Friday, July 15, 2011

chee cheong fun goreng dengan udang dan crab stick

salam,
pernah makan chee cheong fun?...pastilah pernah kan...jika pernah makan yong tau foo, pasti tahu apa itu chee cheong fun....chee cheong fun adalah lebih kurang sama seperti kueh teow...ia diperbuat dari tepung dan berwarna putih...
chee cheong fun ni saya beli dari tesco pagi tadi...my kids memang suka chee cheong fun goreng berbanding kueh teow goreng...kueh teow direndam dalam minyak, memang terlebih oily...berlainan dengan chee cheong fun...
cara goreng chee cheong fun ni tak ubah seperti goreng kueh teow atau mee goreng...disini kkida guna udang hidup dan crab stick frozen sebagai rencah selain telur, sawi dan taugeh...sosnya adalah cili blender, kicap manis, kicap cair...tambah perisa, garam dan gula secukupnya...lain-lain bahan terpulang kepada selera anda...
sebelum ni memang ada entri resepi yang sama dalam blog ini...ini adalah resepi ulangan...:)

13 comments:

  1. mesti sedap kan
    hanim suka chee cheong fun yang makan dgn kuah kari tu
    tapi x tahu nak cari mana yang halal. dulu pernah makan kat kantin tempat kerja sebab owner kantin tu mualaf

    ReplyDelete
  2. kak..
    boleh tak tunjuk kan macam mana rupa dia sebelum masak...
    terima kasih kak...

    ReplyDelete
  3. roses,
    kalau yang belum masak banyak jual kat tesco...tesco homemade...Insyaallah halal...

    ReplyDelete
  4. ezza,
    kkida ada letak link kat entri ni...kat gambar yang bawah sekali...klik link tu untuk ke entri lama...kat sana ada gambar ccf...

    ReplyDelete
  5. tiba2 teringin nak makan char kueteow hehehe

    ReplyDelete
  6. sedap tu kak Es...char kue teow kat mana yang sedap?

    ReplyDelete
  7. Assalam kakak, i baru jumpa blog kakak..enak! mohon link kakak di blog saya ya. Tq kakak!

    ReplyDelete
  8. Salam kak Ida, nampak sodap bonar ccf tu,masa keje kat hotel dulu selalu tengok chinese chef masak ccf,tapi tak berani makan,nanti nak pi jengok kat tesco.

    ReplyDelete
  9. LW,
    silakan link dan terima kasih...:)

    ReplyDelete
  10. RMM,
    wah seganlah pulak kkida...adik ni chef sebenar...kkida ni chef dapor rumah sendiri je...terima kasih kerana jengah blog kkida yg cookingnya tak seberapa ni...:)

    ReplyDelete
  11. saya biasa tengok chinese goreng CCF ni kat pasar malam.
    bila tengok menu Kak ida ni, dengan udang bagai, aduhaiiii nampak sedap sungguh

    ReplyDelete
  12. ada cop halal jakim ke yg tesco tu?

    ReplyDelete