Thursday, September 15, 2011

tomato, cucumber, yogurt salad

salam,
lewat kkida bersiaran hari ni...memang agak sibuk sikit...sekarang baru agak free sementara menunggu anak-anak balik dari sekolah dan college...

malam semalam kkida gi dinner rumah kawan lama my dh (school mate)...depa jemput dua couple aje..me and dh, zainuddin and wife (kawan lama mereka juga)...bukan mainlah seronoknya kami bersembang, macam-macam cerita hingga tak sedar dah dekat kul 12 malam...sampai mata tuan rumah dah naik layu, kita orang ni tak reti nak angkat punggung...hehe....sorry ye nik...seronoklah sekali sekala dapat borak-borak cam semalam, terutama bila dengar liza (wife zainuddin) bercerita tentang sikap dan perangai anak-anak muridnya...:)

btw, thanks to nik n her hubby kerana invite kami semalam....walaupun dalam keadaan diri nik yang masih belum betul-betul sembuh, nik masih mampu melayan kami dengan baik....dan hidangan malam tadi memang sangat marveles...kkida ingat nak ambik gambar, tapi rasa seganlah pula...orang semua dah lapar nak makan, kita pula nak sibuk-sibuk dengan camera...

im so impress dengan salad timun dan tomato nik semalam...dan hari ini kkida nak cuba juga buat salad yang sama....dari pemerhatian semalam, deria rasa lidah kkida dan hints dari nik....kkida rasa kkida berjaya jugalah dalam misi menyediakan salad yang sama walaupun tak 100% serupa...tapi adalah lebih kurang rasa dan rupanya....hehe...
oleh itu hari ni...inilah lunch yang kkida prepare untuk famili...no rice....cuma chicken, bake potato and salad...
foto bawah adalah proses membuat salad yang lebihkurang nak sama dengan salad yg kkida makan kat rumah nik semalam....memang sedap...

bahan-bahan yang kkida guna adalah:
2 japanese cucumber, seedless and chopped
3 tomatoes, seedless and chopped
1 large red onion, chopped
2 green chillies, sliced
handfull of mint leaves, chopped
handfull of fresh coriander leaves, chopped
fresh plain yogurt
salt, pepper and sugar

campur semua bahan dalam satu mangkuk dan sejukkan...
bawah ni pula adalah gril chicken menggunakan rempah tandoori...kkida dah banyak kali tunjukkan cara dan resepi gril chicken yang biasa kkida buat...bahan rempah ratus terpulang kepada selera anda dan caranya adalah lebihkurang sama dengan resepi yang lalu...resepi ini kkida campurkan dengan sour cream, salt dan pepper...susun dalam roasting pan dan bakar hingga masak...
since dah tak masak nasi, kkida buat roasted jacket potatoes...guna american russet potatoes....besar dan cepat empuk...
basuh bersih bahagian luar potatoes (jangan buang kulitnya)...cucuk-cucuk dengan pisau atau garfu, drizzle dengan olive oil dan garam...balut dengan aluminium foil...letak dalam dulang bakar dan masukkan dalam oven yang sama dengan ayam tadi...ia akan masak dalam masa lebih kurang 40 minit...
jacket potato boleh di makan pelbagai cara...paling simple camnilah...belah, letak butter atau mayonnaise atau sour cream, then top dengan sos chili, mince beef, seafood...etc...selamat mencuba!

p/s: kkida nak share satu figure yang kkida nanti-nantikan sekian lama....dan akhirnya tadi tepat jam 12 tengahari ia jadi kenyataan....saja suka-suka....hehe...200,000 likes...

thank you kepada semua yang likes page ini....nanti kkida akan share banyak lagi resepi yang simple and sedap....Insyaallah...:)

4 comments:

  1. Salam kak ida.....sekali sekala makan macam ni memang best. Saya akan terus mencuba resepi kak ida. Walaupun simple tapi SEDAP..

    ReplyDelete
  2. lawo menu Kak Ida:)...Kak Ida pun manis sangat :)

    ReplyDelete
  3. ezzah,
    salam...terima kasih suka cuba resepi kkida...Insyaallah sedap...:)

    ReplyDelete
  4. ixora,
    kkida manis sangat...heee...tq...:)

    ReplyDelete