Tuesday, July 12, 2011

simple chicken pasta

salam,
dah 2 hari ni keadaan rumah kkida jadi huru-hara dan tak ubah seperti kapal pecah...telinga pula dah naik lali dengan bunyi bising dek alat pemecah dinding dan habuk memang tak terkata...kkida dah mula perit tekak akibat sedut habuk dari pagi sampai petang....nasib baiklah budak-budak takda...kalau tak semuanya pasti kena penyakit...terutama aiman yang sangat sensitif dengan habuk....
sebenarnya ada sikit kerja pecah-memecah....setelah lama tertangguh akhirnya my dh mengalah dengan kehendak kkida ni...hehe...kalau nak ikutkan memang tak lalu menanggung habuk dan bunyi bising, tapi terpaksalah juga....tulah....dulu masa bina rumah ni tak terpikir akan keperluan bilik ni....tapi lama kelamaan keadaan berubah....anak semakin besar dan kita pun semakin 'muda'....:)

seeloknya bagi sesiapa yang nak bina rumah pikirlah habis-habis...kena fikir long term...jangan fikir keperluan masa tu....masa kita tengah kuat dan larat panjat tangga takpalah....tapi bila tiba masanya....

nasib baiklah very minor renovation....hanya nak tambah shower and toilet sahaja to the room....and this room khas untuk my mother-in-law and my mum, jika depa datang....inilah biliknya...jika depa tiada...anyone can use the room...and this room is so special sebab ada pintu keluar ke outdoor living and fish pond...and kkida ingat nak tambah water curtain to the wall....tengoklah macam mana....ni dah dekat nak puasa...tak taulah sempat ke tak...
 and for today...kerana kebisingan yang teramat sangat...saya masak ikut dan aje...masak paling ringkas...
macaroni dalam pasta sos, mince chicken, nanas dalam tin (kkida memang suka nenas dalam tin ni...manis) dan sikit cili blender supaya pedas...tambahkan garam, perisa (chicken cube) dan gula secukup rasa...
macaroni tu masak dulu ikut arahan pada paket...masak sos berasingan...kemudian apabila sos telah hampir kering, masukkan pasta dan gaul rata...letak dalam bekas tahan panas, taburkan cheese dan dried basil....bakar dalam oven supaya cheese cair...dalam 5 minit...
kkida letak gambar banyak-banyak ni sebab resepinya pendek je....harap anda enjoy tengok gambar ni ye...sedap....sebab "kkida yang buat mestilah sedap"....:)

5 comments:

  1. salam ziarah..
    mm sedapnya tgk...resepi simple nih best skt nk buat utk org2 yg ada anak kecik...hehe...dah jadi ur 2385 follower:)
    happy blogging ye!

    ReplyDelete
  2. waa...mesti sedap kan. Simple and mouth watering. Nak cubala resepi kak ida nie. Sesuai juga utk breakfast during weekend kak ida kan..

    ReplyDelete
  3. bbreena,
    terima kasih kena follow 1001resepi, anak-anak memang suka pasta...easy resepi...

    ReplyDelete
  4. aziela,
    resepi ni sangat simple dan mudah disediakan...kalau jemu makan meehoon atau mee bolehlah gantikan dengan pasta camni pula...:)

    ReplyDelete
  5. bestnya...rumah utk raya sekali la tu...^^

    menu kat ats tu saya berkenan tang cheese dia tu...

    ReplyDelete