Wednesday, September 7, 2011

grill tortilla, serunding dan cheese

salam,
kejap je dah hari rabu...apa kabar kawan-kawan yang dah mula bertugas?...kkida juga dah mula bertugas seperti biasa...tugas yang tiada penghujungnya...selagi kaki mampu melangkah dan tangan mampu di angkat...hehe...semua orang pun camtukan....mana boleh nak duduk goyang kaki je...:)...nak makan pun kena suap ke mulut...
beberapa hari yang akan datang ni kkida nak menghabiskan makanan-makanan raya dan sebelum raya yang berlambak dalam peti ais...semalam kkida buat kari ayam pencen....kkida tak ambil pun photonya sebab dah selalu sangat tayang gambar kari....nanti jemu pulak youall tengok..."kkida ni takda modal lain ke, asyik kari, kari, kari..."

ayam pencen tetap ayam pencen, dagingnye liat kalah daging lembu...nasib baik ada pressure cooker...kalau tak jenuhlah gas nak merebus hingga 2 jam...

...dan pagi ni kkida berkritip lagi...since banyak benar serunding lebih raya tu hari...kkida terpaksalah mereka-reka supaya serunding ni digunakan....kalau tak nanti hingga raya haji pun dok ada lagi serunding ni dalam peti sejuk...
tortilla bread ni pun kkida beli dah lama dah...angan-angannye nak buat masa bulan posa hari tu...tapi tertangguh-tangguh...banyak benar halangannya....pagi ni dah takda apa nak dimakan untuk sarapan aiman dan atman nak kesekolah, maka kkida pun pergunakanlah apa je bahan yang ada...
 totilla tu kkida sapu dulu dengan mayonnaise, lepas tu letak serunding banyak-banyak...akhir sekali taburkan cheese....tak nak letak cheese pun ok tapi macam tak lengkap je rasanya roti tortilla tanpa cheese...kombinasinya menyedapkan lagi roti tortilla ini...
letakkan sekeping lagi tortilla atas bahan-bahan tadi dan grill/bakar dalam oven sehingga keperangan atau rotinya crispy...potong dan hidangkan ketika masih panas....

7 comments:

  1. saya pun suka serunding, makan gitu je pun tak per..tapi tak boleh selalu, jem digest system nanti :D
    untung aiman/atman dapat bonda macam Kak Ida yang pandai masak..best!

    ReplyDelete
  2. salam..k.ida,

    nak tnya pendapat k.ida, saya nak wat open house, tak nak menu berat tapi simple dan ringkas..boleh tak k.ida cadangkan menu yang sesuai dari blog k.ida...sbb menu k.ida sumanya sedap saya tgok smpai rambang mata...hihihi..sayang k.ida!

    ReplyDelete
  3. ixora,
    kembang kkida...janganlah puji sangat...hehe...thanks...

    ReplyDelete
  4. Azleyna,
    menu ringan?
    goreng-goreng...macam meehoon goreng, mee, kuehteow atau pasta macam spaghetti (senang sekali)...roti jala dengan kari ayam pun senang juga atau nasi impit kuah lodeh atau sup soto...karipap, popia goreng, dan kalau kkida cucur udang/jagung pun dah ok...kalau dessert kkida suka buat trifle atau muffin cupcake je atau bubur/pengat apa-apa pun ok...:)

    ReplyDelete
  5. askum kak ida...saya ada stok roti tu...ingat nak buat masa bulan posa untuk makan sahur at last sampai sekarang dok simpan...terimakasih kak ida...nampak sedap..

    ReplyDelete
  6. ezzah pun cam kkida juga...suka beli pastu simpan lama-lama...kalau gi shopping barang dapur tu semua nak belikan...pastu perap lama-lama...:)

    ReplyDelete
  7. sama mcm quesadilla kan? klu letak atas kuali non-stick tanpa minyak pun boleh jugak! sy pun baru menghabiskan stok tortilla sy! :)

    ReplyDelete