Wednesday, September 7, 2011

murtabak putu mayam

salam,
banyak le pulak entri kkida hari ni...hehe...sebenarnya mood berblog kkida ni dah mari 100%....tu le sebabnya terlebih rajin hari ni....sampai 3 ntri...:)
ni kira last entrilah ni sebelum tutup buku untuk hari ni....kkida ni sebenarnya nak cuba habiskan bahan-bahan recycle ni...makanan raya hari tu...tulah yang dok mereka resepi yang luar biasa camni nih!
semalam hubby kkida gi beli putu mayam banyak kemain...yang makannye kkida dengan dia je...pi beli sampai 10 keping....pagi ni adalah lebih lagi...dah kering dan kurang sedaplah nak makan camtu je...jadi supaya tak masuk tong sampah baik kkida buat jelah apa yang patut dengan lebih putu mayam tu...

putu mayam ni sekumpulan dengan mee, meehoon, suhun, kueteow dsbnya....bahan asas tepung...bolehlah di jadikan sebagai base untuk hidangan camni...all in one dish....maka jadilah murtabak yang tak berapa nak rupa murtabak ni...:)

sebabnya kkida tak cukup telur masa buat nih...tapi bolehlah nak makan dan nak mengabiskan lebihan makanan....tapi yang bestnya selesai juga tu....hehe...
kkida guna 4 keping putu mayam, 4 biji telur (sebaiknya guna 6 biji telur), bawang besar sebiji, cincang, cili merah sebiji cincang, daun bawang dan sup, cincang juga...dan serunding...

caranya:
panaskan sikit minyak dan masukkan bawang dan cili merah...masak hingga bawang layu, angkat dan ketepikan....
pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sebati dengan garam dan lada putih...
dalam small baking pan, sapukan minyak, susun dua keping putu mayam, taburkan bawang yang di masak tadi, serunding (daging atau ayam), daun bawang dan sup...
layer dua keping putu mayam lagi, tabur bawang, serunding, daun sup dan bawang....tuangkan telur yang dah dipukul tadi...
bakar dalam oven hingga masak...

kkida taburkan sikit cheese kerana tak cukup telur....sebaiknya telur cover semua bahan...masak hingga telur set atau cheese keperangan....angkat, potong dan hidangkan dengan sos...

7 comments:

  1. amboiiiii klasssss gitu murtabak Kak Ida ni yerk

    ReplyDelete
  2. as salam. memang bijak menggunakan lebihan makanan untuk mencipta makanan lain. kalaulah lebih ramai lagi orang yang bijak seperti anda, tidak akan berlakulah pembaziran makanan. Tahniah! :)

    ReplyDelete
  3. kak ida ni selalu menggoda saya tau...nak diet ni!!!...tapi tak tahan tgk..

    ReplyDelete
  4. STAR Q,
    terima kasih atas pujian anda...ada award ke untuk saya...atau ada udang sebalik mee...:)

    ReplyDelete
  5. Ezzah,
    takyahlah diet....hehe....makan selagi lalu makan...nanti dah tak lalu makan kita diet yek!....:)

    ReplyDelete
  6. isy! sy mmg suka resipi yg simple mcm ni1 lebih2 lg yg guna bahan2 sedia ada kat rumah! :-)

    ReplyDelete