Sunday, August 28, 2011

menjelang syawal...

salam,
menjelang syawal...pagi-pagi subuh 2 hari menjelangnya syawal, saya masih mampu menulis blog...rakan-rakan blogger pasti amat sibuk pagi ni, mana nak menyiapkan kueh, menganyam daun ketupat, mengacau dodol dan wajik dan bermacam lagi kerja yang menanti...

tahun ni saya raya secara sederhana je...wbp...sederhana atau tidak letih jugalah...hehe...semalam saya berjaya menyiapkan 2 ekor lagi rendang ayam yang telah pun selamat di bekukan...sebelum ni sehari sebelum raya baru masak itu ini...memang banyak sangat yang nak di buat sampai rasa macam tak sempat je....tahun ni saya terpaksa buat macam ni (masak awal dan bekukan) kerana rasanya dah tak mampu nak terkejar-kejar seperti tahun-tahun yang lalu...

kejap lagi nak gi pasar minggu sungai penchala...memang pasti pagi ini keadaan kat pasar tu macam orang nak berperang...terutama sekali gerai yang menjual daging dan ayam pencen...ikan-ikan dsbnya...

pelik gakkan...walhal raya yang sebenar-benarnya hanyalah hari raya pertama di mana tetamu memang ramai dan hari itu saje orang nak jamu beria-ia....masuk hari raya kedua rasanya kurang dah yang hidang makanan berat ni...sesetengahnya hanya biskut raya je...dan lebihan rendang serta ketupat semalam...tapi mengapa tatkala membeli lauk pauk sehari dua sebelum raya tu macam tak cukup-cukup...
(tapi kkida memang sentiasa cuba sediakan sesuatu jika tamu yang nak datang beraya talipon terlebih dahulu sebelum datang...paling tidak pun mee goreng pasti ada....hehe...)   

berbalik kepada kisah semalam....kkida rasa seronok dan teruja sangat bila berjaya buat cookies ni...walau pun rupanya tak seindah biskut yang di buat oleh mereka yang pro dalam membuat cookies...tapi bolehlah...kkida pasti rasanya tak lari...cuma seninya tu kurang...

kkida teringin sangat nak buat cookies ni bila terbaca beberapa blog yang menyebut-nyebut nama cookies ni...bila tengok bahannya sikit je...cuma ada 4 bahan dan kebanyakkan yang dah buat kata sedap...

since semuanya kata sedap,  pagi semalam kkida pun buatlah...follow recipe exactly....wbp towards nak bulatkan doh kecil-kecil kkida terpaksa tambahkan tepung sedikit-sedikit kerana adunan agak lembik...ini mungkin sebab kkida pukul mentega dan gula lama sangat....

bahan-bahannya adalah seperti berikut:

125g mentega
40g icing sugar
125g tepung kentang
80g tepung superfine

pukul mentega dan gula icing hingga kembang...masukkan tepung dan gaul sebati...(tambah tepung sedikit-sedikit jika perlu sehingga adunan boleh di bentuk bulat dengan jari...kkida tambah sekitar 3 sudu besar lagi)...bentukkan doh bulat-bulat kecil...susun atas dulang dan tekan dengan garpu...bakar pada suhu 170C selama 12 ke 14 minit...
inilah rupa cookies german kkida tu....kkida bahagi 2 doh dan warnakan hijau dan merah supaya kelihatan ceria sempena syawal ini...masa nak gentel bulat cubitkan sikit merah dan hijau dan guling atas tapak tangan...tekan dengan garpu dan kkida taburkan sikit dengan castor sugar supaya nampak cantik...

untuk resepi ini kkida ingin beri credit kepada Rima ....terima kasih kerana share resepi yang marveles ni...:)...kkida punya cookies ni nampaknya hudoh bebeno berbanding cookies yang di buat oleh Rima, putih bersih...definitely kkida akan simpan resepi ini dalam hati dan akan selalu membuatnya...sebab senang dan sedap...:)

...terima kasih juga pada kjee dan k.nor kerana saya terpaut pada cookies ni apabila melihat kalian berdua membuatnya...:)
bawah ni pula kkida buat conflakes mini muffin...nantilah kkida share resepinya later yek....sekarang ni dah nak kena bergerak...nak gi berebut-rebut apa yang perlu kat pasar minggu tu....:)

6 comments:

  1. selamat hari raya k.ida.. halalkan resipi dan ilmu yg diceduk dr blog k.ida ni ya..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya buat Nor juga...kkida halalkan...apalah sangat resepinya tu...:)

    ReplyDelete
  3. salam,

    kak ida, tepung kentang ni tepung apa yea? Memg kalau beli kat kedai dia tulis tepung kentang?

    salam ramadhan dan syawal.

    rina

    ReplyDelete
  4. salam rina,
    ye kkida beli brand tesco...namanya tepung ubi kentang/potato starch...
    salam ramadhan juga buat rina sekeluarga...tk...

    ReplyDelete
  5. salam kak ida.. suka sngt tngk resepi2 dn coretan2 kak ida kt sini.. salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri buat mas jua...terima kasih kerana suka dengan celoteh kkida kat blog ni ya...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...