Sunday, August 28, 2011

selamat menyambut hari lebaran...

Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Illahi...saat yang kita nantikan kini menjelma kembali...setelah sebulan berpuasa kini tiba masanya kita bergembira...tiada kata yang dapat kita ungkapkan betapa bahagianya kita di hari raya...dari yang baru ngerti apa itu hari raya hingga ke peringkat toknek yang uzur masih mahu menikmati indahnya syawal...

di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua kaum keluarga...mak, mak mertua, adik beradik, ipar duai, mak saudara, bapa saudara, sepupu sepapat, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai yang mengenali diri ini...since sekarang ni tiada lagi kad ucapan raya macam dulu-dulu selain facebook, maka blog inilah yang berfungsi sebagai salah satu medium komunasi paling berkesan since saya tidak aktif bermuka buku secara personal... 

buat rakan-rakan blogger yang kini menjadi sahabat komunikasi....walaupun kita tidak pernah bertentang mata dan bersalam-salaman...saya rasa sangat gembira kerana terjebak ke dalam dunia blogging ini dan seterusnya dapat berkenalan dengan kalian...disini kkida juga ingin memohon maaf jika selama hari ni pernah terkasar bahasa tatkala syioknya menulis sesuatu entry...maklumlah kita ni manusia biasa, pasti ada melakukan kesilapan...maaf ye!

entri ini mungkin entri terakhirlah agaknya...sehingga 1 syawal...:)...esok memang agak havoc sikitlah...
banyak perkara lagi yang belum settle...pagi-pagi esok terpaksa bekejar ke tesco jap...last minute shopping, selain tu nak mencari fresh flower/plants kat nursery sekitar sungai buloh...nasib baiklah rendang dah siap saya masak sejak dua hari lepas dan lemang my dh dah tempah 10 batang...memang lega banyak jugalah...decorative cupcake saya tempah dengan my sis kkjun from cupcakekasih untuk dihidangkan pada anak-anak jiran sekampung yang datang beraya nanti...jika sempat ingat nak bakar sejenis dua kek esok...jika tak, tunggu bila ada kelapangan...:)

semuga kita dapat meraikan hari yang mulia ini bersama keluarga tercinta dan manafaatkan sepenuhnya masa bersama mereka....

salam sayang dari kkida @ 1001resepi buat semua...

foto-foto di bawah ni memang menjadi tradisi kkida sekeluarga sejak beberapa tahun kebelakangan ni....di pagi syawal...sebelum tamu tiba kkida anak beranak beraksi terlebih dahulu depan camera...hehe...

selain gambar serius...depa suka ambik gambar merapu cam ni...sila abaikan muncung hubby kkida tu...dan aiman yang korek lubang hidungnya tu....lol...tumpukan perhatian anda pada wanita berbaju putih dan bertudung putih tu...:)
yang ni raya 2009...tema pakaian tahun ni adalah biru muda....yang ni gambar separa candid...
dan bawah ni raya tahun lalu 2010...gembiranya dihari raya...
ok, sampai disini dulu...Insyaallah, jika panjang umur kita sambung pula cerita-ceriti di hari raya...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal 'Aidin wal-Faizin

p/s: kkida dah add shoutmix kat sidebar tepi tu...yang tu cepat sikit nak sembang compare dengan komen kat bawah setiap entri...jangan segan silulah ye...jika nak bersoal jawab dengan kkida...

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya kak... maaf zahir dan batin..
    semoga hari raya ni membawa seribu pengertian untuk akak dan keluarga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...