Wednesday, August 24, 2011

blog viewer...countdown to aidilfirti...5 hari je lagi...

salam,
tolak hari ni tinggal 5 hari je lagi kita nak raya kan...pasti semua orang tengah rancak sekarang...yang dok kat office tu pasti resah gelisah je...dok tengok jam bila le jarum ni nak tunjuk kul 5 ni...bukannya apa...banyak sangat benda yang nak di buat...nak cuti awal lagi...kalau boleh cuti lepas rayalah barulah syokkan...hehe...

tapi jumaat ni pasti ramai yang last day kerja kot...apa nak tunggu lagikan..."office kata pergi kampung kata mari"....

kkida ni rajinlah pulak nak berntri pepagi ni....orang sibuk buat biskut, kkida sebok dengan blog...tapikan sebenarnya kkida baru je selesai kemas bilik yang kononnya renovate buat toilet hari tu...tapi tulah...huhu...halfway...tak sempat setle...semua mamat indon dah taknak kerja...habis cabut balik kampung...tulah silapnya...buat dah dekat sangat nak puasa...memang haru birulah sikit keadaan rumah kkida raya ni...nak buat macam mana kan...rayalah seadanya...

since hari masih awal sangat lagi...kkida tak maulah letak gambar makanan...tak berapa sesuailahkan, kita kenalah sensitip sikit...tunggu malam nanti lepas berbuka baru kita cerita pasal food...

oleh itu kkida nak sembang sikit tentang blog kkida yang seadanya ni...beberapa hari ni kkida saje je monitor numbers kat blog dan facebook 1001resepi ni....kkida dapati terdapat peningkatan page view yang mendadak naik...lebih dari kebiasan...tak pernahlah lagi sebelum ni kkida tengok orang view sampai banyak tu dalam satu masa kat blog kkida ni..kat blog orang lain mungkin ada...

keadaan ini pasti sebab masing-masing sedang mencari idea apa nak disediakan sebagai juadah puasa dan juga aidil fitri yang akan kita sambut minggu depan...kkida pasti blog mereka yang sealiran juga menerima kunjungan yang lebih dari hari-hari biasa...

Alhamdulillah kepada sambutan yang diberi terhadap blog kkida ni...tak sia-sia kkida berkongsi resepi jika ia dapat di manafaatkan bersama...dan dalam masa yang sama blog ini juga mampu membantu rakan-rakan yang berniaga secara kecil-kecilan untuk kenalkan perniagaan/produk mereka kepada orang ramai...dan kkida pun dapatlah fund sikit-sikit bagi menampung apa-apa bil yang bersangkutan...kata orang tu 'win win situation'...I tolong U, U tolong I...hehe...

dari feedback yang kkida terima...mereka yang beriklan di blog ini menerima respon yang baik dari orang ramai...iaitu mereka mendapat pelanggan yang berlipat ganda...ertinya mendapat jualan yang tinggi...internet adalah salah satu medium komunikasi yang sangat berkesan jika ia mampu menarik viewer yang ramai...

selain iklan berbayar, kkida juga sangat gembira dan bersyukur kerana blog ini juga berjaya memberikan manafaat kepada pihak ketiga...contohnya seperti sambutan terhadap kutipan sumbangan untuk masjid hidayah yang kkida war-warkan di blog ini sebelum puasa hari tu...Alhamdulillah sebanyak lebih dari RM2,000 berjaya kkida kumpulkan dan telah di gunakan oleh MH untuk membeli peralatan bagi kegunaan masjid...till today still ada yang email kkida untuk beri sumbangan...:)...kita sama-sama dapat pahalakan!...:)

bawah ni kkida sempat printscreen number of visitors and total visits for 2 days...jika blog kkida yang serba kekurangan ni mampu menarik viewer sebanyak ini, bayangkanlah blog yang punya ramai pengikut...pasti berjabu orang masuk hingga jam agaknya....hehe....

2 comments:

  1. betul tu kda..counter bergerak macam jarum saat..BTW..kidzydoll ada present untuk kda yg sgt cumel...:)..nanti raya org bawak tapi maryam dah cium cium dah..takpa la bau maryam....tapi dah boh tempat tersorok skit..

    ReplyDelete
  2. oh ye ke...thanks...jauh benor jalannya...hingga ke kuantan...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...