Friday, July 29, 2011

pinggan mangkuk melamine

salam pagi jumaat, pagi yang mulia...

semalam saya ke Nilai 3...seperti yang dah saya ceritakan pada entri yang lepas, saya cuba membuat sedikit kerja-kerja amal bagi membantu masjid al-hidayah mengadakan pinggan mangkuk untuk kegunaan masjid terutama di bulan ramadhan ini...Alhamdulillah dengan bantuan ramai sahabat-sahabat kita yang bermurah hati memberikan infak berupa wang ringgit, maka semalam kkida dapat membeli sebahagian dari pinggan mangkuk yang diperlukan...

bawah ni kkida upload beberapa foto barangan yang dibeli semalam...manage to get cheaper price as compared to tesco and giant...
atas sekali tu adalah antara logo/banner yang sambut ketibaan kkida di Nilai 3 semalam...hihi....tak cekik darah, tapi hisab darah je...:)
...mula-mula saya minta one of the malay worker kat kaunter untuk kurangkan harga dari harga sebenar dan dia kurangkan antara 10% to 15%...tetapi bila abang bangladeshi ni datang untuk kira dan packkan pinggan mangkuk tersebut, dia kurangkan lagi 10 sen bagi setiap item...kkida kata ni untuk kegunaan masjid bukan untuk business catering....:) dia kata ok, ok...saya boleh kasi lagi murah....bagusnya...dia ada power untuk kurangkan lagi harga...hehe...
inilah emporium yang kkida gi semalam dengan kak mah (foto)...kak mah adalah ajk masjid....dialah yang buka mulut dengan kkida minta kkida infakkan sikit duit untuk beli pinggan mangkuk tersebut....kkida kata boleh...

wbp, kkida kata, mungkin kkida boleh war-warkan pada rakan-rakan fb dan blog kkida...manalah taukan....mungkin ada yang berminat nak membantu...dan Alhamdulillah...rupanya ramai di luar sana yang memang amat pemurah....kkida rasa bersyukur sangat...taklah rasa seperti membuang masa mengadap laptop setiap hari....ada kelebihan dan positif impak di sebalik ramai yang mengatakan ia lebih kepada pembaziran masa...

lagipun dah hampir nak puasa ni...baik kita adakan cepat pinggan mangkuk ni...sebabnya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak sekali pinggan mangkuk ni nak digunakan...ketika berbuka puasa, morei iaitu selepas solat tarawikh dan bersahur bagi mereka yang akan bermalam dimasjid dan membaca al-quran sepanjang bulan ramadhan ini...(sayu pula rasa hati bila ingatkan Ramadhan semakin hampir...:'/)
penuh belakang boot kereta teman dengan pinggan mangkuk....hehe....
100 sudu yang sesuai untuk makan bubur lambuk, bubur kacang, sup dan sebagainya...60sen each...
120 buah mangkuk untuk bubur lambuk/manisan dan sup...setelah tawar menawar dapat harga RM3.20each
120 buah cawan tak bertangkai...sesuai untuk minuman panas dan sejuk...each RM2
120 pinggan makan each RM4.60 selepas merayu-rayu ngan abang bangla....hehe...original price RM5.50
senduk dan mangkuk besar...

Later kkida akan scan bill dan uploadkan ke sini....petang ni kkida nak gi beli sikit lagi barang kerana semalam dan hari ni ada yang masukkan duit lagi....Insyallah...

update:
petang tadi saya ke nilai sekali lagi....mula-mula ingat nak gi beli kat giant atau tesco je sebab rasa malaslah pula nak drive jauh ke nilai....tapi bila fikirkan betapa berbaloinya ke sana, maka saya ajak kak mah sekali lagi....takpalah letih sikit asalkan puas hati...so kkida beli tambahan 80 pinggan makan dan 80 cawan (seperti plan asal iaitu nak adakan 200 pinggan dan 200 cawan)...selain tu dapat beli 3 buah container plastik...untuk storage pinggan mangkuk tersebut...

memang sangat berbaloilah ke Nilai 3....dengan budget yang kurang dari RM2,000 dapat beli lebih barangan berbanding jika beli di tempat lain...sudu, mangkuk, senduk, mangkuk besar dan container...tapi hari ni memang letih dari semalam kerana kenderaan terlalu banyak dan jam sana-sini...ada yang nak menuju ke selatan dan ada yang nak masuk KL....mungkin sebab hujung minggu dan ramai yang nak meraikan awal Ramadhan bersama orang yang tersayang....

bawah ni adalah bil pembelian barangan semalam dan hari ini...kkida snap foto je...takpalah asalkan jelaskan...
bil semalam berjumlah RM1,322...RM40 tu tersilap key-in sekali...actually itu kkida beli 2 kotak lampu kelip-kelap...nak gantung raya nanti...:)
 yang ni bil hari ni RM658....so total kedua-dua bil adalah RM1,980
 barangan beli tadi iaitu plastik container, pinggan 80 biji dalam plastik merah dan cawan 80 biji dalam plastik container tutup biru...
dengan ini kkida nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah memberikan sumbangan dan infak untuk projek kkida ni...:)  Alhamdulillah...

4 comments:

  1. bagusnya.. moga btambah rezeki dan boleh bkongsi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah berjaya untuk memenuhi keperluan masjid. syabas.next time boleh war2kan lagi.

    ReplyDelete
  3. nur,
    dapat rezki kesihatan yang baik dan anak-anak yang soleh dah memadai pada saya...

    ReplyDelete
  4. HA,
    Insyaallah...saya suka jika dapat buat kerja-kerja macam ni...dengan bantuan kalianlah...thank you kepada semua...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...