Wednesday, July 13, 2011

tumis tahu dan udang dalam sos tiram dan kicap manis...

salam pagi rabu...hari paling tengah antara 7 hari...hari ni belum tamat lagi acara hingar-bingar dirumah kkida ni...tapi taklah seteruk semalam...ada break in between kebisingan tu...:)
wbp, hari ni kkida masak seperti biasa...buat kari daging dan kepala ikan masak dalam kuah tomyam bersantan (nanti kkida share gambarnya kemudian)
sekarang ni apa yang kkida nak share untuk entri ni ialah tahu/tokua tumis dengan udang dalam sos tiram...

tahu ni kkida guna jenis lebar dan agak keras sikit...beli kat jaya grocer, udang sederhana saiznya...buang kulit dan kepala (dalam 10 ke 15 ekor)...hiris 3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah...tumis dengan sedikit minyak...masukkan 1 sudu besar cili blender dan 2 sudu besar sos tiram...kacau sebentar...masukkan tahu dan kacau lagi...masukkan sos ikan, kicap manis, garam dan sedikit gula...masukkan udang dan kacau beberapa minit, jika perlu masukkan air supaya ia berkuah sikit...akhir sekali masukkan campuran 1 sudu besar tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuah...angkat dan taburkan dengan daun sup/ketumbar dan cili merah hiris...
makan macam tu saja pun sedap...

2 comments:

  1. Salam Kak Ida.Moga sihat ya.Best nampak menu ni.Tapi 2 3 harini saya memang tak berselera sangat nak makan.

    ReplyDelete
  2. salam,
    kenapa dengan ixora...sakit?
    dah dekat nak puasa ni...jaga kesihatan...jika sakit jumpa doktor...kkida doakan ixora segera sembuh...:(

    ReplyDelete