Friday, October 14, 2011

simple sandwich sardin

salam pagi jumaat,
pagi yang redup dan indah...pagi yang mulia....:)

pagi tadi kkida ke tesco...apalagi kalau tak memborong keperluan dapor...mesti ada yang kata kkida ni seminggu berapa kali gi shopping barang dapor?

sepatutnya seminggu sekali je...dan kkida prefer hari isnin...tapi biasalah...kekadang tu ada je barang yang habis dulu dan tak sempat nak tunggu hari isnin...jadi daripada kkida berebut-rebut dengan orang ramai hari sabtu esok baik kkida gi hari ni...lagi pun esok 'no plastic bag day'...wbp itu bukanlah masalah besar...

hari jumaat juga hari tesco mula memenuhkan barang-barang segar seperti sayuran dan buah-buahan kerana mereka memang jangka hari ni bawa ke esok dan ahad adalah hari orang membeli-belah...memang banyak sayur, buah, ikan dan lauk pauk fresh tadi...
sebelum keluar ke tesco tadi kkida tak breakfast hanya minum kopi...bila sampai rumah je perut dah lapaq...kkida pun buatlah sandwich yang simple habis ni...senang aje...daripada gambar taukan apa bahan yang kkida guna dan cara sediakan sandwich ini...sedap...sebab ada bawang dan daun ketumbar fresh...
kkida guna sardin dalam minyak olive...drizzlekan sikit minyak olive dari tin sardin tu atas permukaan roti dan gril atas pan...dengan minyak zaitun yang sama dari tin sardin kkida sautekan bawang tu hingga lembut...
sapukan mayonnaise atas permukaan roti, jika takda mayonnaise boleh guna sour cream, cream cheese spread, thousand island, salad dressing atau apa jelah yang anda suka...
letak sardin dan bawang, tomato, daun ketumbar fresh dan wallah! siap dah sandwich sardin yang yummy ni...tambah lagi kkida yang buat...heeeeeee....

16 comments:

  1. kak ida, takde rasa hanyir ikan ke buat gitu...sedap je nampak. perut tengah lapar ni...

    ReplyDelete
  2. suka sgt bila kkida guna statement "..tambah lagi kkida yg buat.."
    sbb mmg sedap pn..tgk jer dah tau.air tangan kkida tu buat le pe pn mmg mnjadik pnya.

    ReplyDelete
  3. cheq sue, sadin tukan dah nak hampir lerai kalau kita pegang dia dengan jari...maknanya dia memang dah terlebih masak sesangat...
    sadin tin ni memang utk makan terus dari bekasnya...for light snack terutama bagi org yg travel...

    ReplyDelete
  4. azwa...tulah kkida punya trademark...hehe...sadin tu kalau taknak seketul camtu hancurkanlah
    ...ikut selera kitalah kan..:)

    ReplyDelete
  5. salam kak ida
    nampak mcm best aje.walaupun simple

    ReplyDelete
  6. kak, jenuh nganga sbb besaq sgt tu..hu3

    ReplyDelete
  7. Salam kak ida....wah sedap tuu...saya akan cuba kebetulan baru jer beli sardin jenis tu dekat tesco pagi semalam...Tq kak

    ReplyDelete
  8. yati,
    nampak je besar tapi tak besar mana pun...kalau tengok burger org putih lagi pengsan...hehe...

    ReplyDelete
  9. ezzah,
    sama-sama...eh kat kedah ada tesco ke? hehe...soalan cepumas ni...:)

    ReplyDelete
  10. DKK,
    nampak macam best...rasa lagi best...:)

    ReplyDelete
  11. kak ida...huhuhu...Alor Setar sekarang dah di naik taraf bandaraya tau...ada banyak cawangan Tesco...mai lah Alor Setar

    ReplyDelete
  12. Ezzah,
    kkida orang aloq setaq juga tau...kkida lahir kat HBAS..dok kem tentera tok jalai sampai darjah satu...kampung tok kkida kat titi gajah seberang sungai tu...sama dgn kampung dr mahathir...ramai lagi sepupu kat sana, depa tinggal kat area anak bukit kawasan istana tu...since mak mertua dah dtg dok KL ni kkida jarang dah gi AS, kalau tak every year jalan hingga ke bukit kayu hitam atau perlis...nantilah jika panjang umur mesti sampai lagi...boleh singgah rumah ezzah kan!

    ReplyDelete
  13. kak ida....saya bersekolah di sek anak2 angkatan tentera tok jalai dari darjah 5 sampai darjah 6...masa tu arwah ayah TUDM kami dok dlm kem tok jalai juga...lepas pencen kami pindah dkt titi gajah berdekatan dgn rumah Dr M...kg tunku lat. Saya sekolah menengah dkt alor merah...ramai kwn2 saya dekat area istana tu..ehh kalau mai alor setar jgn lupa singgah umah cek no..sukanya

    ReplyDelete
  14. ezzah,
    kira kita satu lah naa...rumah tok kkida ada lagi kat titi gajah tu, tapi berpuloh tahun dah ditinggalkan...Insyaallah jika ke utara pasti kkida singgah rumah ezzah...syaratnya kena sediakan kambing guling dengan nasi minyak ye...hehe...

    ReplyDelete
  15. kambing guling???...huhuhu boleh no problem sis..jumpa nanti tau

    ReplyDelete
  16. kkida nyakat je...insyaallah jumpa nanti...:)

    ReplyDelete