Tuesday, November 22, 2011

coney dog atau sloppy dog....:)

salam,
kkida sibuk berkemas hari ni....mengemas luggage....esok sebelum subuh kkida sekeluarga dah nak ke lcct...flight jam 8 pagi...:)

beberapa hari akan datang kemungkinan kkida tak dapat nak online...kecuali jika ada internet...jika ada pasti kkida akan update apa yang boleh...nak share apa yang kkida makan kat sana nanti, street food, etc...jika tidak, bila dah balik nanti (nextweek) barulah kkida akan ceritakan segalanya...:)
oklah sebelum kkida berundur diri, kkida nak share gambar hotdog ni yang kkida buat semalam....hotdog tu biasa je....cuma selalunya hotdog yang kkida buat tanpa topping, hanya cili sos dan mayonnaise....tapi kali ni kkida buat beef gravy topping...ala-ala coney dog gitu atau pun sloppy joes gravy...or namakan jelah apa pun takpa....janji ia sedap....

gravy tu kkida guna mince beef, can tomato, bawang besar putih sebiji, cincang, bawang putih sikit, tumbuk, oregano dan tomato sos....perisa, garam dan gula...masak hingga ia pekat dan tidak berair....

bakar roti, letakkan sosej yang dah di masak, sudukan gravy ke atas hotdog, tambahkan salad, cheese, mayonnaise, cili sos, mustard dll....ikut selera anda....jika anak lelaki kkida yang tiga orang tu satu tak cukup, dua baru kenyang....lol....
bawah ni kkida nak share meehoon goreng....hai! meehoon pun kkida nak share?....takdalah....ni meehoon jenis kasar....sedap jugalah meehoon jenis ni....goreng tak guna cili blender...hanya cili api...tulah sebabnya warna tak merah...kicap pun kkida tak guna, tu le sebab tak hitam....hehe...meehoon ala-ala singapore gitu....:)
dan bawah ni saje kkida nak share....hehe....ini lah stail kkida jika gi trip ke mana-mana....terutama ke luar negara...snack food or tidbits macam ni memanglah sangat di perlukan...maklumlah nak duduk dalam plane dan bas berjam-jam...pastilah mulut tu nak ngunyap-ngunyap juga...:)

lagi pun negara yang kkida nak gi ni pulak memang terkenal dengan barang tiruan....makanan pun banyak yang dah di copycat...tak tau nak beza yang asli dan sebaliknya...jika tak bawa bekal camni memang mengangalah anak-anak kkida nanti.....huhu....
oklah, nampaknya takat ni je pokpek kkida untuk ntri ini....Insyaallah jika panjang umur kita ketemu lagi....oleh itu disini kkida menyusun sepuluh jari minta maaf jika ada terkasar bahasa, terkecil hati tatkala anda melayari blog kkida ni.......:)

Monday, November 21, 2011

lava cake


salam pagi isnin,
pagi ni kkida ke tesco lagi...routine mingguan...balik dari tesco kkida cuba buat kek ini....lava cake....ikut resepi dan arahan dari video ini tanpa ubah apa-apa dan hasilnya memang memuaskan....sedap...thank you kepada empunya resepi dan video...:)

cuma kkida bakar kek tersebut lama sikit kerana nakkan bahagian tengahnya tu masak betul....rasa macam tak lalu pula kkida nak makan batter yang masih cair....yelah namanya pun lava, tulah sebab bahagian tengahnya dibiarkan cair...dan akan meleleh jika di potong...hehe... jika anda suka kek yang cair, bakar ikut arahan pada video tersebut...

bahan-bahannya ialah:
125g butter
175g coklat masakan
2 sudu besar air
cairkan bahan atas dalam mangkuk yang di letak atas air mendidih hingga semua bahan cair dan sebati, tutup api dan masukkan bahan-bahan seterusnya...
3 biji telur
pukul sedikit, masukkan telur kedalam bancuhan coklat dan kacau cepat supaya telur tidak berketul...
150g gula
masukkan kedalam batter dan gaul sebati
125g tepung
masukkan dan gaul sebati...
griskan remekins dan tuangkan bancuhan batter hingga 3/4 penuh dan bakar selama 12 minit (seperti video diatas)....bahagian tengahnya cair....hidangkan dengan aiskrim vanilla...

kkida masak 15 minit...cukup untuk membuatkan kek masak elok...makan camtu saja pun sedap...
good recipe...sesuai sebagai cupcake jika di masak sepenuhnya...top with coco or vanilla icing...yummy!

Saturday, November 19, 2011

macaroni meatball dan fried udon

lebihan macaroni....tak tau nak buat apa kkida goreng dengan meatball....yang bestnye meatball tu kkida buat dari daging burger...sangat mudah...tak perlu guna fresh mince meat...beli je sebarang brand daging burger, defrost dan bulat-bulatkan....panaskan pan dengan sedikit minyak dan saute meatball hingga masak...

untuk resepi macaroni tu anda boleh buat ikut resepi dan selera anda....seperti biasa kkida suka guna bawang besar yang dicincang, bawang putih, sedikit cili blender dan tomato puri....daun oregano atau fresh ketumbar....garam, gula dan perisa secukupnya....

mudahnya...dan yang pasti memang sedap....
mee udon ni kkida buat beberapa hari yang lalu....ni baru sempat nak share kat blog ini....goreng seperti menggoreng mee biasa....cuma kkida suka letak lebih sikit serbuk lada hitam....biar berapi....hehe....

perencahnya ikut suka...seafood, daging, ayam....begitu juga dengan sayuran....
 sedap tau...tambah-tambah kkida yang buat....heeee....
hari ni kkida cuti masak lagi....ada kenduri kahwin di tapah dan malam ni ada member hubby ajak makan....open house deepavali....tapi dia guna khidmat catering orang kita....

esok juga ada kenduri kahwin....memang kkida sibuk sikitlah ni, sibuk makan dan sibuk nak bersiap luggage untuk our trip on wednesday ni....kkida akan update semua cerita-ceriti ni nanti, jika ada kesempatan.... Insyaallah...:)

Sunday, November 13, 2011

instant idli, kari ayam ubi keledek



salam, lambat kkida bersiaran hari ni....sebenarnya kkida dah tulis entri ni dari pagi tadi lagi, cuma tak di publishkan....malam ni baru ada kesempatan jengah ke mari sebelum nak masuk beradu kejap lagi...

pagi-pagi selepas masak kari ayam dan instant idli ni kkida ke jaya grocer, beli sikit barang dapor yang takda...tengahari ke rumah sis in law di shah alam 2....hubby ajak lunch sana...petang jam 4.30 baru sampai rumah....jangkanya lepas rehat kejap dalam jam 5.30pm nak ke subang jaya pula...sedang sibuk bersiap kkida terima call dari kak fatah iaitu kakak kak anis...

terkejut kkida bila dapat tahu kak anis masih berada di hospital since last sunday dan kini dia di wad icu sejak malam raya haji....kkida pun tak dapat nak hubungi kak anis kerana phonenya tak berjawab...menurut kak fatah kak anis dalam keadaan critical kerana paru-parunya telah di jangkiti dan tidak respon kepada antibiotik...

kak anis (kanan) with her sis kak fatah...sepupu yang rapat dengan saya...:)

dari nak ke subang jaya, kkida bergegas ke hospital damansara dengan kak fatah....hanya keluarga terdekat sahaja di benarkan melawat....itu pun boleh masuk seorang-seorang sahaja dan kena pakai mask...

sayu di hati tengok keadaan kak anis....badannya penuh wire dan dia bergantung pada oksigen sepenuhnya kerana paru-paru tidak dapat berfungsi dengan sempurna...

disini kkida memohon kepada kalian agar sudi mendoakan untuk kesejahteraan dan kesihatan kak anis...ajal maut ditangan Tuhan, kita hanya mampu berusaha dan meminta kepada NYA.....

kkida tak mau cerita panjang pasal makan-makan hari ni....cuma nak share photo instant idli mix ini yang mudah disediakan....rasanya sedap dan boleh di dapati di mana-mana supermarket/hypermarket...

since tiada ubi kentang kkida guna ubi keledek sebagai ganti untuk kari ayam (photo) dan memang sedap kerana ubi keledek tersebut manis... 

cara-cara untuk bancuh idli ni ada di terangkan pada kotak bungkusannya...
esok kkida memang busy....tak tau samada kkida dapat berentri atau tidak....:)

Friday, November 11, 2011

sup lutut lembu (gear box)

harap kkida tak terlambat untuk masukkan ntri ni untuk hari ni....iaitu 11.11.11....hehe....

memang luar biasakan....tak sangka kkida berjaya merebus kepala lutut lembu ni sehingga empuk dan lerai dari tulangnya...sampai tulangnya pun lerai sekali dari bahagian tempurung lutut lembu tersebut...semuanye jadi sangat lembut dan mudah di makan....
wbp....jika tak kerana anak kkida bawa pulang dari tempat sembelihan korban memang payahlah kkida sendiri nak beli bahagian lembu yang ini untuk di buat sup.....kecuali ada yang mengidam sesangat nak makan.....jika tak....tulang belakang lembu adalah pilihan kkida jika nak buat sup tulang....ekor lembu pun kkida takkan beli kecuali ada request....

sup tulang ni kkida rebus lama....lebih dua jam untuk dapatkan texture macam ni...rebus dalam electric rice cooker...jika guna gas pitamlah...jenuh nak menunggu....

....ada yang beritahu kkida jika makan bahagian dalam tulang lembu tu iaitu sum-sum nya mampu mengubat sakit lutut....betul ke? 

agar-agar milo dan fresh fruit trifle

salam jumaat....hari ni 11.11.11...kat mana-mana pun orang dok sebok sebut tarikh ni....even kat kedai runcit pagi tadi masa kkida gi beli ikan pun pekerja indonesia kat situ pandai sembang sesama depa pasal tarikh ni....

"ha...hari ni ramai orang kawin...tarikhnya cantik 11.11.11"

lepas tu datang sorang lagi kawannya menyampuk....

"ha...nanti dapat anak pun 11 orang"

kita yang mendengarnya tumpang tersenyum....pandai jelah engkorang cakap...tokeh takda korang sibuk dok bersembang...pelanggan ramai ni...gi layan...:)
bagi ibu-ibu yang melahirkan hari ini pasti suka bebeno le...yelah, nanti senang nak ingat tarikh lahir anak...kalau dapat lahir tepat jam 11 lagi best....hehe....11 pagi atau 11 malam....

hmmm....apa pula kesitu kkida pok pek ni....sebenarnya kkida tengah merebus tulang ni...tulang kepala lutut lembu....adalah beberapa ketul anak kkida bawa balik hari raya korban hari tu...campur dengan daging lembu sikit dan guna rempah bunjut mak siti....tengok nanti cam mana rupanya...:D

kkida tak pernah buat sup lutut lembu ni....ni lah pertama kali....yelah hari ni kan tarikh 11.11.11....:)
maka kita buatlah benda yang pelik-pelik sikit....nak mengingatkan tarikh ni....heeee....
oklah berbalik kepada foto-foto ni....resepi atas tu triple buah segar....bawahnya tu kek coklat dan vanila custard....agar-agarnya kkida guna instant jelle...

resepi agar-agar milo bawah ni pula kkida ikut dari blog ummi kuantan....thank you ..:)....saya copy paste aje yek....:)

Bahan (Lapisan Coklat)
  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (akak letak hampir 2 cawan)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm atau pun dalam acuan pilihan anda. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu.
Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi....sejukkan dalam fridge... hidangkan sejuk.
cakar-cakar sikit....sebab nanti bila dituangkan bahagian putihnya ia akan melekat elok...
kkida punya jelli ni oklah...tak secantik mana....jadilah...asal tukang makannya tak komplen...hehe....

Thursday, November 10, 2011

salad warna warni


assalamualaikum,
apa kabar?...harap sihat selalu...hmmm....macam sebulan rasa tak jumpa...tu le sebabnya kkida bertanya khabar tu...:)

anda ikuti tak perkembangan terkini masterchef?....mungkin ada atau mungkin anda tak minat untuk ambil tahu hal-hal yang remeh macam tu...well...kkida ni memang suka juga ambil tahu...sebabnya ia bersangkutan dengan rancangan masak-masak....masterchef sebenarnye one of my favourite tv show dan kkida dah tonton semua siri mc usa 1 dan 2 dan mc australia 2, mc indonesia dan junior mc australia 1 melalui youtube (hasrat hati nak tonton mc india, mujur tak faham bahasanya...:)

berbalik kepada mc malaysia...masterchef kita ni memang tak sampai standard piawaian masterchef yang sebenarnya....cara mereka adun rancangan tersebut menjadikan ia hambar dan tiada nilai komersial...rasa kecewa juga sebenarnya....yelah bila kita dah tengok rancangan mc luar negara...terasa yang rancangan mc kita jauh ketinggalan ...ramai yang kata buat apa kita nak ikut stail orang putih....kita ada cara kita tersendiri....

yelah...memang kita ada cara kita tersendiri...tapi kalau cara kita tu jadikan ia boring dan hambar nak buat apa....baik tak payah copy rancangan orang....reka je rancangan masak-masak sendiri...ni macam bagus je...orang nak masterchef, kita nak masterchef....tapi standardnya macam langit dengan bumi....sian pada perserta dan pihak penaja....

....pernah tengok depa shooting mc di restoran chef florence dan minggu depan mungkin akan di tayangkan episod tersebut di tv...memang kokak habislah cara depa shoot....ntah sapa-sapa pengarahnya pun tak tahu....sepatutnya pihak astro kenalah ambik pengarah yang pro sikit....ini....hmmm....sambil mengarah sambil hisap rokok....macam mana nak bagus...

...dan hari ni punya kesah lagi panas....chef muda yang menokok menambah 'cerita' dalam cv nya supaya nampak gah...dari awal kkida memang cuak bila tahu beliau akan jadi juri masterchef....memang disagree betullah dengan pilihan astro/masterchef tersebut...janganlah kerana bapa dia terkenal maka depa tutup mata sebelah...sebetulnya tempat tu chef wan terajui...bukan anaknya...

sekarang ni apa macam?....semua penonton dah tahu siapa chef riz sebenarnya...memang tak seronok rasanya nak terus tonton rancangan tersebut selagi beliau menjadi juri....juri kena orang jujur...tak boleh cakap bohong....bagaimana anda nak judge orang sedangkan anda sendiri tak betul....tak adil pada orang lain...
oklah....itu hanya luahan pendapat kita yang kerdil ni....saje je nak sembang....bukannya orang astro tu baca pun....hehe...btw kot suka depalahkan....kita ni hanya permerhati dan menilai dari jauh je....nanti orang kata tak ikuti perkembangan pula....asyik dok cerok dapor je....langsung tak tau cerita....:)

meh kita kembali kepada cerita salad kkida ni....sebenarnya lama dah kkida buat...tapi ni baru nak tayang kat blog...salad ni sedap sebab ada rasa manis, masam, savoury sikit, masin dan crunchy....semua cukup...

kalau lihat dari fotonya tu kkida letak anggur hijau yang manis, ceri tomato, zuchini, cili benggala kuning, kiwi fruit dan cheese feta....memang sedap....makan camtu je pun ok...

ayam tu kkida pernah share resepinya kat ntri lepas....chicken schnitzel....cuba cari ye....selain tu ada mashed potato...
cantikkan warnanya...setanding rasanya...
sorrylah eh!....kkida suka tengok warnanya...tu le sebab letak banyak fotonya ni....:)

Wednesday, November 9, 2011

samosa rendang dengan kentang

salam,
hari ni kkida menjalankan operasi recycle....food recycle...bukan recycle sebenarnya...tapi operasi untuk menghabiskan whatever leftover yang berbulan-bulan lamanya betapa dalam freezer...kekadang kkida ni memang rambang mata jika gi shopping barang dapor...terlebih beli....

sekali-sekala cik abang kkida bising juga bila time dia nak membayar credit card..."beli apa sampai beribu tiap bulan"...:)...dan seperti biasa kkida sengeh aje..."apa yang ada kat atas meja tu...tu le bendanye cik abang oi"...

tapi memang betul pun kalau dia bising....kkida ni jika boleh nak hangkut satu supermarket tu bawa balik...hehe...
pastry ni kkida beli masa nak raya puasa hari tu lagi...dari sehari ke sehari nak guna....tak juga guna-guna...
dan pagi ni kkida kena jugalah make use pastry ni...takut rosak pulak nanti....
kkida namakan resepi ni samosa sebab kkida tambahkan kentang lenyek kat dalamnya tu...dan dibentukkan menjadi segitiga...intinya selain kentang kkida guna frozen rendang daging (juga lebih raya puasa hari tu...:)...
anda boleh guna sebarang jenis inti yang anda suka...jika takda puff pastry boleh buat pastry sendiri....
terdapat banyak pastry dan resepi untuk samosa yang anda boleh google dari internet...
untuk mendapatkan bentuk samosa, ikut step-by-step seperti foto-foto ini...
rendang dan kentang...




sapukan telur dan cucukkan sebelum dibakar dalam oven....suhu 200C selama 15 ke 20 minit atau hingga keperangan...

cicah dengan sos jika suka...

Tuesday, November 8, 2011

masala chai, sambal ikan, roti serunding

Assalamualaikum,
hari ni kkida kurang sihat dan kurang mood....mood masak memang merudum hari ni...masak main-main aje....makan lauk lebih-lebih semalam yang di panaskan...

petang semalam kkida tengok Aarti buat masala chai dalam tv show nya iaitu Aarti Party....teringat yang kkida ada beli chai tea masa gi Singapore april lalu...teringin pula rasanya....masala tea adalah teh berempah minuman popular yang berasal dari negara india...sekarang ni di mana-mana pun minuman ni ada di jual....wbp buatnya tak susah....

jika takda teh masala takpa....buat sendiri guna rempah ratus yang ada di dapur....masak air anggaran 2 cawan....bila air dah mula nak mendidih masukkan satu batang kulit kayu manis, 4 biji cardamon (pecahkan), 1 kuntum bunga lawang dan 3-5 kuntum bunga cengkih....biarkan ia mendidih...kemudian masukkan 2 sudu besar daun teh...didihkan sebentar hingga teh kembang...resepi aarti semalam menggunakan madu/honey sebagai pemanis...anda boleh guna gula biasa atau sebarang manisan pilihan anda....akhir sekali aarty masukkan half and half cream...jika takda guna sahaja susu sejat (evaporated milk) atau susu pekat manis (jika guna susu pekat manis tak perlu guna gula/madu sebab susu ni dah manis)...tambah garam sikit jika suka...enjoy!
bawah ni saja kkida nak selitkan gambar lauk malas kkida hari ni....ikan sambal...selain tu ada daging goreng (daging kurban), lemak labu kuning dan sambal (satu kemestian)....:)
dan petang tadi sebab lapor dan tak tau nak makan apa....kkida bakar roti, sapu mayonnaise dan taburkan serunding daging....minum dengan jus lemonata (lemon)....lega...hehe...
sekarang ni kkida tengah termenung memikirkan apa pula nak sediakan untuk dinner malam ni....hmmmm....