Thursday, September 8, 2011

peach cobbler

salam,
kkida biasa buat resepi ni sejak lama dulu...back year 2004...tapi dek kerana resepinya ntah hilang kemana dan kkida pun malas nak mencari kat internet, maka seolah dah dilupakan pula dessert ni...walhal buatnya senang bebeno dan memang jadi favourite my kids...hari ni ntah kenapa teringat nak buat dah kkida pun carilah resepinya yang agak-agak ok kat beberapa website...
dan akhirnya kkida terjumpa kat cooks.com....bahannya lebih kurang sama dengan resepi lama yang pernah kkida buat dulu-dulu....resepi lama tu kkida perolehi dari recipezaar.com yang sekarang ni dah bertukar kepada food.com...
peach cobler ni sedap makan masa suam-suam atau sejuk....serve dengan vanila ice-cream...yummeh!

bahan-bahannya:
1/4 cawan butter cairkan
(tuangkan butter cair kedalam baking pan sederhana besarnya...

1/2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1/2 cawan gula (kkida letak 1/3 cawan)
pinch of salt
1/2 cawan full cream milk
(campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk dan pukul rata, kemudian tuangkan ke dalam butter cair tadi...tak payah kacau)

1 tin besar buah peach (kkida guna steffi's)
sudukan buah peach perlahan-lahan kedalam mangkuk butter dan batter tadi....tak perlu gaul atau kacau...hanya letakkan sahaja buah peach tersebut dan sedikit sirap peach...(lihat foto atas)

bakar pada suhu 180C selama 30 ke 40 minit...

hidang panas atau sejuk dengan ais krim vanilla...
sebelum dihidangkan kkida taburkan sedikit dengan cinnamon powder...

9 comments:

  1. tengah puasa, boleh tumpang tengok, tak boleh tumpang telan air liur, kurang pahala nanti :D
    macam2 boleh buat dengan peach ni Kak Ida eikkkk

    ReplyDelete
  2. ixora,
    sorry ek! nanti buka boleh buat...senang aje resepi ni...selamat berpuasa dan selamat berbuka...:D

    ReplyDelete
  3. kak ida cam sedap jer...cam dah dpt jer rasa peach bakar tuh juicy nyer..mmg kena buat dengan peach je atau leh tukar ke ngan buah2 lain?

    ReplyDelete
  4. perghhh....sedapnya...sejuk rasa tekak ni

    ReplyDelete
  5. Peach cobler, sedap jugak nampaknya. Selamat aidilfitri dan maaf zahir batin jika ada salah silap sepanjang berblog.

    ReplyDelete
  6. nurul,
    buah2an lain pun boleh guna...buah fresh pun boleh...

    ReplyDelete
  7. ezzah...memang sedap...tak caya cuba buat...:)

    ReplyDelete
  8. shasha,
    terima kasih dan selaamt hari raya...maaf zahir batin...:)

    ReplyDelete
  9. salam akak...sue da cuba semlm ..mmg best.....thank akak....so Cp kt blog sue jeee....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...