Thursday, August 11, 2011

chili bean soup n cornmeal bread

salam, nampaknya kkida sempat letak gambar je...mata dah kelayuan...tak boleh nak fikir dah apa yang nak tulis ni...Insyaallah, esuk kkida sambung cerita ye...
ok sekarang ni baru nak sambung cerita yang terhenti semalam...untuk resepi cornbread ni, saya dapat dari internet...tak ingat website mana, lama dah saya simpan resepi ni...semalam nak cuba juga buat resepi ni kerana ramai yang komen kat website tu kata ini adalah resepi cornbread yang terbaik....setelah mencubanya kkida dapati memang betul, one of the best cornbread recipe yang kkida pernah buat dan buatnya pun mudah...

bahan-bahan:
1/2 cawan butter
1/3 ke 2/3 cawan gula....terpulang kepada citarasa anda....kkida cuma letak 1/3 cawan lebih sikit je...
2 biji telur, pukul sikit je
1 cawan buttermilk
1/2 sdt baking soda
1 cawan cornmeal
1 cawan tepung biasa
1/2 sdt garam

cara buatnya:
1) panaskan oven ke 175C...grease baking pan 8"
2) cairkan butter dalam deep frying pan medium size...alihkan dari api, masukkan gula....kacau...masukkan cepat telur dan pukul dengan balloon whisk hingga sebati....
3) campurkan buttermilk dan soda ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati...
4) masukkan campuran tepung, cornmeal dan garam dan kaup balikkan dengan spatula hingga semua bahan bergaul rata...
5) tuangkan ke dalam baking pan yang telah di gris tadi dan bakar antara 25 ke 35 minit...

hidangkan dengan chili bean soup...
chili bean soup recipe...sebenarnya terdapat banyak resepi ini di internet...anda cuma perlu buatkan perbandingan antara satu dengan lain dan adjust ingredient mengikut selera anda....resepi ni kkida campur, tolak dan bahagi dari beberapa resepi di website...hehe...

bahan-bahan:
mince beef/mutton
1 biji bawang besar putih, cincang
3 ulas bawang putih, hancurkan
lada benggal merah dan hijau, cincang (optional)
celery, cincang (optional)
button mushroom, cincang (optional)
1 tin tomato juice/soup
1 tin tomato, cincang
1 tin pinto bean
1 tin chili bean
1 kotak sederhana vegetable stock liquid atau 1 kiub vegetable
chili powder, cayenne powder, cumin powder
fresh coriander, chopped

method:
panaskan 3 sudu besar minyak olive/canola...masukkan bawang besar cincang dan bawang putih...kacau hingga wangi...masukkan mince beef dan masak hingga beef berubah warna...masukkan semua bahan lain...jika anda guna cube kena tambahkan sikit air...kuantiti terpulang kepada jumlah kuah yang anda suka...masukkan 1 sudu teh cumin powder dan cili powder, salt and sugar...masak hingga mendidih...perlahankan api dan renih selama 15 ke 20 minit...masukkan chop coriander...hidang panas dengan corn bread...

6 comments:

  1. kak, pliz bagi recipe..sedapnyee..

    ReplyDelete
  2. salam kak ida, cornmeal bread ni kena makan ngan chilli bean soup ke... boleh tak kalo kita makan ngan laukberkuah yang lain.. makan gitu sahaja pun boleh tak?.. tak penah rasa lagi jadi tak tau rasa cornmeal bread tu.. heheh orang kampung la kata kan..

    ReplyDelete
  3. salam yami,
    sebenarnya boleh makan camtu je...tapi lebih sedap makan dengan sup...kalau nak makan dengan sup kurangkan manisnya...:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya..teliur sy kak..

    jom baca d sni..*penting utk tahu*
    http://itqannajah.blogspot.com/2011/08/perhatian-utk-semua-wajib-baca.html

    ReplyDelete
  5. Azlyn,
    terima kasih...:)...cikgu ye!

    ReplyDelete