Saturday, November 5, 2011

choco muffin lemon muffin

perbezaan antara muffin dan cupcake...cup cake adalah kek....cuma ia di bakar dalam bekas cawan kecil...cara adunannya sama seperti kita mengadun kek iaitu pukul gula dan mentega hingga kembang...kemudian masukkan telur, tepung dan lain-lain bahan....muffin pula lebih mudah cara buatnya...masukkan semua bahan dalam sebuah mangkuk dan gaul rata...texture muffin dan kek berlainan...kek lebih halus dan gebu berbanding muffin, lebih berat dan  kurang gebu...muffin lebih mengenyangkan dan ia sesuai untuk sarapan...cupcake pula lebih kepada dessert dan cantik di hias...
kedua-dua muffin ini kkida guna resepi yang sama...cuma bahan perisanya berlainan...resepi ni kkida perolehi dari website Joy of Baking...

bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir halus
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam

1) ayak tepung, soda dan baking powder kemudian campurkan gula dan garam, gaul rata
2) untuk muffin lemon....campurkan parutan satu biji kulit lemon...dan untuk choco muffin campurkan 1 cawan chocolate chip kedalam adunan tepung...gaul rata

bahan liquid
1 biji telur saiz besar...pukul sikit
1 cawan penuh buttermilk
1/2 cawan minyak canola
1 sudu teh esen vanila

3) campur semua bahan dalam sebuah mangkuk besar...gaul rata dengan balloon whisk
4) tuangkan adunan tepung kedalam adunan liquid
5) dengan menggunakan spatula...kaup balikkan adunan muffin...jangan terlebih gaul...antara 5 ke 6 kali sahaja....jika terlebih gaul pasti muffin anda tak kembang elok...
6) dengan menggunakan ceduk ice-cream...scoopkan adunan muffin ke dalam muffin cup atau muffin pan
7) bakar selama 20 ke 30 minit bergantung pasa saiz muffin anda...suhu 180C
 kkida guna vanila bean i/o esen vanila....lain wanginya...
untuk chocolate muffin kkida lebihkan chocolate chip sebanyak 1 cawan...tu lah sebabnya muffin tu penuh dengan chocolate...bebudak pasti sukalah...terasa coklatnya dan kkida guna self-raising flour i/o tepung biasa...

3 comments:

  1. cantik gebu muffin Kak Ida buat,best betul Kak Ida ni resepi simple boleh jadi muffin awesome camtu eikkk..

    ReplyDelete
  2. pergh muffin kak ida power nya.....tp kan header bunga2 tu cntik lak..kheee

    ReplyDelete
  3. salam kak ida..nak tanya kalau buttermilk tu tukar dgn susu n butter boleh ker? sukatan dia mcm mana pula ye

    ReplyDelete