Wednesday, October 5, 2011

sosej and telur dadar wrap

salam,
tak pandai dah kkida nak reka nama untuk title food ni...takpalah...apa pun title entri ni tak kisah kan...janji anda ngeti apa yang cuba kkida sampaikan....:)

kkida lebih suka share food camni berbanding food yang hanya cantik di pandang tapi leceh nak membuatnya (kkida tak maulah nak syiok sendiri je, jika boleh kkida nak apa sahaja resepi yang kkida share kat sini boleh di manafaatkan untuk mengisi perut anak-anak anda)...this is practical daily food, simple dan memang mudah di sediakan...
pagi tadi kkida ada cerita kkida gi cold storagekan....lalu kkida ternampaklah wholemeal wrap ni yang menarik juga rupanya...hehe...ia ala-ala tortilla bread...tapi local product punya...nampak tak logo halal tu...harganya pula adalah separuh dari harga imported tortilla yang selalu kkida guna tu...jadi seperti biasa kkida mesti nak cuba...tambahan pula makanan camni memang laku kat rumah kkida...anak-anak kkida tukan terkena badi mat saleh, italiano dan latina....tu le sebabnye depa suka makan makanan camni....heeeeheeee....ngengada betui...
tak sebenarnya kkida nak solve problem kkida sendiri...nak buat benda makan yang senang dan depa suka dan kkida boleh cuci tangan bila dah feed depa kenyang-kenyang....terutama the three stooges tu...

tambahan aiman serta ajwad yang tak mau langsung makan nasi.....depa really cekal dan berpegang pada diet depa....aiman dah hilang almost 20 kg so far dan ajwad juga hampir sama....yang masih topui ialah yg kecik sekali tu....fizikal dia yang paling besar compare to abang-abang, kakak-kakak dan mak ayah...:-D
ok berbalik kepada cerita roti wrap ni tadi, kkida buat petang tadi since aiman nak makan...kkida ikut resepi pada bungkusan wrap ni...
dadar 2 biji telur, kkida campur dengan dried dill, black pepper, salt...kalau takda dill boleh letak parsely atau chives atau sebarang herbs yang youall suka...pukul rata dan dadarkan dengan api perlahan...
 roti ni kkida panaskan dalam microwave aje...sapukan dengan sour cream...letakkan telur dadar atasnya...
susun salad, tomato serta sosej yang di masak terlebih dahulu (belah empat)...tambahkan sos cili jika suka dan gulung kemas-kemas...
 ....roti wraps tanpa telur dadar...
....and wraps with telur dadar...
kesimpulannya kkida suka roti ini berbanding tortilla bread sebab ia lebih lembut...dan yang pastinya sedap dimakan...tambah-tambah teman yang buat...hehe.....:)

3 comments:

  1. As salam Kak Ida.
    Ini mau 3-4 gulung baru rasa hihi..
    Ringkas.. Sedap ;-)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Ida, baru sempat jengah sini, semoga Kak Ida sihat ya
    menu ni best kalau buat bekal ke ofis

    ReplyDelete
  3. Salam kak ida....kena cuba ni....roti tu ka ida beli tang mana?

    ReplyDelete