Saturday, August 13, 2011

muffins and cake pan

salam,
ade-ade je kkida ni....berbuka semalam adik kkida dari kuantan datang....depa on the way nak balik kk pagi ni...macam-macam jugalah kkida masak, macam bagus je snap beberapa keping gambar...tapi ntah kenapa bila upload ke laptop satu pun gambar makanan takda...hmmm....geram gak...oleh itu sorrylah yek! kkida tak dapat nak share gambar makan-makan buka kkida semalam...

oleh kerana takda nak cerita apa, kkida nak sharelah sikit kesah jalan-jalan kkida ke ikea semalam... tujuan gi ikea tu nak mencari lampu dan curtain rail...tapi biasalahkan....sebab nak gi tempat lampu dan curtain tu kena melalui bahagian kitchen ware ni....jadi mana boleh kita nak jalan lurus je ye tak....hehe...mata tu pasti toleh kiri toleh kanan sambil tolak troley pelan-pelan...yang si ikea ni pun satu hal...ade je benda yang depa nak suruh kita beli....mentang-mentang nak raya, banyaklah pulak barang yang berkaitan dengan baking depa display...rambang biji mata kita dibuatnya...nasib baiklah kkida datang sorang...demi memikirkan nak menolak troley dan nak terkial-kial membayar dan sebagainya, kkida pun capai mana yang interesting jelah...hehe...
muffin tray ni pada kkida memang interestinglah...sebenarnya lama dah kkida tengok benda ni di display...tapi masa tu taklah teruja sangat nak beli...macam rasa tak perlu....semalam bila kkida tengok tinggal beberapa buah je lagi...terasa macam rugilah pulak kalau tak beli satu...akhirnya....masuklah satu dalam troley...dan ambik satu papercup yang memang sesuai untuk muffin tray ni...
ia berlekuk sikit kat bahagian permukaan dan dalam....maknanya jika jadi, muffin kita tu macam bertopi...nantilah kalau rajin kkida nak bake someting today, nak test try muffin tray ni...:)
merah dan menarik....bawah ni paper cups yang dijual untuk digunakan dengan muffin tray ni...
bawah ni pula kkida beli Teflon springform fluted cake pan...mudah digunakan kerana bahagian bawahnya boleh di tanggalkan.... 
yang ni adalah ovel shape baking dish...sesuai untuk deep dish pie atau pizza, sweet or savoury...sesuai juga untuk roast chicken dsbnya...
itulah bendanya yang kkida beli semalam....benda lain yang nak di beli, benda lain juga terbeli...

...dan bawah ni kkida nak cerita sikit kesah biskut yang kkida buat 2 hari sudah...resepi ni kkida dapat from one of my buku resepi...nampak simple, tulah sebab kkida cuba buat...tapi tulah, next time tak bolehlah main ikut je resepi...kena amat-amati ingredientnya sebelum proceed...

resepi asal biskut ni macam ni

Ingredients
1 cup butter, softened
1/2 cup powdered sugar
1/2 cup cornstarch
1 1/3 cups flour
Flaked coconut

Method
Beat butter and sugar until light and fluffy. Add cornstarch and flour and beat until they blend well. Cover and refrigerate for one hour.
Preheat oven to 170C. Shape into 1-inch balls, roll in flaked coconut and place on ungreased baking sheet.
Bake for 12 to 15 minutes. Watch closely and don't let coconut burn. Cool 2 to 3 minutes before removing from pan.

kesilapan pada resepi ini pada pendapat kkida adalah butternya banyak sangat...betul-betul makan mentega...bila kkida nak gentel jadi bebola memang tak boleh kerana walaupun dah letak dalam fridge, dohnya masih susah nak dibentuk...jadi kkida pun tambah 1 cawan desicated coconut to the doh...barulah senang sikit nak di bentuk, tapi itu pun kkida kena guna watermelon scoop...gulingkan bebola doh ke dalam kelapa kering dan bakar...maka jadilah seperti ini (foto)...sedap, tetapi kurang manis...ertinya kena tambah gula dalam setengah cawan lagi, baru berasa...cookies ni more like coconut macaroons...
selain tu, mungkin boleh kurangkan mentega kepada 2/3 cawan, tambahkan kelapa jika perlu...jika tidak hanya gulingkan sahaja doh yang telah di bulatkan kedalam parutan kelapa...
kkida akan cuba buat sekali lagi...Inysaallah...:)

10 comments:

  1. saya pi ikea pun akan jadi macam ni. kena pejam mata sambil berjalan :p

    kkida, chun kopipes resepi rendang cendawan tu. thanks yer. sedap.
    dah ada kat blog.

    ReplyDelete
  2. chun,
    kalau pejam mata nanti lagi le susah...hehe...baik buka mata sambil belek membelek...hehe...silakanlah kopi resepi kkida...tapi kena buatlah ye...:)

    ReplyDelete
  3. salam

    lama x pe ikea, mmg rambang mata d buatnya..geramnya tgk bekas muffin tu ....

    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam,tgh duk cari2 resepi lain dr yg lain...

    ReplyDelete
  5. Salam, kak nanti bila dah buat kukis tu, jgn lupa letak resepi yg betul2 ya rasa nak try gak sbb senang je bahan2 nak buat tu kan.

    ReplyDelete
  6. Insyaallah, nanti kalau jadi cantik akak share kat blog ni...:)

    ReplyDelete
  7. salam kkida, saya memang tak boleh pergi Ikea. Lain yang plan nak beli, bila sampai ke kaunter untuk bayar, lain yang dibeli. Tapi sehari dua ni memang nak ke sana. Ada satu dua barang yang sangat2 perlu. Balik pulak tak tahu berapa banyak barang yang tak perlu jugak di beli. hehehe.

    ReplyDelete
  8. salam Kjee,
    jom pi ronda sama-sama...ida pun ada benda lagi nak dicari...kalau tiba nak raya ni camtulah...macam dah jadi satu penyakit pulak....memang ikea ni macam ada magnetkan...menarik-narik duit kita...hehe

    ReplyDelete
  9. kak~~apa kata akak buat GA raya dapat ramekins.hah~~mesti best!

    ReplyDelete
  10. suzlin,
    apa tu GA? kkida ni blur sikitlah, toksahlah shortform dik oi...:)

    ReplyDelete