Saturday, August 6, 2011

pizza pastry kawan

salam kepada semua,
tamatlah sudah ramadhan hari kelima...cepatnya masa berlalu...

apa juadah berbuka anda hari ini?
hari ni saya prepare something special jugalah untuk anak-anak...pizza...pizza yang senang di sediakan...

ketika shopping barang dapor kat jaya grocer hari tu, ternampak pastry terbaru ni...(foto bawah)...adik beradik dengan pastry kawan yang biasa saya guna sejak azali lagi...hehe...dan pastri ini adalah keluaran terbaru mereka...flexi pastry, pelbagai kegunaan...saya memang suka bermain (masak) dengan pastri..cuma malas nak buat pastri sendiri...:)
since dekat bungkusannya tu ada gambar pizza, maka apa lagi kita pun beli le...nak buat pizza senang...malas nak menguli tepung...selain pizza, pastri ni boleh di gunakan untuk buat fruits tartlet dan berbagai kegunaan lain...
supaya cheese pizza tak leleh ketepi, saya letak border kat tepi pizza ni dengan menggunakan pastri yang sama...gunting pastri masa tengah keras...kemudian letaklah apa je topping yang youall suka...utk pizza kali ni, saya letak ready cook chicken steak yang beli dari giant, sliced white button mushroom, cheese and pasta sos...
dan yang bawah ni pula adalah seafood pizza and sundried tomato...saya guna udang, ready cook can sardines, white button mushroom, sundried tomato, prego cheese pasta sauce dan cheese...
yang atas ni saje je kkida letak border bersilang camni...bahagi 4 section and each section ada different topping...bolehlah kita namakan pizza 4 topping...bahagian border kkida sapukan dengan kuning telur supaya bila bakar nanti nampak cantik...
overall pada pendapat saya sedap jugalah pastry flexi kawan ni...sesuailah bagi mereka yang tak berapa rajin nak menguli roti pizza cam kkida ni...hehe...next time nak cuba guna pastri ni untuk manisan pula...:)

bawah ni saya nak update sikit mengenai masjid Hidayah...last weekend seorang hamba Allah iaitu AS memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM300 untuk kegunaan Masjid Hidayah...semalam kak mah (ajk masjid) ke nilai untuk beli beberapa barangan yang MH perlukan dan untuk duit sumbangan AS tu kak mah beli barang seperti foto dibawah ni...
stainless steel chafing dish sebanyak 8 set...setiap set berharga RM45...jumlahnya RM360...menurut kak mah, mereka lebih memerlukan set ini berbanding tangki air minuman...kepada AS dan semua yang telah bermurah hati memberikan sumbangan, sekali lagi ajk wanita MH mengucapkan berbanyak terima kasih... Insyaallah segala budi baik kalian akan mendapat pembalasan di kemudian hari...:)  

9 comments:

  1. akak..klau sy dtg sni..msti jd lapar..hehe..

    jom bca tmpt sy..
    http://itqannajah.blogspot.com/2011/08/22-dah.html

    ReplyDelete
  2. really like ur cooking style... and of coz the food... thanks kak ida... sbb post gmbr instant pastry kawan... dpt lah gmbran cane rupe ny...

    ReplyDelete
  3. tahniah kda, siapa sangka..through blooging ramai yang dapat beramal....not just eating stuff but sharing n caring too..:)

    ReplyDelete
  4. salam,
    akak dah lawat blog cikgu Nasiha...:) nice...

    ReplyDelete
  5. Jaja,
    sama-sama...pastry mudah diperolehi kat mana-mana supermarket.

    ReplyDelete
  6. NBK,
    yes, jika boleh memang nak beramal tru blog ini...bukan setakat share resepi and food only...

    ReplyDelete
  7. memang sedap la nampak pizza tu, yet so simple ngan pastri segera...

    ReplyDelete
  8. kkida, semalam saya buat pizza ni tapi jadi tak cantik macm akak bakar.kkida guna temperature berapa? saya bakar guna 250'c, agaknya sbab tu kering.

    ReplyDelete
  9. Yan,
    apa saja yang akak bakar dalam oven akak akan guna temperature 180C atau 350F...atau ikut arahan pada resepi anda...dah pastikan oven di preheat dulu ye...

    ReplyDelete