Wednesday, June 8, 2011

peach jelly dalam sos kastard

dalam cuaca yang panas ni kalau dapat makan jelly yang sejuk memang sedap...jelly memang one of my favourite sebagai pemanis dan penghilang dahaga...lagi pun memang senang menyediakannya...

pagi tadi kkida buat peach jelly ni...custard sos tu terpulang...kalau malas nak buat tak ngapa...tapi kalau ada lagi sedap...

resepi ni kkida reka-reka dan agak-agak sendiri je... rebus agar-agar mengikut arahan pada paketnya...kkida masak agar-agar ni dengan 1 liter air dan 1 cawan gula perang kasar hingga agar-agar benar-benar larut... kemudian masukkan buah peach yang telah di blender (dengan sirapnya sekali) ke dalam agar-agar dan biarkan ia mendidih sebentar... tuangkan agar-agar peach ke dalam bekas kecil seperti ini....sejukkan dalam peti sejuk hingga keras...dalam sejam... buatkan custard sosnya...campurkan 4 sudu besar tepung kastard dengan 1/2 cawan susu full cream uht dari 1 liter susu

panaskan susu selebihnya dengan 6 sudu besar gula putih dan campuran tepung kastard dan susu tadi....kacau hingga mendidih dan custard mula memekat....biarkan sejuk sebentar sebelum tuangkan sos kastard ke atas agar-agar sejuk tadi...sejukkan dalam peti sejuk...

9 comments:

  1. Wah,nampak sedap..saya ada buat chocolate peach triffle tempoh hari,memang sedan.tk
    atas kesudian berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. Saya mmg suka anything with custard n puding ni pun salah satu daripadanya...

    Sedapnya...cam terus nak buat je...

    ReplyDelete
  3. perhhh..sedappnya tengok....

    ReplyDelete
  4. Mujur baca entri ni dah malam, dah sejuk, kalau tengahari buta baca, kenyang telan air liur jelah saya ni jenguk blog Kak Ida :D

    ReplyDelete
  5. dah buat semalam...tp kastardnya x licin sgt.berkedut skit.pasal apa ek?

    ReplyDelete
  6. mungkin pekat kastard intan tu...dan jangan tunggu sampai sejuk sangat sebelum tuang atas jelly...

    ReplyDelete
  7. kak ida, dah lama perati. bekas2 bentuk bunga itu sgt comey. Mane nk carik..kalau buat puding bekas kecik2 macam tu senang nk bagi tetamu makan kan...

    ReplyDelete
  8. ye ain, comel dan kemas...kalau buat bekas besar ok juga tapi susah nak menyimpannya...yg ni kkida beli kat ikea...tapi kat kedai pinggan mangkuk biasa pun ada jual...

    ReplyDelete