Monday, September 12, 2011

mini pepperoni and cheese pastry

petang tadi kkida buat ni...makanan ringkas untuk mengisi perut anak-anak kkida yang tak pernah kenyang tuh!....maklumlah budak jantan hehe...masing-masing tengah nak membesar...tu le sebabnya, tak habis-habis dok menyelongkar peti sejuk...kita nengoknye pun rimas...kejap buka kejap tutup...ntah apa yang depa cari tak taulah...
pastry ni kkida beli lama dah...belum raya lagi...memang ingat nak guna masa raya hari tu...tapi masa bilalah pulak nak berpastri raya-rayakan...since dah takda apa nak di makan petang tadi...kkida pun buatlah apa yang patut dengan pastri ni...

btw...kkida suka share resepi-resepi ringkas camni dengan youall....makanan harian yang simple...dan kkida bukan buat ni semata-mata kerana blog....dari belum kkida berblogging lagi kkida memang masak camni...cuma bila dah ada blog ni bertambah seronoklah kkida nak pelbagaikan cara masakan, bahan masakan dll...so ada gaklah faedahnya menulis blog nikan...selain anak-anak kkida kenyang dapat makan macam-macam kkida juga seronok boleh share apa yang kkida masak dan simpan sebagai koleksi masakan kkida...:)
ok, jomlah kita tengok apa yang kkida buat dengan pastri ni kali ini....seperti biasa kkida suka guna pastri kawan...potong dua dan kemudian potong menjadi segitiga (sekeping pastri dapat 4 keping segitiga)
...cheese tu pula potong 2 kemudian potong serong seperti foto atas...so sekeping cheese dapat 8...guna pizza cutter, lebih mudah...
 bahan-selain pastry dan cheese...pepperoni...
letak pepperoni dan kemudian cheese atas pastri yang dah berpotong tadi...gulung kemas-kemas (seperti foto)....
susun dalam dulang bakar yang telah di spray dengan minyak...sapu kuning telor...kemudian taburkan dengan bijan (optional)...
bakar dalam preheated oven selama 20 minit lebih kurang atau hingga keperangan...serve dengan sos dan mayonnaise...kalau anak-anak kkida seketul tu sekali ngap je...hehe...
finger food camni memang sesuai sangatlah untuk birthday anak-anak kecil...
since pepperoni habis half-way tru....dan ada yang belum makan lagi...kkida pun selongkarlah freezer cari apa yang ada nak kawankan dengan pastri yang masih berlebih...

terjumpa otak-otak ni yang kkida beli dari jaya grocer...sedap juga...potong nipis...letak atas pastri dan tambahkan cheese...gulung dan bakar dalam oven hingga masak...
 kkida cucuk dengan cungkil gigi ni sebab tak mau dia kembang dan merekah...

8 comments:

  1. Salam Kkida. what a nice finger lickin good food. Must try ni!

    ReplyDelete
  2. tak tahu pun teknik mencucuk dengan cungkil tu...thank you Kak Ida berkongsi ilmu.tu yang blog Kak Ida jadi satu kemestian utk saya teropong setiap hari..Best!

    ReplyDelete
  3. ixora,
    sama-sama...and tq kerana teropng kkida setiap hari...:)

    ReplyDelete
  4. kda yg tak pernah kering idea....:)...jom cuba

    ReplyDelete
  5. salam k ida, wah banyak makanan y boleh jumpa dalam peti ais .. best la camni ;)

    ReplyDelete
  6. wow thats so tempting recipe...luks too gud.

    ReplyDelete
  7. Suka...suka...suka...tak yah nak pegi beli dkt kedai lagi...boleh buat sendiri...stok pun ada...Tq kak ida

    ReplyDelete