Wednesday, June 15, 2011

sago gula merah...versi 1001resepi...

salam,
pagi ni kkida teringat dah 15hb June....Insyaallah, dalam masa enam minggu lagi kita akan berpuasa dibulan Ramadhan...begitu cepat masa berlalu...lip lap lip lap dah hampir setahun kita meninggalkan Ramadhan yang lalu...dan ia juga mengingatkan kita bahawa usia kita semakin bertambah...semuga kita sempat melalui Ramadhan tahun ini...dan juga sama-sama meraikan aidil fitri jika diizinkan oleh NYA pada penghujung august nanti...amin...

mulai hari ini kkida akan cuba share resepi-resepi yang sesuai dengan selera Ramadhan, samada untuk berbuka atau bersahur...Insyaallah....dan untuk tujuan tersebut, hari ni kkida nak kongsikan resepi yang sangat biasa orang buat, iaitu sagoo gula melaka atau gula merah...

seperti biasa kakida ni suka membega resepi yang dah elok-elok tok nenek kita cipta sejak dulu lagi...bukannya apa kkida memang suka shortcut dan nak kerja senang...

sebenarnya cara asal pun taklah menyusahkan...terpulang...ikut selera masing-masing... untuk resepi ini kkida rendam 2 cawan sago putih selama sejam...tujuannya, supaya nanti taklah lama sangat nak merebusnya (jimat gas)...hehe...kalau tak nak rendam pun takpa...

lepas sejam...masak air secukupnya hingga mendidih....masukkan sagoo yang direndam tadi dan terus kacau atas api perlahan hingga rupanya menjadi jernih seperti foto di atas... bila dah cukup jernih, tuangkan sagoo kedalam tapis dan lalukan ke air paip hingga semua cairan sagoo hilang dan yang tinggal hanyalah biji sagoo yang dah kembang seperti diatas... masak seketul gula kabong atau gula melaka atau gula merah secukupnya dengan daun pandan hingga benar-benar pekat... tuangkan gula merah kedalam bekas kecil seperti diatas....sudukan sagoo yang dah disaring tadi kedalam mangkuk seperti foto diatas...tutup bekas dan sejukkan dalam peti sejuk... buat kuah santannya....kkida guna satu kotak kecil santan dan sedikit air...air ni kena agak sendiri....jika suka santan pekat kurangkan air dan sebaliknya....tambahkan garam supaya rasanya lemak masin....panaskan atas api sederhana hingga mendidih sambil terus di kacau...alihkan dari api dan sejukkan...

cara hidang, keluarkan sagoo ke dalam mangkuk dan siramkan dengan sikit santan tadi...suapkan perlahan-lahan ke mulut...sedapnya rasa tekak bila sagoo yang lembut dan lemak manis ni masuk melaluinya... sangat sesuai untuk juadah berbuka dan sangat mudah disediakan....selamat mencuba... nota: jika tak suka campur gula merah sekali pun ok...bila nak makan nanti baru siramkan gula dan santan ke atas sagoo...dan untuk 2 cawan sagoo ni kkida dapat 8 mangkuk kecil sagoo seperti diatas...

20 comments:

  1. sedapnya makan time cuaca panas ek...kena terjah kedai cari sagu jap lagi ni. =)

    ReplyDelete
  2. lepas ni, blehlah try stail 1001 Resepi ni pulak, mekasih, kak

    ReplyDelete
  3. suka kuih2 jenis sagu ni......
    sedappnya tengokk..

    ReplyDelete
  4. Sedap tu kak ida...nanti saya nak cuba buat resepi olahan kak ida ni..tq sebab bg mcm2 idea utk saya mencuba..

    ReplyDelete
  5. MR, kena buat hari ni juga ye!

    Sari, sama-sama...


    Mas sedap tengok, makan lagi sedap.

    Ezzah, sama-sama...

    ReplyDelete
  6. Kak Ida,.... bestnya... terasa2 kat tekak ni.... my fav. Saya berkenan dgn acuan sago akak tu... Akak beli kat mana?

    ReplyDelete
  7. DP,
    acuan tu akak beli kat tesco...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya... saya kalau bab2 dessert yg lembut2 x payah nak kunyah sgt ni, mmg fav

    ReplyDelete
  9. kkdia,

    salam pekenalan dari akak. akak dah cuba almond apple cake u tu...dan sago ni mmg peberet ....idea bagus ni..thanks 4 sharing..

    ReplyDelete
  10. as salam.My fav tu...sedap

    ReplyDelete
  11. Selamat berkenalan dari S'pore.....Saya suka blog ni
    sedapnya kalau makan semasa cuaca panas............... fevret saya ni :) saya link ke blog saya ya :)

    Azkiah
    oxox

    ReplyDelete
  12. MV,
    sejuk di tekak kan...tak perlu kunyah...terus telan je...:)

    nor,
    sedapkan apple kek tu...sama-sama..

    ReplyDelete
  13. herlyna,
    waalaikumsalam...

    as,
    salam perkenalan, thanks kerana suka blog ni...silakan link jika sudi...tk...

    ReplyDelete
  14. kak ida..tumpang tanya, akak kata lepas tuang gula merah dlm bekas, sudukan sagoo keatasnyer..tak payah kacau ke sago tu ngan gula merah? airnya akan meresap ke sagoo tu ke?

    ReplyDelete
  15. tak perlu kacau...gula tu akan meresap dengan sendirinya ke dalam sago tu...

    ReplyDelete
  16. dah beli sago semalam.. tapi kt kedai tu ada kaler hijau..

    ReplyDelete
  17. thks kak ida..nanti next week nak try buat pulak..

    ReplyDelete
  18. kaklang,
    kaler hijau pun takpa...tak payah campur sekalilah gula merah tu...masa nak makan baru letak sekali dengan santan...

    ReplyDelete
  19. Saya tgh tunggu sagu sejuk dalam peti sejuk ni :) tak sabar nk mkn :)

    ReplyDelete
  20. saya pun suka..biasanya saya suka mkn dgn susu cair....^^

    psst...acuan cantik tu beli kat mana? yg plastik tu...

    ReplyDelete