan dengan blueberry....pasti ia lebih creamy dan ada rasa manis dan masam sikit....makan pun tak toleh kiri kanan dah...:)

8 comments:

  1. akak ni memang kreatif. dari dulu lagi. saya suka makan doughnut, tapi tak pernah terfikir nak buat bentuk heart. terima kasih sebab banyak membuka minda.

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan....anak2 saya suka sgt makan donat kecil2 nie...nanti saya nk try jugalah ikut resepi nie...nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. KKida sihat ya hendaknya..

    Manisss.. bahagianya kekanda anakanda :-)

    ReplyDelete
  4. saya pun love kak ida jugaklah...boleh dapat dona tu seketul dua... :)

    ReplyDelete
  5. kkida,
    kalau makan donut love ni mesti tangkap cintan selama-lamanya. kreatif kkida.

    ReplyDelete
  6. kkida love anda semua juga...terima kasih kerana sukakan resepi kkida ni...:)

    ReplyDelete
  7. bestnyer donut dan comey sekali bentuk heart..i love it..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...