Friday, July 29, 2011

rendang cendawan dengan udang...

salam,
wah...baru dapat upload food photo...hehe...actually ni resepi semalam...
rendang cendawan? pelikkan....tapi kkida memang suka merendangkan apa saja...dan kali ni kkida cuba buat rendang cendawan kaki gajah ni (kkida yang bagi nama ni) dengan udang...dan hasilnya....mestilah sedap...sebab kkida yang buat...lol...
cendawan jenis ni banyak dijual sekarang di mana-mana supermarket...slicekan seperti dibawah...
untuk bahan sos rendang...sebenarnya dah beberapa kali kkida beri resepinya, tapi takpalah kkida share sekali lagi...

6-8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 
1 inci halia
3 batang serai
1 inci lengkuas
6 biji cili api
3 sudu besar cili kering blender

hiris dan blend semua bahan diatas...masukkan cendawan kedalam kuali dan tuangkan bahan blender....hidupkan api dan masak cendawan hingga mendidih...kemudian masukkan santan dalam 1 kotak kecil...2 keping asam keping, garam dan perisa...kacau hingga kuah hampir nak pekat, kemudian masukkan udang yang telah dibuang kepala dan kulitnya, daun kunyit, kerisik...kacau hingga pekat...hidang dengan nasi dan roti...sodaplah sesangat...macam rasa daging pun ada gak cendawan tu...tambahlah pula dengan udang...lagilah terangkat...posa-posa ni bolehlah cuba buat yek....:)



5 comments:

  1. Dah lama tak buat rendang..Nampak sedap pulak rendang KKida..Selamat berkenalan..sudi2lah singgah kat blog saya..lizacuppies.blogspot.com..hehehe..

    ReplyDelete
  2. yeay nak cuba sebab semua bahan ni ada dalam freezer
    Thank you Kak Ida for sharing

    ReplyDelete
  3. AT,
    selamat bekenalan..Insyaallah kkida akan singgah ke blog you nanti...

    ReplyDelete
  4. ixora,
    dah cuba dah....sedap tak...tengok gambar...hehe...

    ReplyDelete
  5. selalu dok nampak cendawan nih, tapi tak tau nak masak apa. thanks kkida. boleh try ni. jap lagi nak p tesco. heh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...