Sunday, October 16, 2011

apple pear chicken pasta salad with salmon pesto sauce

wah! panjangnya tajuk entri ni...sebabnya kkida tak tau nak pilih which ingredients untuk namakan resepi ni...resepi rekaan sendiri-sendiri...sebenarnya kkida sayangkan buah pear dan apple ni...lama dah beli, tapi depa tak makan...sebenarnya kkida ingat nak buat salad buah...tapi ntah macam mana kkida masukkan sekali angel hair pasta ni...dan akhirnya jadi sedap jugalah sebab kkida guna salmon spread sebagai sos nya...
untuk resepi ni kkida guna 3 biji apple dan 3 biji pear yang comel dan manis sangat ni....potong kiub kecil, jangan buang kulitnya...angel hair pastu tu rebus dulu hingga masak (dalam 200g)...kkida patahkan kepada 3 pasta tu sebelum di masukkan ke dalam air mendidih, so that dia pendek sikit dan mudah di handle...angle hair pasta tak ambik masa lama untuk masak...dalam 5 minit je...
bila dah masak toskan dan ketepikan...bawah ni adalah lepa salmon dalam mayonnaise (salmon spread) kkida guna jenama tc boy 2 kaleng (tin)...putih, cantik, bersih dan sedap...
 rebus 2 keping dada ayam hingga masak...kemudian potong kecil...
campurkan semua bahan kedalam sebuah bekas yang besar...tambahkan 3 sudu besar sour cream, 3 sudu besar mayonnaise, 1 sudu besar pesto sos, 1/2 cawan daun ketumbar cincang, jus lemon dari 1/2 biji lemon, garam dan lada putih secukupnya...
gaul rata...hidangkan segera...sedap kerana buah apple dan pear tu manis...dan sos gravynya menggunakan lepa salmon...
jika nak guna pasta jenis lain pun ok...macaroni dan sebagainya
comfort food yang yummy...tak caya cuba buat...hehe....

No comments:

Post a Comment