Tuesday, August 9, 2011

chicken, carrot and kobis popia

salam,
kkida relax dah masuk dua hari ni...tulah sebab boleh berblog ni...kalau tak mana ada masa sangat, siang letih puasa malam pula mestilah kita buat mana yang utama dulu, by the time semuanya settle dah lebih jam 10...masa tu mata pula ajak cari bantal...hehe...
tapikan, puasa tak puasa kalau dalam bulan puasa ni mood tu adalah mood letih...mood tak bermaya...sebabnya semua orang sekeliling kita memang tak bermaya....muka letih...rumah pun sunyi je...balik sekolah semua masuk bilik tak keluar dah...apa yang depa buat kat dalam bilik tu tak taulah...bila dah petang sikit baru nampak batang hidung...jenguk ke dapor tengok mama prepare apa untuk berbuka...hai syoknya kalau kita boleh camtukan....hehe....kul 6 petang je baru jengah ke dapor tengok apa yang dah tersedia untuk dimakan...:)
ok, itulah mukadimah atau bebelan kkida untuk entri ni....malam ni kkida nak tidoq awal, ngantuk sangat ni...baru jam 9...semua orang pun takda pi masjid...semalam jaga kul 4 pagi sampai la ni tak letakkan kepala lagi...

hari ni kkida buat makan buka simple sangat...kueh teow goreng dengan daging, ikan tenggiri taucho dan popia ayam bakar....sebabnya kkida masak popia tu dalam oven i/o goreng deep fry....konon-kononnya nak mencuba sesuatu yang healthylah ni....lol...selain tu dh beli murtabak pakcik yang sangat popular tu...
inti popia ni kkida guna mince chicken, kobis, carrot dan cendawan kering hitam...semua hiris nipis....tumis sikit bawang dan halia tumbuk, masukkan ayam cincang dan kacau hingga ayam masak...masukkan lain-lain bahan dan kacau hingga kering, season with salt and pepper...angkat dan sejukkan dulu sebelum diisi dalam kulit popia...

sapukan kulit luar popia dengan minyak zaitun dan bakar dalam preheated oven selama 10 ke 15 minit @ 170C atau hingga kulit popia crispy...hidang panas lagi best....kalau tak sejuk pun ok...cicah dengan mayo dan sos thai...

jika anda nak goreng popia ni juga boleh...goreng terendam dalam minyak banyak....
bawah ni pula kkida cuba buat chocolate banana smoothie dan orange banana smoothie...kkida guna pure orange juice dan chocolate milk....blend dengan buah pisang, tambahkan gula jika perlu...kuantiti terpulang kepada anda...buat beberapa jam lebih awal dan simpan dalam peti sejuk...bila nak berbuka baru keluarkan...anak-anak mesti suka...
oklah...selamat beradu yek!  beberapa jam lagi nak kena bangun sediakan sahur pula...:)

2 comments:

  1. Mmg tgk blog akak time2 bulan pose ni menggugat keimanan..hehe

    ReplyDelete
  2. thank you Kak Ida share inti tu, boleh juga nak cuba..best!

    ReplyDelete