Thursday, September 29, 2011

riccioli pasta and food processor

salam,
kkida berkira-kira tadi samada nak tayang gambar pasta ni atau tidak...sebabnya dah banyak sangat resepi pasta kat blog kkida ni....dah jadi macam makanan ruji pula...italiono food blogger loghat melayu....hehe....

tapi sebab dah takda modal nak share apa pagi ni kkida letak gaklah...bior le youall boring tengok tak habis-habis kkida ni dengan resepi pasta...:)

sebenarnya resepi pasta stail kkida ni sama je dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya...cuma kali ni kkida nak share rupa pasta ni yang unik...bergulung-gulung macam spring...cantik...bila dah rebus pun ia still maintan shape yang sama...comelkan...hehe...nama pasta ni ialah riccioli....wbp, ia hanyalah sebuah nama dan rupa yang berbeza...rasanya...tetap sama...pasta adalah pasta...sangat bland...cuma sosnye je yang boleh membezakan sedap ke tidak hidangan pasta tersebut...
satu lagi apa yang kkida nak share kat sini adalah sosnya yang lain sikitlah cara kkida buat kali ni...nak tau apa lainnya?

...since anak kkida terutama yang kecil sekali tu (tapi badannya yang paling besar...:) suka ketepikan semua sayur mayur yang kkida letak dalam sos pasta everytime....maka kali ini kkida blendkan semua sekali ramuan dalam food processor...kali ni kkida guna daging betul (bukan daging kisar beli siap)...rebus dulu daging tersebut hingga empuk...bila dah sejuk kisar dalam food processor hingga hancur...

kemudian kkida kisar sekali dengan daging bawang besar sebiji, lada benggala hijau besar sebiji, daun basil fresh (banyak)...dan fresh button mushroom...cuma lupa pulak nak letak carrot semalam...
tengoklah rupanya...semua bercampur dan memang tak boleh dah nak pilih-pilih dan tolak sayur ketepi...
kena makan semua...bagusss...seasonkan dengan salt, pepper dan sebagainya...
panaskan minyak zaitun dalam kuali dan masukkan daging mixture dan ready made bottle sos atau tomato sos...masak hingga kering...tambah seasoningnya jika perlu...kkida suka sos pasta manis sikit...
hidang segera ketika panas...taburkan parmesan cheese jika ada....kalau anak-anak kkida kejap je selesai semua...hehe...mungkin ada darah itali dalam badan depa kot...lols...suka makan pasta...

3 comments:

  1. As salam Kak Ida.
    Oh Oeya suka sangat pasta..
    Ada peluang nak cuba yang ni..

    *pssttt! 1st time tau nama pasta ni heheh.. jakun kan!

    ReplyDelete
  2. Kak ida...saya dan anak dara saya pun suka pasta....cuma jarang jarang nak masak sebaba mertua saya tak sentuh langsung...dia betoi betoi melayu tulin tak dak darah campuran itali macam anak anak kak ida...hehehe

    ReplyDelete
  3. All in One!nak tak nak kena makan.Brilliant idea Kak Ida!:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...