Tuesday, September 6, 2011

ayam goreng rangup ala kfc

Alhamdulillah,
hari ni mood ber belog kkida telah datang semula....hehe....walaupun baru 77%...

hari ni kkida nak share resepi ayam goreng yang sangat simple dan rangup ala-ala kfc...kkida rasa ramai pun yang tahu goreng ayam camni...tapi takpalah kkida nak share juga....mungkin ada yang tak pernah buatkan!

this is a very simple version of my ayam goreng...youall boleh tambah apa saja bahan-bahan seperti rempah ratus, herba, perisa kepada bahan-bahan asas ini untuk menambahkan kesedapannya...

bahan asas adalah seperti berikut:
ayam sederhana besar potong 8 atau 12
garam dan kunyit
telur
tepung gandum
minyak untuk deep fry

caranya...
bersihkan ayam...buang kulit jika tak suka makan kulit ayam....perapkan ayam dalam setengah jam atau lebih dengan garam dan kunyit....panaskan minyak banyak dalam electric  fryer atau deep frying pan....180C...
celup ayam dalam telur dan kemudian lumurkan sepenuhnya dengan tepung gandum...goreng dalam minyak panas hingga kekuningan...hidang panas dengan sos dan mayonnaise...

sebenarnya inilah pertama kali kkida goreng ayam macam ni...sedaplah pulak...

anda boleh tambahkan perisa lain masa perap ayam tu...seperti kicap, sos tiram, sos tomato, sos lada hitam dsbnya....lebih lama perap lebih baik sebab bahan perisa ini akan meresap kedalam isi ayam dan menjadikan ayam tu lebih chewy lagi...
Tefal deep fryer, kkida beli baru-baru ni....mudah juga guna deep fryer macam ni...mudah mengawal suhunya...kekurangannya hanyalah penggunaan minyak yang banyak....
selain campurkan bahan kepada ayam anda juga boleh campurkan herba kering dan serbuk rempah ratus kering seperti daun pasley kering, basil, mix italian herbs, lemon, serbuk ketumbar, jintan, lada hitam, rempah kari ayam, rempah kurma dan sebagainya kepada tepung...hasilnya salutan ayam anda akan beraroma dan lebih sedap....cubalah...

ayam goreng ni kkida buat masa bulan puasa hari tu....:)




6 comments:

  1. he he he...77% baru... okeh la tu kkida dari semalam 51 kan??

    ReplyDelete
  2. tumpang tengok..(udahlerr tengah lapar ni!):D

    ReplyDelete
  3. cheq sue,
    Insyaallah esok bertambah beberapa peratus lagi...hehe...tq

    ReplyDelete
  4. ixora,
    my best ever blog follower...thank you...

    ReplyDelete
  5. nak kena cuba lah kak ida...mesti sedap...tq kak ida. Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  6. ezzah,
    terima kasih...selamat hari raya buat ezzah sekeluarga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...