Tuesday, November 8, 2011

masala chai, sambal ikan, roti serunding

Assalamualaikum,
hari ni kkida kurang sihat dan kurang mood....mood masak memang merudum hari ni...masak main-main aje....makan lauk lebih-lebih semalam yang di panaskan...

petang semalam kkida tengok Aarti buat masala chai dalam tv show nya iaitu Aarti Party....teringat yang kkida ada beli chai tea masa gi Singapore april lalu...teringin pula rasanya....masala tea adalah teh berempah minuman popular yang berasal dari negara india...sekarang ni di mana-mana pun minuman ni ada di jual....wbp buatnya tak susah....

jika takda teh masala takpa....buat sendiri guna rempah ratus yang ada di dapur....masak air anggaran 2 cawan....bila air dah mula nak mendidih masukkan satu batang kulit kayu manis, 4 biji cardamon (pecahkan), 1 kuntum bunga lawang dan 3-5 kuntum bunga cengkih....biarkan ia mendidih...kemudian masukkan 2 sudu besar daun teh...didihkan sebentar hingga teh kembang...resepi aarti semalam menggunakan madu/honey sebagai pemanis...anda boleh guna gula biasa atau sebarang manisan pilihan anda....akhir sekali aarty masukkan half and half cream...jika takda guna sahaja susu sejat (evaporated milk) atau susu pekat manis (jika guna susu pekat manis tak perlu guna gula/madu sebab susu ni dah manis)...tambah garam sikit jika suka...enjoy!
bawah ni saja kkida nak selitkan gambar lauk malas kkida hari ni....ikan sambal...selain tu ada daging goreng (daging kurban), lemak labu kuning dan sambal (satu kemestian)....:)
dan petang tadi sebab lapor dan tak tau nak makan apa....kkida bakar roti, sapu mayonnaise dan taburkan serunding daging....minum dengan jus lemonata (lemon)....lega...hehe...
sekarang ni kkida tengah termenung memikirkan apa pula nak sediakan untuk dinner malam ni....hmmmm....

3 comments:

  1. Saya doakan moga Kak Ida kembali sihat walafiat ya

    ReplyDelete
  2. tu la kak ida....kadang2 time x sihat @ time emo...nak masak pun xde perasaan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete