Tuesday, July 5, 2011

nasi lemak daun lemuni

salam,
ini adalah entri lama, kkida re-entri semula...sebenarnya lama kkida simpan pendam entri ni (saved as a draft) kerana foto-fotonya hilang dari simpanan kkida sebab 'banyak tangan'....yang dimaksudkan banyak tangan ialah ramai sangat yang suka mengusik 'barang-barang' kkida ni (iaitu anak-anak)...

kejap depa transferkan ke tempat lain...lepas tu pindah balik kemari...lama-lama semua benda yang kkida save dalam laptop dan hard disc habis berterabur...

akhirnya tadi masa kkida selak balik file-file lama...terjumpa semula gambar-gambar ni....tapi tulah, bukan gambar saiz ori...gambar yang dah di kecilkan...

wbp takpalahkan...sayang gambar ni....bukannya nak jumpa dah nasi macam ni...daun lemuni pun memang tak tau kat mana nak cari kat KL ni...
kk yong, kakak sepupu suami kkida adalah seorang bekas guru sekolah menengah yang mengajar subjek kemahiran hidup...dia memang pandai masak....tiap tahun kk yong akan buat berbagai jenis kueh-mueh (biskut raya) untuk di jual pada rakan-rakan dan jiran tetangga.

masakan kk yong memang enak....ketika kami berkunjung kerumah kk yong di jitra kedah satu ketika dulu...kk yong buatkan sarapan istimewa ni, iaitu Nasi Lemuni....nasi daun lemuni sama seperti nasi lemak biasa, cuma yang membezakannya ialah daun lemuni yang di kisar sebelum di campur ke dalam beras....

ini adalah resepi nasi lemak daun lemuni kk yong....

bahan-bahan;
1 kg beras, di cuci bersih
1 cawan santan pekat
air secukupnya

lain-lain bahan;
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 camca teh lada hitam biji
1 batang serai, dititik
2 helai daun pandan, diikat
2 inci halia, di ketuk

di kisar halus;
dicampurkan sedikit air dan garam
10 tangkai daun lemuni, ambil daunnya sahaja
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

cara membuatnya;
Campurkan semua bahan ke dalam periok nasi elektrik dan masak seperti biasa. Hidangkan nasi lemuni dengan sambal ikan bilis, timun, telur goreng dan lain-lain lauk-pauk yang anda sukai.

13 comments:

  1. memang sedap nasi lemak daun lemuni. Good for health especially pompuan yang baru habis pantang.

    ReplyDelete
  2. elok le suruh nor buat lepas bersalin nanti. tau ke saleh nak cari daun lemuni.

    ReplyDelete
  3. sedapnye kak... dulu kat kg nenek sedara slalu buat. sedap tak terhingga... ngan sambal die yg best tu lak. memang menjilat jari lah

    ReplyDelete
  4. siti,
    orang dulu-dulu memang pandai mereka cipta kan...tapi daun ni daun ubat sebenarnya...sesuai untuk orang lepas melahirkan...

    ReplyDelete
  5. Assalam.., tak pernah rasa lagi nasi lemak lemuni ni... ada bubuh berbagai rempah ya di dlmnya.. nampak sedap..

    ReplyDelete
  6. Pokok lemuni ni tumbuh segar kat rumah tu..tak pernah terfikir pulak nak buat nasi lemak ni..Kkida bukan ker pahit pucuk lemuni ni, org buat ubat darah tinggikan..

    ReplyDelete
  7. smm,
    daun lemuni ubat...eloklah untuk org lepas melahirkan...dan juga sedap...:)

    ReplyDelete
  8. sally,
    dedaplah...kalau banyak hantar le ke kakida sikit...hehe...nak buat nasi lemak...daun lemuni ubat...pahit pun takpa...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Ida..yahoo...Sally dah buat dah nasi lemak ni..sedap..bila google rupanya nasi lemak daun lemuni ni terkenal kat utara kan..Sally tak tahu mana kak ida tinggal..kalau dkt2 boleh la roger Sally..nnt kita pi hantar daun tu kat rumah akak..nak pos kalu bila sampai dah lunyai..heheh..meh jemput makan kat rumah kita...hehhe

    ReplyDelete
  10. huhu....pasti sedap tu sally...
    takpa le...terima kasih...jenuh pulak sally nak mencari rumah kkida nanti dek kerana daun lemuni...:)

    ReplyDelete
  11. nak masak nasi lemak lamuni ikut resipi tuan blog la...heheeh

    ReplyDelete
  12. sedapnye!nanti nak cuba buat
    sbb tadi adalah sorang budak ni cbuk sgt nak mkn nasi lemuni ni nanti meleleh lak air liur dia.

    ReplyDelete