Tuesday, December 6, 2011

china trip...last entri...

salam,
hari ni kkida nak habiskan story about my trip ke china yang terbantut sekejap...entri kali ni kkida share lauk pauk utama iaitu ayam, daging lembu, kambing, dan seafood...makanan mereka tiada yang pedas...nampak je merah...tapi langsung tak berbahang....kalau nak rasa sikit-sikit pedas kenalah kunyah cili benggala yang depa potong lebar-lebar tu...
lauk ayam atas ni ala-ala kari ayam yang di goreng kering....bawah ni daging lembu stir fried...
kambing dengan beetroot...sedap...
itik stirfry...
steam fish dan tofu...mereka goreng dulu...baru masak dalam kuah dan stim...
sate kambing....
atas daging goreng breadcrumbs dan bawah daging goreng dengan roti...
ayam goreng dengan capsicum...
bawah....nampak tak jari jemari ayam yang runcing dan cantik tu...hehe...bila tengok je ada kaki ayam...anak-anak kkida terus tak jadi nak cedok gulai ni....hehe...bagus gak kan....lain kali kkida pun nak masak camnilah...letak kaki ayam dalam sup...:)
semua hidangan kat atas ni kkida makan kat beberapa restoran....bukan satu restoran je...dan bawah ni adalah salah satu darinya...
suasana dalam restoran di Hangzhou yang cantik...
sempat kkdia snap gambar dalam dapur mereka...open style kitchen...jadi pelanggan-pelanggan boleh lihat dari dinding kaca....

semua restoran yang kami makan samada di shanghai, suzhou dan hangzhou hanya letakkan set ini atas meja yang dibungkus elok...satu piring kecil, satu mangkuk sup dan nasi, gelas dan sudu sup serta chopstick...jika tak pandai guna chopstick boleh minta folk and spoon...

kedekut bebeno kan...letak le pinggan makan besor sikit...jenuhlah kita orang ni terkuis-kuis nasi dan lauk dalam piring kecil tu (sebesar piring cawan kopi)...hehe....tapi dah memang itu style dan budaya mereka...
sebagai pelancung kita kenalah experience semua tu...barulah tahu dan appreciate dengan apa yang kita ada....
diluar tingkat bawah restoran ini ada kedai jual roti...so, macam biasa pasti kkida nak mencuba...
yang atas ni macam kueh pau aje...tapi kosong dalamnya....mereka ni sangat economical....makan seadanya, tak perlu sedap-sedap sangat macam kita....:)
sejenis roti plain, manis sikit....tapi tak memenuhi selera tekak kkidalah...mungkin jika dapat cicah dengan kari ok kot...hehe...bawah ni pula....hmmm....tak pasti mereka makan macam mana roti ni....jika ada jual roti cam ni kat tempat kkida pasti senangnye hidup....sebabnya ia memang sangat sesuai jika nak guna sebagai pizza base....tabur je what ever topping yang anda suka, top with cheese dan bakar 10 minit...dah siap pizza untuk sarapan atau minum petang....rotinye lembut dan gebu cuma takda rasa apa-apa....:)
sejenis roti lagi....plain dan tawar....bawah abang jual roti yang ramah tamah....
selain makanan biasa...jika anda berani mencuba makanan yang luar biasa pun ada kat restoran ni....
atas ni kkida tak pasti apa ke bendanya...tapi nampak macam lidah lembu je....heeeeeee....kkida snap gambar ni ketika tukang masak letakkan makanan ni kat atas kaunter sebelum dihidangkan pada tetamu lain....(bukan kita orang yang  order tau...:)
segala isi perut ayam/itik...
yang atas ni ntah...bahagian mana lembu kkida tak pasti...
yang ni pasti semua orang tahu....ada yang suka makan ni tak?
yang ni....ada yang suka makan...hehehe.....
rasanya chicken drumstick kan?
lepas makan sempat pula lepak-lepak kat luar restoran menikmati pemandangan pekan ini yang cantik....tiada sampah bertaburan di jalan raya...pokok-pokok yang rendang dan mula menguning...orang-orangnye yang comel dan segak....kenderaan bertali arus....termasuk basikal dan beca serta pejalan kaki...cuacanya yang sangat nyaman, macam dalam aircon...dan kkida dapati ramai juga orang islam di bandar ini...
pakcik ini menjual berbagai jenis kacang dan buah kering....tak pasti ia berhijrah dari bahagian mana negeri china yang besar ini....mungkin dari daerah nun jauh di utara china berhampiran rusia kerana raut wajahnya...
oleh itu sampai takat ni jelah cerita-ceriti kkida mengenai my trip to china....sebenarnya nak ikutkan banyak sangat foto yang kkida nak share....ada hampir 2,000 keping foto yang kkida, eka dan hani snap dari empat kamera...tapi cukuplah rasanya apa yang kkida share setakat ini kan....letih pulak nanti youall menengoknya....
next family trip hujung bulan ni to Perth...from 22 to 31 december...10 days....hmmm....dari website kaji cuaca...sekarang ni musim panas di perth...hangat bangat...sangat berlawanan dengan cuaca di china yang kadangkala membuatkan kkida sejuk menggelugut...tak pasti samada boleh enjoy ke dalam cuaca panas camtu (mungkin lebih panas dari malaysia)....tapi since flight tiket, kenderaan dan penginapan dan di booking, maka memang tak boleh dah nak berundur...mau tak mau teruskan jugalah misi ini....dan pastinya kkida akan share kesah perjalanan ke perth ini nanti dengan anda....:)

4 comments:

  1. Saya perhatikan kebanyakan makanan2 tu semua style masakan orang2 Uyghur dari Xinjiang dan dari Qinghai.

    ReplyDelete
  2. Sate tu diaorang sebut Yang Rou Chuan atau kebab kambing, gulai yg ada kaki ayam tu Da Pan Chi atau Ayam pinggan besar, daging goreng breadcrumbs tu biasanya di sebut Zheran Yang Rou, atau daging kambing rempah jintan. Makanan ni la yg selalu kami makan kat sini.

    ReplyDelete
  3. thank you keroll,
    love your photoblog...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...