Saturday, August 20, 2011

ice-cream cookie sandwich

hehe...orang sibuk buat biskut raya kkida pun sibuk buat biskut juga...kita pun tak mau ketinggalan...:)
tatkala kkida jalan-jalan ke beberapa website mencari resepi biskut yang senang dan mudah dibuat...kkida ternampaklah gambar ice-cream cookie sandwich yang nyum! nyum! sangat...tambahanlah pula bulan posa ni...memang betul-betul tergugatlah...hehe...

so, dari cadangan nak buat biskut raya, kkida melencung ke biskut lain pula...tapi takpalah...biskut juga namanya tu...hehe...lagi pun kkida tengok ramai kenkawan blogger sedang rancak buat cookies raya sekarang ni...mat gebu, mamafami, ita masam manis, kjee, izah muffin lover dll...so memang anda tak ketandusan idealahkan...

resepi biskut ni senang sangat....meh kkida share resepinya ye...kkida perolehi resepi ni dari youtube...
manalah tau kot-kot ada yang nak buat as a dessert for anak-anak buka puasa petang ni....

bahan-bahan:
1/3 cawan gula castor
1/3 cawan gula perang lembut
1/2 cawan mentega
1/2 cawan peanut butter (since kkida takda peanut butter kkida guna choc hazelnut spread...)
1 biji telor
1 1/2 sdt baking powder
1 1/2 sdt baking soda
1 sdt garam
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan semi sweet choc chip
caranya:
campur gula, gula perang, butter dan peanut butter/hazelnut spread dalam sebuah mangkuk dan pukul dengan hand mixer hingga sebati (foto bawah), masukkan telur dan bahan kering (kecuali choc chip), mix hingga sebati...masukkan choc chip dan gaul rata...

sudukan kedalam baking tray (dalam satu sudu besar) dan bakar dalam preheated oven selama 10 ke 12 minit pada suhu 180C...sejukkan dan simpan dalam balang...
pukul hingga kembang macam ni...
since ni bulan posa, tak sangguplah kkida assemblekan ice-cream sandwich ni....karang takut terlupa dan menjilat jari pula...hehe...tapi InsyaAllah malam nanti jika ada kesempatan kkida akan sandwichkan biskut ni dengan vanilla ice-cream dan nak coatkan tepinya tu dengan chop nuts atau choc chips...hmmm....kecur air liur tengok foto bawah ni...resepi ni sesuai sangatlah untuk anak-anak kecil...
bawah adalah ice-cream yang telah kkida sandwichkan dengan biskut yang kkida buat petang tadi...

7 comments:

  1. Salam kak ida, nampak sedap sgt bahan pun senang. Nak tye biskut ni jenis rangup ke chewy yer?

    ReplyDelete
  2. Salam Nadya,
    jenis rangup...sesuailah untuk sandwich aiskrim...tapikan lepas iftar tadi kkida rasa kena reducekan kuantiti gula to 1/3 cup aje...kkida dah ubah kat resepi...its too sweet tambah pula dengan ice-cream...:)

    ReplyDelete
  3. Ok time kasih byk2 ye kak ida. Rase x sabar pulak nak cuba  saya copy resepinye yer !! Tq

    ReplyDelete
  4. Salam auntie ida,

    Nak tanye, pukul gula &mentega & bahan2 lain tu sampai kembang mcm buat kek ke?

    ReplyDelete
  5. fiffa,
    tak perlu kembang sangat...asal dia bercampur dan agak berkrim sikit dah cukup...

    ReplyDelete
  6. Thanks Auntie Ida untuk tunjuk ajar.

    Tapi saya ada nak mohon tunjuk ajar lagi.Hehe~

    Auntie, kalau tanak gune brown sugar boleh tak?

    Adakah cookies saya takkan jadi?

    ReplyDelete
  7. fiffa, kalau tak nak guna brown sugar pun takpa, jadi...tapi kenapa tak nak guna brown sugar?brown sugar better compare to white sugar...

    ReplyDelete