Sunday, July 31, 2011

mushroom sosej and chocolate almond pastry

salam pagi ahad,
pagi ni kkida ingat nak gi breakfast kat cengkih...tapi tak jadi pula...mr hubby nak gi main golf...last round dia kata...minggu depan hingga lepas raya kayu golf tu akan duduk berehat...tak di hayun ke sana-sini...hehe...

dh kata kita gi lunch jelah nanti...hmmm...jangan ramai sangat orang dahlah kat cengkih tu...maklumlah...last day nak makan luar...pasti semua orang pun macam kita juga...:)
dah tak jadi gi breakfast, kkida pun selongkarlah peti sejuk dan cari apa yang boleh di buat untuk breakfast pagi ni dan apa yang perlu dihabiskan sebelum puasa esok...pastry ni sebenarnya dah lama dok dalam freezer tu...kesian pulak kat dia...oleh itu kkida pun buatlah apa yang patut dengan pastry ni...
ada breakfast sausage, fresh mushroom, susu full cream...hmmm...bolehlah reka-reka resepi apa yang sesuai dengan bahan-bahan ni....so kkida pun buatlah white mushroom sauce ni...

bahannya hanyalah:
fresh white mushroom dalam 8 biji,
susu 1 cawan
1/2 bawang besar putih dihiris halus
1 sudu kecil whole grain bottle mustard
salt and pepper

panaskan 2 sudu besar butter campur dengan 3 sudu besar minyak olive dalam periok kecil,
masukkan 2 sudu besar tepung gandum, kacau sebentar...masukkan bawang dan kacau sebati
kemudian masukkan susu anggaran 1 cawan, mushroon yang telah dicincang kecil, mustard, salt and pepper...renihkan hingga sos pekat (seperti foto atas)
kemudian assemblelah seperti foto diatas....susun sosej yang telah di belah empat bersilang...kemudian sudukan mushroom white sauce keatasnya...bakar dalam preheated oven selama 10 ke 15 minit...atau hingga pastri kekuningan...angkat hidang ketika masih panas...
seperti biasa kkida mesti letak sos sikit atas apa saja makanan seperti ni...kalau tak kemudian nanti pasti anak-anak kkida akan tuang juga sos...
savoury pastry...
bawah ni pula....oleh kerana pastry tu ada lebih dan kkida tak nak simpan dah...maka kkida pun buatlah apa yang patut...
sapukan pastri dengan choco spread ni dan kemudian taburkan dengan almond...jika takdak almond camni taburlah dengan apa je yang ada dalam stok youall...walnut ke, hazelnut ke, raisin ke...apa-apa jelah...
lapiskan satu pastri lagi, so that spread and almond tu duduk bahagian tengan antara dua pastri...alah macam kita spread roti dan kemudian lapiskan satu lagi...potong pastri bucu ke bucu...triangle shape...susun dalam dulang dan sapukan kuning telur keatasnya...bakar hingga kekuningan...dalam 10 minit lebih kurang...
sweet pastry...

9 comments:

  1. best!nanti nak cuba..thank you Kak Ida

    ReplyDelete
  2. akak...biasa akak beli pastry ni di mana? Sy cari di Tesco xder lah, or mayb sy x tau tempatnyer di maner

    ReplyDelete
  3. siti,
    selalu akak beli kat tesco ada...tesco mana siti beli...cuba cari kat cold storage atau giant pula.

    ReplyDelete
  4. salam,

    kak ida... instant pastry tu jenama ape ekk?

    ReplyDelete
  5. salam jaja,
    jenama kawan...banyak jual kat tesco, giant, carrefour, cold storage...kalau takda jenama kawan jenama pampass pun boleh...

    ReplyDelete
  6. salam akak..
    nape lps msk pastry sy jd kering yer..x same cam akak punyer la..huhuhu

    ReplyDelete
  7. wan...siannya...kering macam mana?

    ReplyDelete
  8. hehehe..mksudnyer keras la kak..x sedap la nk mkn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...