Friday, November 11, 2011

sup lutut lembu (gear box)

harap kkida tak terlambat untuk masukkan ntri ni untuk hari ni....iaitu 11.11.11....hehe....

memang luar biasakan....tak sangka kkida berjaya merebus kepala lutut lembu ni sehingga empuk dan lerai dari tulangnya...sampai tulangnya pun lerai sekali dari bahagian tempurung lutut lembu tersebut...semuanye jadi sangat lembut dan mudah di makan....
wbp....jika tak kerana anak kkida bawa pulang dari tempat sembelihan korban memang payahlah kkida sendiri nak beli bahagian lembu yang ini untuk di buat sup.....kecuali ada yang mengidam sesangat nak makan.....jika tak....tulang belakang lembu adalah pilihan kkida jika nak buat sup tulang....ekor lembu pun kkida takkan beli kecuali ada request....

sup tulang ni kkida rebus lama....lebih dua jam untuk dapatkan texture macam ni...rebus dalam electric rice cooker...jika guna gas pitamlah...jenuh nak menunggu....

....ada yang beritahu kkida jika makan bahagian dalam tulang lembu tu iaitu sum-sum nya mampu mengubat sakit lutut....betul ke? 

3 comments:

  1. salam kkida...peberet Liza ni, biasa kalau mkn Liza akan cungkil sum2 dia tu...hihihi, tp xblh mkn selalu la, nayaaa....sedap niiii

    ReplyDelete
  2. Waaa...ada sup gear box kat sini...suka hirup kuah sup..nak makan tulang gear box tu tak berapa nak pandai..he he..:D

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ida, moga sihat selalu ya.
    Kalau saya boleh makan kuahnya je, sedap tu cicah roti

    ReplyDelete