Wednesday, September 7, 2011

daging masak hitam...

makan daging kerbau tak?....kkida ni tibai semua...kerbau, kambing, lembu, itik, rusa, ayam pencen...semua makan....cuma daging arnab je yang tak lalu nak telan...hehe...
seperti yang kkida mention pada entri lepas...kkida ni sebenarnya dalam proses menghabiskan apa yang ada dalam peti sejuk....daging kerbau ni kkida beli kat tesco sehari sebelum raya hari tu....sebenarnya nak cari daging lembu, tapi sebab masa tu dah habis so kkida beli le daging kerbau ni...janji daging....tetapi bila kkida sampai kat rumah hari tu dari tesco, tengok hubby kkida dah beli daging lembu sampai 6kg...maka berlambaklah daging dalam freezer....ditambah pula dengan ready-made rendang yang berpack-pack...
hmmmm......memang naik le darah kkida makan daging tak henti-henti....

itu le cerita mengenai daging kerbau ni....tapi sebenarnya daging kerbau lebih pejal dan kurang lemak berbanding daging lembu...mungkin lebih baik rasanya dari segi kesihatan...

berbalik pada resepi yang nampak gelap sesangat tu....sebenarnya resepi ulangan...cara masaknya camni;
buat bawang goreng banyak-banyak (terpulang banyak mana yang anda suka), kemudian blender hingga lumat (atau tumbuk pun boleh)....daging tu pula potong kecil-kecil dan samada goreng atau rebus dulu supaya empuk....kkida memilih untuk rebus hingga kering airnya....

step 2;
panaskan minyak dalam kuali....masukkan beberapa sudu cili blender (terpulang kepada tahap kepedasan yang anda suka)....goreng 3,4 minit....kemudian masukkan bawang goreng blender tadi....kacau kejap, kemudian masukkan daging yang dah empuk tadi dan kacau sebati...biar kering macam rendang....tambahkan kicap manis, kicap biasa banyak-banyak sehingga warnanya hitam....garam, gula dan perisa....

satu penambahan untuk resepi ini ialah kkida masukkan beberapa sudu kerisik....saje je....so jadilah resepi ni ala-ala rendang kicap....sedap tau....rasanya manis pedas....:)

2 comments:

  1. Black is beauty...sedap nampak tu.kalau nak cuba resepi masak hitam Kak Ida ni kena tukar daging biasa nampaknya sebab saya tak makan daging kerbau :)

    ReplyDelete
  2. Resepi mak sy pulak, selain dr bahan2 biasa utk masakan masak itam ni, bawang goreng tu mak gunakan bawang besar digoreng lepas tu diblend. Tomato puree plak mak sy akan masakkan dengan minyak dulu hingga pecah minyak. Buah kurma diblend. Kicap pekat cap unta dan kicap biasa.

    ReplyDelete