Sunday, July 3, 2011

tart nanas dan mangga

salam,
hari ni kkida terlebihlah rajin, lalu kkida pun buatlah kueh ni...tapi sekarang ni kkida letih nak menulis...ngantuk pun ia juga...nak mandi jap...solat lepas tu baru sambung cerita ni ya...sementara tu telan-telanlah air liur dulu...hehe... ok, kkida nak sambung semula entri ni...ringannya kepala dapat lelapkan mata sekejap...

resepi ni kkida perolehi dari small recipe booklet iaitu aneka rasa by kraft...kekadang kkida sendiri pun tak tau macam mana buku-buku resepi seperti ni boleh terselit antara buku-buku resepi kkida yang banyak-banyak tu...resepinya nampak simple...since semua bahan ada, maka kkida cuba buat...kkida memang jarang buat tart...adalah 2 tahun sekali kot...hehe...

bahan-bahannya:
150g cream cheese
150g mentega
350g tepung serbaguna, kkida guna pastry flour
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh vanila
1 biji kuning telur
air batu secukupnya

gaulkan butter, cheese, gula, tepung, vanila dan kuning telur dalam cake mixer menggunakan hook untuk menguli ataupun gaul je dengan tangan...masukkan air ais sedikit-sedikit (saya guna sudu kecil)...uli hingga menjadi seketol doh yang lembut...bungkus dengan kertas aluminium dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam...

sebenarnya pastri ni kkida buat malam tadi, maknanya semalamanlah pastri ni duduk dalam peti sejuk...pastri ni sedap untuk tart manis kerana terdapat cream cheese sebagai bahan...

selepas dua jam terap doh kedalam bekas tart, cucuk-cucukkan dengan garpu dan bakar dalam preheated oven selama 10 minit...keluar dan sejukkan... bahan kastad:
4 biji kuning telur
100g gula
1 1/2 cawan krim putar (since kkida takda krim putar kkida guna susu isian sejat je)
1 sudu teh esen vanila

pukul semua bahan sebati dalam satu mangkuk...

buah-buahan:
kkida guna buah nenas dalam tin (perah ais sirapnya) dan buah mangga fresh yang manis...selain buah ni anda boleh guna buah peach, strawberry, kiwi, pear, mix fruitcocktail atau berbagai jenis buah lain...

susun buah kedalam mangkuk pastri yang telah dibakar tadi, sudukan sos kastard...bakar dalam oven selama 10 ke 15 minit atau sehingga sos kastadnya set...keluarkan dari oven, sejukkan...taburkan gula icing... sedap tart ni...apalagi yang buatnya kkida...:)

7 comments:

  1. dah berliter telan air liur tiap kali tengok entri masak2 Kak Ida :D

    ReplyDelete
  2. Salam Ida...

    Sedapnya tart ni...kak cek pun lama dah tak buat tart2 ni...teringin lak rasa nak buatnya....tak pun mintak sikit lah ngan Ida...ada lagi ke...he he...:)

    ReplyDelete
  3. ixora,
    oklah tu...kenyang gak...hehe...

    cikcek,
    kalau nak rasa mailah rumah cek ni...ida pun tak rajin sangat buat tart ni...beberapa tahun sekali...:)

    ReplyDelete
  4. Kkida,

    saya ni mmg peminat tat...tak kisah apapun..tertarik kkida ni kerana nenasnya tu ...nenas kat umah ni tak pernah putus2 sbb ada pokok keliling umah...wpun x banyak..tapi nenas tak penah beli..t.ksh resepi ni s]. sy copy ya..

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak tart tu...1st time saya jumpa resepi mcm ni...nti bolehlah cuba...tima kasih yer kak ida utk resepi tu...^^

    ReplyDelete
  6. mestilah nampak sedap sebab kkida yang buat....hehe...

    ReplyDelete