Friday, July 8, 2011

spaghetti dengan fillet ayam

salam pagi jumaat, pagi yang penuh dengan rahmat...pagi yang redup dan dingin...pagi ni kkida kelam kelibut sikit...

my old lovely bibik dah pergi...yang tinggal 2 young maids yang kerjanya tak seperti bibik...bibik kerja bersungguh-sungguh, walaupun usianya jauh lebih tua dari the other 2, namun dia sentiasa bersemangat dalam melakukan tugas yang di amanahkan...

bercakap mengenai pembantu rumah ni...saya telah mula menggunakan khidmat pembantu rumah sejak tahun 1995...ketika itu my son, aiman (anak keempat) baru masuk usia setahun...my first maid kak rumi dari tuban...juga seorang pembantu yang bagus...lama dia duduk dengan kkida, 5 tahun...selepas kak rumi, pembantu yang datang bersilih ganti...bermacam perangai dan tujuan...ada yang datang semata-mata kerana nak masuk malaysia...lepas tu dia lari...rupanya dia datang kerana nak join suaminya...kita yang tukang bayar tambang dia kemari...

kalau diingatkan dengan perangai maid ni memang stress dibuatnya...tapi nak buat macam mana...saya memerlukan khidmat mereka melebihi dari mereka memerlukan kita sebagai majikan...mereka banyak pilihan dan kaum mereka juga banyak disini...nak ikutkan memang malas rasanya nak bersangkut paut dengan depa (maid) ni...tapi bila ingatkan saiz rumah kkida ni...hmmm....sabor jelah...cuma harap mereka jangan lari sudahlah...kalau masalah kerja tu...kkida tutup sebelah mata je...
pagi ni kkida goreng spaghetti...lebih buka puasa kakak semalam...

kkida campur dengan fried chicken fillet (lebih sandwich pagi tadi) fresh button mushroom, kobis, tomato, bawang besar cincang, cili flakes dan daun ketumbar...perisanya kkida tumbuk bawang putih dan merah...tumis seperti tumis mee goreng...angkat dan hidang panas...taburkan bawang goreng jika suka...



No comments:

Post a Comment