Monday, November 21, 2011

lava cake


salam pagi isnin,
pagi ni kkida ke tesco lagi...routine mingguan...balik dari tesco kkida cuba buat kek ini....lava cake....ikut resepi dan arahan dari video ini tanpa ubah apa-apa dan hasilnya memang memuaskan....sedap...thank you kepada empunya resepi dan video...:)

cuma kkida bakar kek tersebut lama sikit kerana nakkan bahagian tengahnya tu masak betul....rasa macam tak lalu pula kkida nak makan batter yang masih cair....yelah namanya pun lava, tulah sebab bahagian tengahnya dibiarkan cair...dan akan meleleh jika di potong...hehe... jika anda suka kek yang cair, bakar ikut arahan pada video tersebut...

bahan-bahannya ialah:
125g butter
175g coklat masakan
2 sudu besar air
cairkan bahan atas dalam mangkuk yang di letak atas air mendidih hingga semua bahan cair dan sebati, tutup api dan masukkan bahan-bahan seterusnya...
3 biji telur
pukul sedikit, masukkan telur kedalam bancuhan coklat dan kacau cepat supaya telur tidak berketul...
150g gula
masukkan kedalam batter dan gaul sebati
125g tepung
masukkan dan gaul sebati...
griskan remekins dan tuangkan bancuhan batter hingga 3/4 penuh dan bakar selama 12 minit (seperti video diatas)....bahagian tengahnya cair....hidangkan dengan aiskrim vanilla...

kkida masak 15 minit...cukup untuk membuatkan kek masak elok...makan camtu saja pun sedap...
good recipe...sesuai sebagai cupcake jika di masak sepenuhnya...top with coco or vanilla icing...yummy!

4 comments:

  1. pernah jugak tengok haritu kat mana tah lava kek ni, teringin nak cuba, mesti masyuk dengan lelehan coklatnya. mmmmmmmmmmmmmmm...

    ReplyDelete
  2. Salam kak..Sedapnya nampak lava ni...sesuai lah bagi penggemar2 choc

    ReplyDelete
  3. Assalam K.Ida...waaah nampak mcm best jek Lava Cake ni...kuar lembik gitu, anak2 Ummi mmg suka, kalau diaorg ada, harus ku buat nih.... :) great sharing dear!

    ReplyDelete