Sunday, November 13, 2011

instant idli, kari ayam ubi keledek



salam, lambat kkida bersiaran hari ni....sebenarnya kkida dah tulis entri ni dari pagi tadi lagi, cuma tak di publishkan....malam ni baru ada kesempatan jengah ke mari sebelum nak masuk beradu kejap lagi...

pagi-pagi selepas masak kari ayam dan instant idli ni kkida ke jaya grocer, beli sikit barang dapor yang takda...tengahari ke rumah sis in law di shah alam 2....hubby ajak lunch sana...petang jam 4.30 baru sampai rumah....jangkanya lepas rehat kejap dalam jam 5.30pm nak ke subang jaya pula...sedang sibuk bersiap kkida terima call dari kak fatah iaitu kakak kak anis...

terkejut kkida bila dapat tahu kak anis masih berada di hospital since last sunday dan kini dia di wad icu sejak malam raya haji....kkida pun tak dapat nak hubungi kak anis kerana phonenya tak berjawab...menurut kak fatah kak anis dalam keadaan critical kerana paru-parunya telah di jangkiti dan tidak respon kepada antibiotik...

kak anis (kanan) with her sis kak fatah...sepupu yang rapat dengan saya...:)

dari nak ke subang jaya, kkida bergegas ke hospital damansara dengan kak fatah....hanya keluarga terdekat sahaja di benarkan melawat....itu pun boleh masuk seorang-seorang sahaja dan kena pakai mask...

sayu di hati tengok keadaan kak anis....badannya penuh wire dan dia bergantung pada oksigen sepenuhnya kerana paru-paru tidak dapat berfungsi dengan sempurna...

disini kkida memohon kepada kalian agar sudi mendoakan untuk kesejahteraan dan kesihatan kak anis...ajal maut ditangan Tuhan, kita hanya mampu berusaha dan meminta kepada NYA.....

kkida tak mau cerita panjang pasal makan-makan hari ni....cuma nak share photo instant idli mix ini yang mudah disediakan....rasanya sedap dan boleh di dapati di mana-mana supermarket/hypermarket...

since tiada ubi kentang kkida guna ubi keledek sebagai ganti untuk kari ayam (photo) dan memang sedap kerana ubi keledek tersebut manis... 

cara-cara untuk bancuh idli ni ada di terangkan pada kotak bungkusannya...
esok kkida memang busy....tak tau samada kkida dapat berentri atau tidak....:)

6 comments:

  1. As'salam kkida..doa dah harapam moga k.Anis cepat sembuh...

    Menarik juga manu ni ye...boleh lah try

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...suka makan idli..tapi tak pandai nak buat seniri...bestnya...idli cecah kari...:D

    ReplyDelete
  3. askum kak ida....saya pernah baca cerita dua sepupu kak ida ni...saya doakan kak Anis cepat sembuh...insyaAllah

    ReplyDelete
  4. c cek,
    beli siap aje...kat mana2 ada jual.

    ReplyDelete