Friday, November 4, 2011

ayam bumbu bali

salam pagi jumaat...
sejuknya hari ni...semalam dan semalam juga...hujan turun tak henti-henti...since rumah kkida ni dalam hutan, sejuknya macam kat cameron highland...siap pakai longsleeve dan stokin dalam rumah...hehe...malam tidor selimut tebal...tapi itulah nikmatnya...takyah beraircon kalau musim winter camni...:)

tetiba kkida teringat nak cari resepi ni kat internet...bukannya apa...idea ni kkida dapat bila tengok masterchef indonesia...ada seseorang mention about bumbu bali...maka kkida pun cuba cari kat internet resepinya...terdapat beberapa versi ayam bumbu bali di beberapa website dan blog...cara masaknya more or less lebih kurang sama seperti buat rendang ayam...cuma bezanya tak guna santan...nilah resepinye...
bahan-bahannya...
1 ekor ayam sederhana saiz nya...potong 12
perap ayam dengan air limau mipis (2 biji) dan garam selama sejam

bahan blender...kkida olah sendiri dari beberapa resepi di website
12 biji cili merah
5 biji cili padi merah
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci belacan bakar
6 biji buah keras
(kisar semua hingga lumat)

lain-lain bahan:
5 helai daun limau
3 batang serai, dititik
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar air asam jawa
garam dan perisa secukupnya

caranya:
1) panaskan sedikit minya dalam kuali
2) masukkan bahan blender dan serai dan kacau hingga wangi
3) masukkan ayam dan gaul rata
4) tambahkan sikit air dan biar ayam mendidih
5) masukkan daun limau dan lain-lain bahan
6) tutup kuali dan perlahankan api...renihkan sehingga kering seperti rendang
7) itu je...siap di hidang

sedap tau...tak caya cuba buat sendiri untuk hidangan raya haji ni...jika kena dengan tekak kkida pasti kena juga dengan tekak anda....heeeee...

selamat bercuti, selamat menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA....jika anda memandu untuk pulang ke kampung pandulah dengan cermat...biar lambat asal sampai ke destinasi...:)

7 comments:

  1. sedapnya, boleh cuba buat ni esok2
    thank you Kak Ida, best!

    ReplyDelete
  2. wah kak ida...jadi menu pg raya pun ok ni...

    ReplyDelete
  3. ix,
    sama-sama...makan dengan ketupat sedap ni...


    liza,
    cuba lah...cuma dia tak beminyak dan berlemak sangat macam rendang biasa...

    ReplyDelete
  4. As'salam Kak Ida

    CT nak masak hari ini, kebetulan memang dah siap beli ayam untuk masak hari raya haji. Thanks ya kak Ida :)

    Selamat Hari Raya Aidiladha buat Kak Ida sekluarga :)

    ReplyDelete
  5. Askum kak ida...tq tq...memang sedap saya pernah rasa tapi tak tau resepi...tq kak ida..
    Salam aidil adha dari saya dan keluarga...

    ReplyDelete
  6. salam CT,
    jika dah masak tayang kat blog ye...kkida nak tengok.
    salam aidil adha juga buat ct sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  7. ezzah,
    sama-sama ezzah, selamat hari raya juga dari kkida buat ezzah sekeluarga...:)

    ReplyDelete