Saturday, August 27, 2011

rendang, inti karipap dan honey conflakes

salam,
Alhamdulillah...Insyaallah...tinggal 3 hari saja lagi sebelum Syawal menjelma...sedih pula rasanya nak meninggalkan Ramadhan ini...tahun depan belum pasti kita akan ketemu lagi dengan bulan yang mulia ini...

hari ini pasti ramai yang berada diatas jalan raya menuju ke kampung halaman...pandulah dengan cermat...ingatlah orang yang tersayang yang menanti anda di kampung...

sejak 5 raya yang lalu kkida tidak pulang beraya ke kampung...beraya di rumah sendiri...anak-anak pun dah besar panjang...mak pula yang datang beraya dengan kami...:)

tahun ni mak mertua juga tak balik kampung...dah uzur sangat dia dan tak mampu lagi nak pulang beraya ke Bukit Mertajam...rumah pun telah lama di tinggalkan kosong...kalau balik memang jenuh nak mengemas...oleh itu baiklah beraya di tempat yang kita rasa selesa dimana jiran tetanggganya telah kita anggap seperti saudara mara kita sendiri...

Insyaallah raya kedua semua adik beradik kkida akan datang dan berkumpul di rumah kkida...hingga hujung minggu...Alhamdulillah happy rasanya...

oleh itu bagi menyambut Syawal dan ramainya tamu dan keluarga yang akan berkunjung, sejak kelmarin kkida telah memulakan projek masak-masak...dan projek ini akan bersambung hari ini esok dan lusa...selain nak mengemas rumah dan menyediakan apa yang perlu...buat pelan-pelan...ikut kemampuan mana yang boleh...
memulakan projek memasak...pagi semalam kkida buat rendang ayam...2 ekor dulu...rendang pedas biasa stail mak kkida...ini je rendang yang hubby suka makan...
rendang yang dah masak kkida packkan dan sejuk bekukan....bila nak makan keluarkan satu dan panaskan....hari ni nak masak lagi 2 ekor ayam....dan hari senin sehari sebelum raya lagi 2 ekor...rendang daging mungkin hari isnin...beli daging fresh dari pasar....selain frozen rendang yang telah kkida siap beli dari Hanim from Seha FF...
yang ni pula inti karipap....buat siap...Insyaallah hari ni jika ada kesempatan kkida nak siapkan projek karipap ni...nak frozenkan juga....nak makan keluarkan dan goreng...karipap panas....selain karipap hari ini atau esok kkida nak buat cucur badak yang akan di bekukan juga...dua kueh yang memang sesiapa pun tak akan tolak....

kurang daging semalam....oleh itu nak kena tambah telor rebus sikit untuk sedapkan karipap ni...
instant dadih strawberry...untuk buka puasa semalam...
malam tadi anak kkida hani buat honey conflakes ni...resepinya dia ikut resepi yang tedapat pada kotak kellogg's conflakes...sedap juga....
oleh kerana keletihan kkida tidur awal semalam dan hani habiskan projeknya ni dengan bibik....bangun pagi ni kkida ingat nak ambik gambar....tengok dia dah siap tapekan bekas ni...jadi tak dapatlah nak ambik gambar yang proper....jadilah tengok kot luar ni je....hehe...raya esok kita ambik gambar lagi....
jika rajin kkida teringin nak buat german cookies yang menjadi sebutan ramai sekarang ni...bahannya semua ada...dan juga conflakes cookies (nak ikut resepi yang sedap dari AWW)...dan juga lemon cheese cupcake...hmmm....banyaknye nak buat....sempat ke...:)

6 comments:

  1. Salam Aidilfitri buat Kak Ida dan keluarga.. Wah sedap2 sungguh juadah di atas..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya...terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Semoga selesai segala projek yang dirancang.
    Selamat hari raya dan maaf zahir batin. ;)

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum kak :)

    seronoknya tengok masakan2 akak..terasa mcm esok betul2 nk raya je, hehe..

    selamat hari raya kak Ida, maaf zahir dan batin.. minta halalkan resepi2 yg telah dicuba, semoga Allah memurahkan rezeki akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih Shasha...selamat hari raya juga dari saya...:)

    ReplyDelete
  6. ZZ,
    selamat hari raya juga dari akak...semua resepi telah akak halalkan...semuga Zack berbahagia bersama keluarga tercinta di aidil fitri ini...yg pergi pasti akan berbahagia di SANA...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...